Friday, February 27, 2009

AMALAN ZIKIR DAN SURAH PENDEK - PENGISI MASA PALING BERGUNA

"Apakah yang terpanjang, terpendek, terpantas dan sangat perlahan, kita semua tidak mengendahkannya, tetapi selepas itu, kita semua menyesalinya? "Tiada apa pun yang dapat dilakukan tanpanya, ia menelan segala yang kecil dan membina segala yang besar?"

Itulah MASA. Masa adalah yang terpanjang kerana masa adalah ukuran keabadian dan juga yang terpendek. Hal ini kerana tiada seorang pun antara kita yang mempunyai masa yang cukup untuk menyiap atau menyempurnakan segala tugas dalam kehidupan.

Bagi mereka yang gembira, masa berlalu terlalu cepat. Tetapi bagi mereka yang menderita, masa berlaku terlalu lambat.

Manusia terbahagi kepada dua kategori. Pertama, manusia malang iaitu kumpulan yang murung atau pasif yang selalu memulakan sesuatu pada keesokan hari atau dengan perkataan lain, suka bertangguh. Satu kategori lagi ialah kumpulan manusia yang hebat dan bersedia melakukan sesuatu berfaedah dengan segera. Bagi mereka tidak ada hari esok.

Ramai percaya kepada ungkapan masa itu emas atau masa itu wang. Anehnya, kita tidak pernah terfikir untuk membiarkan sesiapa pun mencuri wang kita walaupun hakikatnya membiarkan manusia serta benda lain meragut masa kita.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Pada setiap kali terbit fajar, ada dua malaikat menyeru: "Wahai anak Adam, aku adalah hari yang baru dan aku datang untuk menyaksikan semua amalan kamu. Oleh itu manfaatkan aku sebaik-baiknya kerana aku tidak kembali lagi hingga Hari Kiamat."

Pada setiap pagi apabila bangun dari tidur, "buku catatan" sudah tersedia untuk dipenuhi dalam masa 24 jam. Masa perlu diisi dengan perkara berfaedah dan mendatangkan kebaikan sama ada di dunia atau akhirat. Sebagai manusia yang dikurniakan akal, kita boleh berfikir dan merancang pekerjaan yang mendatangkan keuntungan di dunia dan akhirat.

Rasulullah mengajar kita pelbagai amalan yang boleh dilakukan pada minit terluang yang biasanya dibiarkan berlalu begitu saja. Apa-apa yang diajar kepada kita, sebenarnya sangat mudah tetapi faedahnya cukup besar, terutama sebagai bekalan untuk menghadapi hari kemudian yang semakin hampir. Antaranya ialah membaca Surah Al-Mulk. Surah yang mengandungi 30 ayat itu boleh dibaca dalam masa lima minit saja. Surah ini jika dibaca setiap hari dapat menyelamatkan kita daripada seksaan kubur. Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku bercita-cita supaya surah ini terpahat dalam hati setiap insan dari kalangan umatku."

Surah Al-Waqi'ah yang mengandungi 96 ayat dan boleh dihabiskan dalam masa lapan minit juga elok dijadikan amalan. Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan menjadi papa selama-lamanya."

Begitu juga dengan Surah Yasin yang mengandungi 83 ayat dan memakan masa 12 minit untuk dibaca. Kegunaannya seperti yang diakui oleh kebanyakan ulama bahawa tidak dibacakan surah ini ketika berada dalam kesulitan kecuali dimudahkan Allah SWT kesulitan itu.

Mungkin ada yang berasa sukar untuk membaca surah di atas jika tidak menghafaznya. Bagi mereka ada gantinya. Bacalah 'Qul Huwallahu Ahad' (Surah Al-Ikhlas) sebanyak tiga kali yang mengambil masa 15 saat saja. Pahalanya menyamai dengan membaca sebuah al-Quran!

Zikir tertentu juga sangat besar gunanya. Dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang berzikir 'Subhanallah wa bihamdih' ditanamkan untuknya sebatang pokok kurma di syurga." Dalam riwayat lain Baginda bersabda bermaksud: "Sesiapa yang berzikir 'Subhanallah wa bihamdih' 100 kali dalam sehari, dihapuskan kesalahannya meskipun kesalahan itu sebanyak buih di lautan." Pengulangan zikir itu sebanyak 100 kali hanya memerlukan masa hanya tiga minit.

Sudah ada kebun kurma di syurga, pastinya kita memerlukan kediaman untuk beristirehat. Untuk mendapat sebuah rumah, Rasulullah mengajar umatnya supaya mengerjakan solat sunat rawatib 12 rakaat dalam satu hari, dua rakaat sebelum fardu Subuh, dua sebelum fardu Zuhur serta dua selepasnya, dua rakaat sebelum Asar, dua selepas fardu Maghrib dan dua selepas fardu Isyak. Setiap dua rakaat solat sunat rawatib itu memakan masa tiga minit, maka 12 rakaat hanya memerlukan 18 minit. Itu hanya contoh. Jika dikira sekalipun, jumlah amalan itu tidak sampai satu jam daripada 24 jam yang Allah berikan kepada kita. Namun begitu jika tidak dirancang, masa itu berlalu dengan sia-sia.

