Soalan:
Ketika solat jenazah, seseorang itu membaca surah Al-Fatihah selepas takbir pertama dan berselawat selepas takbir kedua. Tetapi selepas takbir ketiga dan keempat, dia berdoa dalam bahasa Melayu kerana tidak hafal doa dalam bahasa Arab. Sahkah solat jenazah itu?
Jawapan:
Tidak sah solat jenazah tersebut kerana pada takbir yang ketiga, sekurang-kurangnya dia perlu berdoa. Berdoa dalam solat mesti dalam bahasa Arab seperti yang ditetapkan syarak.
Dan sebenarnya kalau pun dia tidak boleh hafal doa (dalam bahasa Arab penuh seperti yang biasa kerana mungkin panjang) tetapi yang dikehendaki ialah satu doa yang sangat ringkas. Sekurang-kurangnya perlu dibaca “ALLAHUMMA FIGHLAHU WAR HAMHU” atau “ALLAH HUMMA FIGHLAHU” (yang bermaksud: Ya Allah, ampunilah dia – si mayat ini) sudah memadai. Dalam bahasa Arab, baru sah. Kalau dalam bahasa selain bahasa Arab, tidak sah.
Uztaz Fadzli Al-Yamani
Mudir Maahad Tahfiz Al-Yamani, Kg Baru, KL
Saturday, June 26, 2010
Shortcuts
Have you ever seen a car stuck in the grassy median of the freeway? Usually this was someone who wanted to turn around, but was in too much of a hurry to go all the way to the next exit. So he decided to take a "shortcut" through the middle, and got stuck in the mud or the ditch. Then, instead of spending an extra 5 minutes to go to the next exit and turn around, he must spend a few hours getting a tow truck to pull the car out!
Think about that the next time you're tempted to take a shortcut in your work, your relationships, your health, or anywhere else. The quick and easy way out, often has a tremendous downside.
The value you get from life is equal to the effort you put in. In the end, searching for shortcuts usually takes more time and energy than just doing the work in the first place.
You simply cannot get something for nothing. Because whatever you get for nothing, regardless of its "market value", means nothing to you.
-Ralph Marston

Dilarang Puasa Sunat Apabila Tinggal Separuh Bulan Syaaban
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tinggal separuh bulan Syaaban, janganlah kamu semua berpuasa sunat.”
- (at-Tirmidzi)
Huraian:
Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya. Oleh itu, ia tidak menggalakkan umatnya melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat pada diri atau menimbulkan rasa berat atau malas untuk menjalankan kewajipan yang diperintah. Contohnya, kita tidak digalakkan untuk berpuasa sunat, sama ada sunat hari Isnin atau Khamis dan lainnya selepas 15 Syaaban, kecuali puasa qadha’ dan orang yang sentiasa melakukan amalan puasa sunat yang bertepatan dengan hari berkenaan.
Hikmah larangan tersebut adalah untuk mengelak orang-orang yang tidak biasa melakukan puasa sunat daripada merasa terlalu letih apabila mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan yang muncul selepas bulan Syaaban itu.

Tuesday, June 22, 2010
Sadness
In every life, there is some sadness. The loss of a loved one, the disappointment of a shattered dream. Things don't always go the way we want.
Sadness hurts. It is difficult. And ultimately, it is good. Because sadness can come only when you care.
We must learn to experience and appreciate our sadness, without being overwhelmed by it. And the first step is to admit it and feel it for what it is. It is a powerful form of caring about ourselves, about others, about truth, about love, about life.
Sadness shows us how very much we care, and defines for us the truly important things in life.
Even in the pain of sadness, there is meaning and hope. Out of sadness, comes a deeper sense of appreciation. The sunshine is more precious after a week of rainy days.

IBU TIRI DAN IBU KANDUNG
Soalan:
Saya mempunyai seorang anak berumur empat tahun dari isteri pertama dan sudah berpisah. Sekarang ini anak saya tinggal bersama saya dan isteri baru saya. Dalam Islam, adakah peranan emak tiri dan mak kandung dalam menjaga dan mendidik anak adalah sama hukumnya?
Jawapan:
Hubungan ibu kandung dengan anak kandung tidak sama dengan ibu tiri. Dari segi syarak, hadis Nabi s.a.w yang menyebut ibu perlu diutamakan tiga kali sebelum bapa, merujuk kepada ibu kandung. Ini kerana, dia yang menanggung kesusahan mengandung, bersalin, menyusukan dan berjaga malam ketika anak itu masih kecil. Jadi Islam sebagai agama fitrah mengiktiraf susah payah seorang ibu ini.
Namun, setelah berpisah dan saudara mendapat hak penjagaan anak, didikan anak ditanggung sepenuhnya oleh bapa. Dan saudara berhak menyuruh agar isteri baru saudara mendidik anak dengan penuh kasih sayang. Jadi, dia wajib menunaikan arahan saudara itu.
Selain itu, dia wajib menegur dan mendidik anak itu dengan didikan agama. Bukan kerana dia sama taraf dengan ibu kandung kanak-kanak itu, tetapi memang secara umumnya amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.
Ustazah Sakinah

Bakhil Meskipun Kaya
Hadith :
Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya: "Bersabda Rasulullah s.a.w. “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong).” Berkata seorang laki-laki: “Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikkan; takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.”
- (Muslim)
Huraian:
Sekiranya hasil daripada kekayaan, manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap apa yang dimilikinya, asas kebahagiaan hidup itu sebenarnya tidak bererti lagi buatnya.
Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah SWT perlu dimanfaatkan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap pemurah kepada hamba dan makhluk-Nya bagaimana pula kepemurahan kita sesama manusia?
Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat fitrah dan bersedekah. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya.
Sifat menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah (tidak sombong dan kedekut).
Natijahnya kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan dipandang tinggi dan masyarakat akan menghormati; bukan kewujudan kita dibenci, disebabkan kebakhilan kita yang juga suka menunjuk-nunjuk.

Friday, June 18, 2010
Consequences
A life full of woe and a life full of joy are both the result of the same basic principle -- that the quality of your life is determined by your actions.
Everything you do has consequences. The things you do today will determine your life tomorrow.
You have hopes, and dreams, and desires. What are you doing right now that will make them happen?
Right now is the time to act -- it is the only time that is ever available to you. "Someday" will never come unless you take action today.
Everything has consequences. Whether that is good news or bad news is completely up to you.

Hadith Palsu mengenai Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi
Soalan:
Saya keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban: “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya?
Jawapan:
Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)
Nama penuh Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa hendaklah berhati-hati agar tidak menjadi agen penyebaran hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)".
-(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”
Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Ibadat
Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
- (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.
Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.
Allah Lebih Mengetahui.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Disiarkan pada Feb 25, 2009 dalam kategori Hadith

Tuesday, June 15, 2010
Excuses
There are plenty of very good reasons not to do what needs to be done. You've had a hard day, and you've got a headache -- that's a good reason not to make that one more call.
But what do you want more -- excuses or success?
Excuses may make you feel good right now. However, they will lead to pain in the future. A year from now, when it's too late to do anything, the excuse you feel so good about today won't do much to ease the pain of regret you'll feel for not having taken action.
You have two choices. You can resort to excuses, and thereby let circumstances control your life. Or, you can take action in spite of the reasons not to. Take control of your life. Live with purpose, passion and direction.

Kaffarat Melanggar Sumpah
oleh : Ustaz Dr. Abdullah Yasin
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja. Maka kaffarat (melanggar) sumpah ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya).
- Al Maidah 5 : 89
Sebab Turunnya Ayat 89:
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Ibnu Abbas (ra) katanya: Ketika turun ayat 87 Surah Al-Maidah - (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas) - lalu kaum yang dulunya telah mengharamkan ke atas diri mereka menggauli isteri-isteri mereka dan mengharamkan ke atas diri mereka dari makan daging, mereka bertanya: "Ya Rasulullah, apakah yang kami patut lakukan terhadap sumpah-sumpah yang telah kami ucapkan itu?" Maka turunlah ayat Al-Maaidah 5:89.