Banyak lagi ayat dan zikir pada waktu pagi, petang atau malam yang boleh diamalkan, khususnya pada waktu terluang yang biasanya dibiarkan berlalu begitu saja. Ibnu Mas'ud berkata bahawa Rasulullah bersabda kepadanya: "Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim pada malam aku diisrakkan. Baginda berkata kepadaku: "Wahai Muhammad! Sampaikan kepada umat kamu salam dariku. Khabarkan kepada mereka, sesungguhnya syurga adalah tanah yang subur, airnya jernih lagi nyaman. Ia kosong dan lapang. Tanamannya ialah: Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaa ha illallah, Allahu Akbar." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Perlu diingat bahawa apa-apa pun yang dilakukan harus berdasar kepada keimanan yang tulus suci dan keikhlasan yang murni. Tanpa keikhlasan amalan itu tidak bermakna dan hancur laksana debu berterbangan. Firman Allah bermaksud: "Dan Kami tujukan perbincangan kepada apa yang mereka kerjakan daripada jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan." (Surah al-Furqan, ayat 23).

Amalan baik yang dilakukan dengan perancangan betul, berlandaskan keimanan dan mengharap rahmat serta redha Ilahi pasti membuahkan kejayaan baik di dunia mahupun akhirat. Firman Allah bermaksud: "Sesiapa yang beramal salih, baik lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan." (Surah An-Nahl, ayat 97).

KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN

1. Membaca Al-Quran adalah ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang adalah sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.

2. Pahala membaca Al-Quran:
a. 1 huruf 10 kebajikan,
b. Diganda sampai 400 - Ibnu Majah
c. Diganda 700 kali - Ibnu Al Jauzi

3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga

4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga

5. Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-
a. Dalam sembahyang - 100 kebajikan
b. Di luar sembahyang - berwudhuk 50 kebajikan
c. Tanpa wudhuk - 10 kebajikan

6. Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus - Ibnu Abbas.

7. Untuk selamat daripada api neraka

8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.

9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela

10. Pembaca akan memperolehi keamanan

11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

12. Pembaca dimasukkan ke dalam golongan siddiqin.3

(Petikan dari 'Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya' oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh)