Tafsiran Ayat:
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah)
Maksudnya: Allah tidak akan menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu ucapkan sedangkan kamu tidak bermaksud bersumpah. Seperti kata seseorang yang tidak bermaksud sumpah: "Tidak, demi Allah" ; "Memang betul, demi Allah". Kata-kata sumpah yang tidak bermaksud sumpah seperti ini tidak ada hukumannya, iaitu di dunia tidak perlu dikaffarat, dan di akhirat tidak akan disiksa oleh Allah.
tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja
Maksudnya: Tetapi Allah akan menghukum kamu jika sumpah yang kamu ucapkan itu benar-benar dengan maksud sumpah dan kamu bertekad akan melaksanakannya, lalu kamu langgar ketetapan sumpah itu.
Maka kaffarat (melanggar) sumpah ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak
Maksudnya: Jika sumpah tersebut dilanggar atau bercadang untuk melanggarnya, maka orang yang bersumpah itu mestilah membayar kaffarat sebagaimana berikut:
1. Memberi makan sepuluh orang miskin. Ukuran makanan tersebut ialah seperti makanan yang biasa kita berikan kepada keluarga kita. Tidak memadai jika lebih rendah mutunya atau kadarnya dan jangan pula berlebih-lebihan seperti jamuan Hari Raya. Menurut Imam Abu Hanifah: Juga boleh kalau memberi makan untuk seorang miskin selama 10 hari.
2. Memberi pakaian sepuluh orang miskin. Keadaan pakaian berbeda-beda menurut negeri masing-masing. Oleh itu, kebiasaan (‘urf) dalam masyarakat, bolehlah dijadikan sebagai ukuran. Umpamanya: Seluar dengan kemeja, sarung dengan baju kurung dan sebagainya.
3. Memerdekakan seorang hamba sahaya. Para Fuqahaa berbeda pendapat tentang hamba (budak). Imam Malik, Syafi’I dan Ahmad mensyaratkan budak tersebut mestilah beriman. Sedangkan Abu Hanifah berkata: Memadai walaupun budak itu kafir.
Catitan: Ketiga-tiga jenis kaffarat di atas tidak diwajibkan tertib tetapi kita bebas memilih salah satu daripadanya. Tetapi yang afdhal ialah jika dimulai dari bawah, iaitu memerdekakan seorang hamba atau memberi pakaian sepuluh orang miskin atau memberi mereka makan. (Lihat hadis di bawah).

Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari.
Maksudnya: Barangsiapa tidak sanggup melakukan salah satu daripada tiga jenis kaffarat di atas maka diwajibkan ke atasnya berpuasa selama tiga hari berturut-turut.
Ibnu Mardawiyah meriwayatkan dari Ibnu Abbas (ra) katanya: Ketika ayat kaffarat di atas diturunkan, Huzaifah bertanya: "Ya Rasulullah, kami diperbolehkan memilih?". Jawab Rasulullah s.a.w: “Kamu boleh memilih, jika kamu merdekakan seorang hamba, jika kamu mahu berikan pakaian, jika kamu mahu berikan makanan. Dan bagi yang tidak memperolehinya, maka wajib ke atasnya puasa selama tiga hari berturut-turut”.
Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu.
Maksudnya: Demikianlah kaffarat sumpahmu, jika kamu bersumpah dengan nama Allah atau dengan salah satu daripada Nama-namaNya, lalu kamu langgar atau bercadang hendak melanggarnya. Dan peliharalah sumpahmu, janganlah ia digunakan dalam perkara yang remeh-remeh dan janganlah banyak bersumpah, lebih-lebih lagi jika sumpah tersebut mengandungi unsur-unsur dusta. Jika kamu telah bersumpah, jangan kamu lupakan sumpahmu itu. Dan jangan kamu langgar sumpah itu kecuali kerana darurat ataupun jika ada kemaslahatan yang nyata di balik pelanggaran itu.
Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya).
Maksudnya: Demikianlah Allah menerangkan hukum-hakam agamaNya dan selok-belok syariatNya supaya kamu dapat mensyukuri nikmat-nikmatNya dengan cara yang disukai dan diredhaiNya. Dan selanjutnya berhak mendapat tambahan kurnia dan ihsan daripadaNya.

Sumpah Dan Persolannya:
Sumpah dan kaffarat melanggarnya merupakan salah satu cabang ilmu dalam Islam yang wajar diketahui oleh setiap penganutnya supaya mereka boleh beragama dengan lebih sempurna. Di antara persoalan yang patut kita ketahui antaranya ialah:
1. Dilarang bersumpah dengan selain Nama-Nama Allah atau Sifat-SifatNya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang bersumpah, janganlah ia bersumpah kecuali dengan (Nama atau Sifat) Allah”.
- [HR Bukhari dan Muslim]
Termasuk juga dalam larangan ini bersumpah dengan Nabi, Ka’bah, Wali, Nenek moyang dan lain-lain lagi.
2. Diperbolehkan kita melanggar sumpah, jika difikirkan lebih membawa kebaikan tetapi wajib membayar kaffarat sumpah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika kamu bersumpah, lalu kamu berpendapat selainnya adalah lebih baik, maka ikutilah mana yang lebih baik dan tunaikan kaffarat (melanggar) sumpah itu”.
- [HR Bukhari dan Muslim]
Dan dalam lafaz hadis yang lain pula:
“…maka tunaikan kaffarat melanggar sumpah, kemudian ikutilah mana yang lebih baik itu”.
- [HR Abu Daud dan An-Nasaai]
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas kita diperbolehkan menunaikan kaffarat samada sebelum melanggar sumpah ataupun sesudah melanggarnya.
3. Jika ditinjau dari sudut “apa yang disumpahkan”, maka sumpah terbahagi kepada beberapa bahagian:
Pertama: Bersumpah ke atas perbuatan yang wajib dilakukan atau haram meninggalkannya. Sumpah jenis ini lebih menguatkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Maka sumpah jenis ini haram dilanggar, malahan jika dilanggar maka haramnya akan berganda - seperti bersumpah tidak akan meninggalkan solat atau tidak akan berzina.
Kedua: Bersumpah meninggalkan yang wajib atau melakukan yang haram. Sumpah ini wajib dilanggar kerana sumpah jenis ini adalah haram. Umpamanya, bersumpah akan memutuskan silaturrahim dsb.
Ketiga: Bersumpah akan melakukan perkara sunat (mubah) atau akan meninggalkan perkara makruh. Ini adalah sumpah taat. Sunat hukumnya ditunaikan dan makruh jika dilanggar. Umpamanya: Setelah bersumpah tidak akan makan makanan tertentu, lalu sumpahnya dilanggar kerana menghormati tetamu.
4. Sumpah ada tiga jenis: Sumpah Laghaa, Sumpah Mun’aqad, Sumpah Ghamuus.
Sumpah Laghaa: Bersumpah tetapi tidak dengan maksud sumpah. Seperti kata seseorang: "Demi Allah, kamu mesti hadir". Sumpah jenis ini tidak dihukumkan sumpah.
Sumpah Mun’aqad: Sumpah dengan sengaja dan memang bertekad kuat akan melaksanakannya. Sumpah jenis ini, jika dilanggar wajib membayar kaffarat seperti kehendak ayat di atas.
Sumpah Ghamuus: Dinamakan juga dengan Shaabirah, iaitu “Sumpah Dusta”. Sumpah ini bertujuan hanya untuk menipu dan khianat. Sumpah jenis ini termasuk dosa besar. Ghamuus maknanya: Melemaskan atau Membenamkan, kerana pelakunya akan dibenamkan ke dalam api neraka. Wal-iyadzu Billah.
Firman Allah:
“Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki (mu) sesudah kukuh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) kerana kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan bagimu azab yang besar.
- (An-Nahl 16:94)
Rujukan:
1.Fiqhus Sunnah Jld III – Said Sabiq
2.Tafsir Al-Maraghi – Imam Al-Maraghy
3.Zaadul Masiir Fii ‘Ilmit Tafsir Jld. II – Ibnu Al-Jauzy
Dipetik dari: http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=260&action=view

Sunday, June 13, 2010
Courage
Courage is doing what you're afraid to do.
There can be no courage unless you're scared.
-- Eddie Rickenbacker
Courage is not the absence of fear. Courage is the ability to overcome fear and take action. Courage is the ability to feel the fear and do it anyway.
The best way to deal with fear is to confront it -- to do the thing that you fear. More often than not, the fear is worse than the thing that is feared. And fear can make you very resourceful. It heightens the senses. It provides the energy you need to confront whatever it is you fear. When you decide to use your fear, rather than fear it, it becomes very useful.
Have the courage to ask what you want from life, and to take the actions that will bring it to you. Find a reason to act, that is greater than your fear. Realize that fear is natural and useful. Use the energy it provides to do what needs to be done.