Tuesday, February 24, 2009

SENARAI SURAH DAN MUKASURAT DALAM AL-QURAN

SURAH-SURAH

1. AL-FAATIHAH (7 ayat) - mukasurat 1

2. AL-BAQARAH (286 ayat) - mukasurat 2

3. ALI’ IMRAAN (200 ayat) - mukasurat 50

4. AN-NISSA’ (176 ayat) - mukasurat 77

5. AL-MAA’IDAH (120 ayat) - mukasurat 106

6. AL-AN’AAM (165 ayat) - mukasurat 128

7. AL-A’RAAF (206 ayat) - mukasurat 151

8. AL-ANFAAL (75 ayat) - mukasurat 177

9. AT-TAUBAH (129 ayat) - mukasurat 187

10. YUNUS (109 ayat) - mukasurat 208

11. HUD (123 ayat) - mukasurat 221

12. YUSUF (111 ayat) - mukasurat 235

13. AR-RA’D (43 ayat) - mukasurat 249

14. IBRAHIM (52 ayat) - mukasurat 255

15. AL-HIJR (99 ayat) - mukasurat 262

16. AN-NAHL (128 ayat) - mukasurat 267

17. AL-ISRAA’ (111 ayat) - mukasurat 282

18. AL-KAHFI (110 ayat) - mukasurat 293

19. MARYAM (98 ayat) - mukasurat 305

20. TAHA (135 ayat) - mukasurat 312

21. AL-ANBIYAA’ (112 ayat) - mukasurat 322

22. AL-HAJ (78 ayat) - mukasurat 332

23. AL-MUKMINUN (118 ayat) - mukasurat 342

24. AN-NUR (64 ayat) - mukasurat 350

25. AL-FURQAAN (77 ayat) - mukasurat 359

26. ASY-SYU’ARAA’ (227 ayat) - mukasurat 367

27. AN-NAMIL (93 ayat) - mukasurat 377

28. AL-QASAS (88 ayat) - mukasurat 385

29. AL-‘ANKABUT (69 ayat) - mukasurat 396

30. AR-RUUM (60 ayat) - mukasurat 404

31. LUQMAN (34 ayat) - mukasurat 411

32. AS-SAJDAH (30 ayat) - mukasurat 415

33. AL-AHZAAB (73 ayat) - mukasurat 418

34. SABA’ (54 ayat) - mukasurat 428

35. FAATIR(45 ayat) - mukasurat 434

36. YAA SIIN (83 ayat) - mukasurat 440

37. AS-SAAFFAAT (182 ayat) - mukasurat 446

38. SHOD (88 ayat) - mukasurat 453

39. AZ-ZUMAR (75 ayat) - mukasurat 458

40. AL-MUKMIN (85 ayat) - mukasurat 467

41. FUSSILAT (54 ayat) - mukasurat 477

42. ASY-SYURA (53 ayat) - mukasurat 483

43. AZ-ZUKHRUF (89 ayat) - mukasurat 489

44. AD-DUKHAAN (59 ayat) - mukasurat 496

45. AL-JAATHIYAH (37 ayat) - mukasurat 499

46. AL-AHQAAF (35 ayat) - mukasurat 502

47. MUHAMMAD (38 ayat) - mukasurat 507

48. AL-FAT-H (29 ayat) - mukasurat 511

49. AL-HUJURAAT (18 ayat) - mukasurat 515

50. QAAF (45 ayat) - mukasurat 518

51. ADZ-DZAARIYAAT (60 ayat) - mukasurat 520

52. AT-TUUR (49 ayat) - mukasurat 523

53. AN-NAJM (62 ayat) - mukasurat 526

54. AL-QAMAR (55 ayat) - mukasurat 528

55. AR-RAHMAAN (78 ayat) - mukasurat 531

56. AL-WAAQI’AH (96 ayat) - mukasurat 534

57. AL-HADIID (29 ayat) - mukasurat 537

58. AL-MUJAADALAH (22 ayat) - mukasurat 542

59. AL-HASYR (24 ayat) - mukasurat545

60. AL-MUMTAHANAH (13 ayat) - mukasurat 549

61. AS-SAFF (14 ayat) - mukasurat 551

62. AL-JUMU’AH (11 ayat) - mukasurat 553

63. AL-MUNAAFIQUUN (11 ayat) - mukasurat 554

64. AT-TAGHAABUN (18 ayat) - mukasurat 556

65. AT-TALAAQ (12 ayat) - mukasurat 558

66. AT-TAHRIIM (12 ayat) - mukasurat 560

67. AL-MULK (30 ayat) - mukasurat 562

68. AL-QALAM (52 ayat) - mukasurat 564

69. AL-HAAQQAH (52 ayat) - mukasurat 566

70. AL-MA’AARIJ (44 ayat) - mukasurat 568

71. NUH (28 ayat) - mukasurat 570

72. AL-JINN (28 ayat) - mukasurat 572

73. AL-MUZZAMMIL (20 ayat) - mukasurat 574

74. AL-MUDDATHTHIR (56 ayat) - mukasurat 575

75. AL-QIAAMAH (40 ayat) - mukasurat 577

76. AL-INSAAN (31 ayat) - mukasurat 578

77. AL-MURSALAAT (50 ayat) - mukasurat 580

78. AN-NABA’ (40 ayat) - mukasurat 582

79. AN-NAAZI’AAT (46 ayat) - mukasurat 583

80. ‘ABASA (42 ayat) - mukasurat 585

81. AT-TAKWIIR (29 ayat) - mukasurat 586

82. AL-INFITAAR (19 ayat) - mukasurat 587

83. AL-MUTAFFIFIIN (36 ayat) - mukasurat 587

84. AL-INSYIQAAQ (25 ayat) - mukasurat 589

85. AL-BURUUJ (22 ayat) - mukasurat 590

86. AT-TAARIQ (17 ayat) - mukasurat 591

87. AL-A’LAA (19 ayat) - mukasurat 591

88. AL-GHAASYIYAH (26 ayat) - mukasurat 592

89. AL-FAJR (30 ayat) - mukasurat 593

90. AL-BALAD (20 ayat) - mukasurat 594

91. ASY-SYAMS (15 ayat) - mukasurat 595

92. AL-LAIL (21 ayat) - mukasurat 595

93. ADH-DHUHA (11 ayat) - mukasurat 596

94. AL-INSYIRAAH (8 ayat) - mukasurat 596

95. AT-TIIN (8 ayat) - mukasurat 597

96. AL-‘ALAQ (19 ayat) - mukasurat 597

97. AL-QADR (5 ayat) - mukasurat 598

98. AL-BAYYINAH (8 ayat) - mukasurat 598

99. AZ-ZALZALAH (8 ayat) - mukasurat 599

100. AL-‘AADIYAAT (11 ayat) - mukasurat 599

101. AL-QAARI’AH (11 ayat) - mukasurat 600

102. AT-TAKAATHUR (8 ayat) - mukasurat 600

103. AL-‘ASR (3 ayat) - mukasurat 601

104. AL-HUMAZAH (9 ayat) - mukasurat 601

105. AL-FIIL (5 ayat) - mukasurat 601

106. QURAISY (4 ayat) - mukasurat 602

107. AL-MAA’UUN (7 ayat) - mukasurat 602

108. AL-KAUTHAR (3 ayat) - mukasurat 602

109. AL-KAAFIRUUN (6 ayat) - mukasurat 603

110. AN-NASR (3 ayat) - mukasurat 603

111. AL-MASAD (5 ayat) - mukasurat 603

112. AL-IKHLAAS (4 ayat) - mukasurat 604

113. AL-FALAQ (5 ayat) - mukasurat 604

114. AN-NAAS (6 ayat) - mukasurat 604