Hukum Wang Polisi Insuran Nyawa
Isu :
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima pertanyaan yang bertanyakan fatwa berkenaan dengan perkara di bawah iaitu :
1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati?
2. Adakah wang insuran di atas di kira pusaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)?
3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan saya dilantik sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja?
Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.
Keputusan :
1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :
1.1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.
Keputusannya :
Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara'.
1.2. Adakah wang insuran di atas di kira pusaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)?
Keputusannya :
Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia, hukumnya adalah tidak menjadi harta pusaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap bulan itu.
1.3. Bapa Saudara yang meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan saya dilantik sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja?
Keputusannya :
Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati.
Rujuk: Keputusan Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan

Amalkan Membaca Al-Quran
Hadith :
Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda: "Selalu-selalulah membaca al-Quran kerana, demi Allah, ia lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya."
- (Muslim)
Huraian;
Membaca al-Quran merupakan ibadah yang paling utama sesudah amal-amal fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah SWT. Sesiapa yang meninggalkannya kerana keangkuhannya, nescaya Allah SWT akan membinasakannya. Dan sesiapa yang mencari petunjuk pada selain-Nya, maka Allah SWT akan menyesatkannya.
Oleh itu kita diingatkan agar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana Nabi s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta (yang terikat)."
- (Syaikhan dan at-Tirmidzi).
Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur'an. Di akhirat nanti, dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang Muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Wednesday, June 9, 2010
Forgiveness
How much time and energy do you spend carrying a grudge? What does it get you? Does it improve your life, or the lives of others?
Forgiveness is very liberating. When you blame others for your troubles, you give them control over your life. Being able to forgive, to let it go, puts you back in control.
Of course you don't want to let people take advantage of you. But if someone has already harmed you or slighted you, there's no need to continue making it worse for yourself by fretting and worrying about it.
When someone cuts you off on the freeway, it's a bad experience. Should you make it worse by fuming and complaining about it for the rest of the day? Let it go, and get on with your life. Turning the other cheek benefits you more than anyone else.

KHUSYUK SOLAT
Soalan:
Bagaimana cara untuk khusyuk dalam solat? Bagaimana kita ingin tahu bahawa solat diterima oleh ALLAH?
Jawapan:
Khusyuk bukan bermakna memejam mata sambil membaca ayat-ayat al-Quran. Semua itu terkeluar dari maksud asal khusyuk.
Ibn al-Qayyim r.h menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak pernah memejam matanya ketika solat. Ibn Qudamah r.h pernah berkata: “Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Khusyuk ketika solat ialah menumpukan pandangan ke tempat sujud. Perkara ini telah diriwayatkan oleh Muslim bin Yassar dan Qatadah.”
- Rujuk Kitab al-Mughni, jil. 1, ms. 370.
Dalam erti-kata lain, khusyuk ialah melakukan solat seperti apa yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dari segi bacaan dan perbuatan tanpa dikurangi sedikit pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Solatlah kamu seperti kamu lihat cara aku mengerjakan solat.”
– Hadis riwayat al-Bukhari.
Untuk menambahkan kekhusyukan dalam solat, kita dicadangkan agar melakukan perkara-perkara berikut:
1. Sentiasa memulakan bacaan ketika solat dengan isti’azah (a’uzubillahi minasyaitanirrajim).
2. Membaca surah-surah dengan bacaan tartil (sederhana).
3. Sentiasa menepati waktu solat agar tidak tergopoh-gapah mengejar masa.
4. Pelajari sifat solat Nabi s.a.w yang sahih bermula dari takbir hingga salam.
5. Mengikuti kuliah tafsir al-Quran agar kamu dapat memahami ayat-ayat yang dibaca.
6. Sentiasa merendahkan pandangan, iaitu menumpukan pandangan ke tempat sujud sehingga selesai solat.
7. Sentiasa solat menghadap sutrah.
8. Sentiasa menghayati zikir dan mempelbagaikan wirid-wirid yang tsabit.
9. Menjauhi sesuatu yang boleh mengganggu solat seperti solat di tepi pasar, di sebelah tv atau radio yang terpasang dan sebagainya.
Ini bermakna, mendirikan solat dengan mengikut segala sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w jelas membuktikan seseorang telah khusyuk dan solatnya diterima.
Wallahu a’lam.
Credit to: Ustaz Mohd Noor

Hukum Simpanan Wang Kwsp Bagi Ahli Yang Beragama Islam Yang Meninggal Dunia
Fatwa :
(1) Wang KWSP yang disimpan oleh ahli adalah dianggap harta pusaka.
(2) Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.
Rujuk: Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan
Tarikh Pewartaan : 9 Mei 2002

Asal Usul Azan
Hadith :
Dari Abdullah bin Umar katanya: "Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang, kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a:” Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu sembahyang?” Bersabda Rasulullah s.a.w: "Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.”
- (Muslim)
Huraian:
Ketika orang-orang Islam masih sedikit jumlahnya, kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpul bersama-sama bagi menunaikan solat secara berjemaah. Namun semakin hari semakin banyak bilangan orang-orang Islam sehingga timbullah masalah untuk memanggil atau mengingatkan mereka untuk menunaikan solat pada waktunya. Al-maklum setiap orang mempunyai potensi terhadap kealpaan ataupun kelalaian pada diri masing-masing disebabkan oleh berbagai-bagai urusan kehidupan yang dijalani mereka.
Oleh sebab itu wujudlah mesyuarat yang membincangkan tentang keperluan bagaimana cara yang harus dilakukan untuk mengingat dan memanggil semua orang untuk solat tepat pada waktunya.
Ada banyak cadangan yang diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis. Salah satu daripada usul itu datang dari Umar r.a yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat. Saranan ini kebanyakannya dipersetujui oleh semua orang, termasuk Rasulullah s.a.w. memandangkan banyak cadangan-cadangan yang lain lebih mirip kepada kaum kafir. Namun yang menjadi persoalannya kini ialah bagaimana perlaksanaannya?
Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :"Ketika cara memanggil kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja. Orang tersebut malah bertanya, "Untuk apa?". Aku menjawabnya, "Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat." Orang itu berkata lagi, "Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?" Dan aku menjawab " Ya !" Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang: "Allahu Akbar, Allahu Akbar.." Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda: "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal."
Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk tersebut.
Saturday, June 5, 2010
Direction
On a daily basis, life presents us with distractions, obstacles, and problems.
When we have no direction, we dwell on these problems and distractions to the point that they become our reality.
With a strong clear sense of direction, however, the obstacles and distractions are merely stepping stones on the way to the ultimate goal.
Know where you're going, and each thing that happens along the way, whether "good" or "bad", becomes a means of getting there.

Solat Perlu Ditunai Dengan Sedar
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Kadang-kala orang yang sembahyang tidak diterima setengah daripada sembahyangnya atau sepertiga atau seperlima atau seperenam atau sepersepuluh. Sesungguhnya sembahyang seseorang yang diterima hanyalah yang dikerjakannya dengan sedar."
Umar bin Khattab pernah berkata dari atas mimbar: "Adakalanya seorang Muslim mencapai usia lanjut hingga janggut beruban, namun sembahyangnya tidak ada yang sempurna untuk Allah." Kemudian, ada orang bertanya: "Apa sebab sembahyang orang itu tidak sempurna?" Umar menjawab: "Kerana ia tidak menyempurnakan khusyuk dan tawaduknya serta tidak pula menghadapkan diri sepenuhnya kepada Allah."
Amir bin Abdullah dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam sembahyangnya.
Suatu hari Amir ditanya: "Adakah hatimu membisik sesuatu ketika dalam sembahyang?" Jawabnya: "Ya, aku diingatkan bahawa aku sedang berdiri berhadapan dengan Allah dan kelak aku pasti menuju akhirat." Mereka bertanya lagi: "Adakah terlintas dalam hatimu sesuatu urusan dunia seperti yang kami alami?" Jawab Amir: "Aku lebih suka tubuhku ditikam dengan tombak daripada mengingati hal dunia ketika sembahyang."
Ada pula sebahagian daripada golongan khusyuk sembahyang yang memendekkan sembahyang kerana khuatir diganggu oleh perasaan was-was.
Ammar bin Yasir mempercepatkan sembahyangnya. Apabila ditanya: "Mengapa anda sembahyang dengan cepat?" Beliau menjawab: "Apakah kalian melihatku mengurangi syarat sah sembahyang?" "Tidak," kata mereka. Ammar menjelaskan: "Aku ingin cepat-cepat menghindari kelalaian akibat gangguan syaitan."
Talhah, Zubair dan beberapa orang lagi daripada kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. dikenali sebagai orang yang bersembahyang dengan cepat. Kata mereka: "Kami ingin mendahului kelalaian yang berpunca daripada gangguan syaitan menyebabkan berlakunya was-was

Penggunaan Ubat Menghasilkan Susu
Soalan:
Dengan kepesatan teknologi, wanita yang tidak pernah mengandung boleh menyusui bayi dengan mengambil sejenis ubat. Adakah ini dibolehkan dalam syariat? Adakah anak yang disusui tetap dikira anak susuan?
Jawapan:
Firman Allah SWT: “ … dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.”
- Surah Al-Talak ; Ayat 6
Hukumnya Harus untuk ibu angkat memberikan susunya yang terhasil dengan cara menelan pil ataupun apa sahaja kaedah moden yang selamat menurut doctor pakar yang Muslim untuk menghasilkan susu.
Anak tersebut akan menjadi anak susuannya setelah memenuhi dua syarat:
1. Anak yang disusukan itu belum mencapai umur 2 tahun.
2. Anak itu disusukan sekurang-kurangnya dengan lima kali susuan (lima kali kenyang) yang berasingan.
Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

Wednesday, June 2, 2010
Life's Energy Is What You Make Of It
Winners and achievers in life know how to use all of life's energy to move ahead toward goal achievement.
Fear gives us the heightened sense of awareness necessary for taking on difficult situations.
Challenges give us superb opportunities for learning and growing.
Setbacks and obstacles strengthen our resolve and determination. That is, if we decide to take them that way.
You can't control what life hands you, but you have complete control over what you do with it.
Fear, setbacks, obstacles, and challenges can easily blow you off course -- or they can supply the energy to propel you ahead. It all depends on you.

Pemindahan Jantung Dan Mata
Pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambil-kira:
a. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.
b. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.
c. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.
d. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
23-24 Jun 1970, 1-2 Okt 1970 & 22 Feb 1973
• Muzakarah Kali 1 & Kali Ke-6

Sifat Manusia
1. Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak pedulikan manusia melihat dia berbuat kejahatan.
2. Malulah dari mencela orang yang kalau dia hadir, nescaya engkau berlebih-lebihan memujinya; dan malulah dari memuji orang yang kalau dia tidak hadir, nescaya engkau cepat-cepat mencelanya.

Menuntut Kembali Apa Yang Telah Diberikan
Soalan:
Apa hukumnya kalau seseorang tu menuntut kembali hutang yang pernah di halalkan pada satu ketika dulu?
Jawapan:
Perbuatan memberi kemudian menarik kembali adalah perbuatan tercela. Orang Melayu namakan perbuatan itu sebagai buruk siku.
Dalilnya:
Dari Ibn Abbas r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “…..perumpamaan orang yang memberi sesuatu pemberian kemudian dia tarik balik, maka dia bagaikan ANJING, yang kekenyangan lalu muntah, kemudian makan muntahnya kembali.”
- [HR Abu Daud, Ibn Majah dan anNasa’iy , disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Abu Daud, 3539.
WA. Sekian.