Monday, September 27, 2010

Bagaimana Melahirkan JUARA

Juara tidak lahir sendiri. Juara tidak lahir semalaman. Juara juga tidak semestinya lahir daripada kalangan keluarga sederhana dan atasan. Ianya lahir melalui latihan dan kemahiran. Juara dipupuk dan dibina dengan susah payah dan memerlukan pengorbanan banyak pihak. Antara langkah untuk melatih anak menjadi juara ialah:

1. Didik anak dengan kemahiran social seperti berucap (Public Speaking), berkomunikasi, bergaul, bertoleransi, bijak membaca isyarat badan (body language), pantas bertindak, cekap mempertahankan diri dan maruah, ada bakat kepemimpinan dan pandai menyesuaikan diri.

2. Latih anak supaya rajin membaca. Luaskan pengetahuan mereka dengan menyediakan kemudahan sumber ilmu pengetahuan.

3. Latih supaya pandai menyelesai masalah, sehingga nanti mereka ada inisiatif sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah keluarga, orang ramai, masyarakat atau masalah ummah.

4. Latih anak supaya pandai menyimpan rahsia.

5. Latih berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa membentuk keikhlasan. Keikhlasan membentuk keyakinan diri.

6. Latih anak dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek dan keadaan seperti di dalam majlis, pakaian, aksesori, peralatan (gadget), golongan kawan dan bijak mengurus masa.

7. Latih anak menjadi pemimpin sejak kecil.

8. Ajar anak berniaga kerana perniagaan melatih anak-anak cekap dan amanah.

9. Dengar pandangan anak-anak dengan penuh perhatian dan tegur terhadap pandangan yang kurang tepat.

10.Didik anak hingga mampu membuat keputusan sendiri.

Semua berupaya menjadi seorang Juara.

Dipetik dari Majalah Solusi
Author: Hj Muhammad Zakaria

Let It Be, And Make It Happen

Better to work for, than to fight against. Better to create your own market, than to go against the competition. Better to promote your own cause, than to fight against another cause.

When you fight against something, even if you win, you only break even -- and strengthen the resolve of your opponent.

Some fights are necessary. When you're attacked, you often have no choice. Yet fighting will rarely get you ahead. The biggest winners transcend the fight, and make their own way unopposed.

The best athletes barely notice their opponents. The most successful companies focus on excellence, rather than on the competition. The winner of the race never looks back.

When you have a choice, choose not to fight. Rather, find a way to make your own rules. Defeat your opponents by ignoring them as you make your way to the top.

-Ralph Marston

Bayi Tabung Uji

Keputusan :

i. Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya, benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung itu adalah tidak sah.

ii. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.

iii. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.

Keputusan Muzakarah JK Fatwa
10 Oktober 1983 • Muzakarah Kali Ke-6

Wednesday, September 22, 2010

HADIS ATAU TIDAK?

Soalan;

Saya harap ustaz dapat meluangkan sedikit masa untuk memperbetulkan permasalahan ini. Berikut adalah email yang saya terima dah kalangan kawan-kawan saya. Buat pengetahuan ustaz, saya dah menerima beberapa kali email berkaitan perkara ini untuk beberapa Ramadhan. Dan tidak dapat saya pastikan samada yang dimaksudkan dibawah adalah samada Hadis atau Cerita/Riwayat dari Sahabat atau samada rekaan musuh-musuh Islam. Saya rasa ia satu cerita pembohongan kerana tiada dinyatakan perawi dan sumbernya:-


“Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan; "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-Aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati AllahS.W.T, Insya-Allah. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA".


Saya menerima email sebegini sejak beberapa kali Ramadhan dan saya rasa ia telah menular di kalangan pengguna-pengguna internet beragama Islam. Harap ustaz dapat respons dengan segera. Jika perkara ini betul riwayat sahih, maka semua Umat Islam dapat melakukannya pada Ramadhan tahun depan.


Jawapan;

Setakat ini saya belum pernah mendengar hadis tersebut. Saya juga ada menyemak dalam beberapa kitab, tapi tidak berjumpa hadis itu. Wallahu a'lam, ia benar hadis atau tidak.

Sebaiknya, saudara minta maklumat dari orang yang memberi kepada saudara hadis itu; dari mana ia ambil, siapa sahabat yang menyampainya dan siapa perawinya atau di dalam kitab hadis mana hadis itu berada.

Dilarang sama sekali kita menyandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sesuatu yang kita tidak pasti samada benar atau tidak ia dari baginda.

Kata ulamak: "Jika tanpa isnad (susur-galur periwayatan), akan berkatalah sesiapa sahaja apa yang ingin dikatanya". Kata Ibnu Sirin; "Ilmu adalah agama. Maka hendaklah kamu perhati dari siapa kamu mengambil ilmu agama kamu".

Wallahu a'lam.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Doa Segala Penawar




Dipetik dari: Darussyifa'

Feedback

Always seek honest feedback from others in whatever you do.

When you see your strengths and weaknesses through the eyes of others, you get a clearly defined path for improvement. And continued improvement will lead you to success.

Everyone who is now at the top, started out at the bottom. Every large, successful company was once a start-up operation. They all moved from the bottom to the top, through continual improvement.

Success depends on providing value to others. So it is crucial to know exactly how other people perceive the value you offer. Every day you have the opportunity to make incremental improvements in your work. Good, honest feedback from those who are affected by that work, will show you how to do that. It's a valuable resource that can move you ahead.

-Ralph Marston

Sering Solat Di Akhir Waktu

Soalan:

Adakah berdosa saya sering tidak dapat menunaikan solat pada awal waktu kerana mempunyai anak kecil?

Jawapan:

Menunaikan solat di akhir waktu tidak berdosa. Tetapi sebaiknya hendaklah berusaha solat di awal waktu. Lagipun amat dikhuatiri sekiranya dilengah-lengahkan solat sehingga tiba-tiba datangnya keuzuran (haid) menyebabkan puan tidak boleh solat, maka puan telah berdosa kerana alasan menjaga anak tidak boleh sama sekali menggugurkan tuntutan wajib solat.

Untuk mengelak perkara ini berlaku, maka dianjurkan semua wanita hendaklah menunaikan solat di awal waktu tanpa melengahkannya.


Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

Tuesday, September 7, 2010

When Bad Things Happen

Just when things are the worst, is when you can make the most difference. When everything is going against you, is the best time to take positive action that will get things going for you.

The best cure for discouragement is action. Don't just sit there feeling sorry for yourself, do something! You got into this situation. You can get yourself out, and move forward to a life of success and achievement. It all starts when you begin to take control of your own destiny. Realize that your actions determine your future.
Haven't you had enough already?

Start working your way out, right now. Some of life's greatest accomplishments come when positive action is taken in the midst of a discouraging situation.

What can you do today, right now, that will move you forward? Set your sights on the future and do it now.

-Ralph Marston

Mencari Diri

Sekadar renungan :

•Yakini kamu dengan hatimu, kerjakan ibadah pada waktunya, basahkan lidah dengan zikrullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan. Itulah titik mula sebagai insan.

•Sebahagian dari tanda jujur itu ialah syukur, taat, redha dan ikhlas. Tanpa tanda-tanda tersebut, jelaslah ia kufur dan kufur itu lebih hina dari kafir.

•Istiqlas ialah sesuatu kebajikan yang sering dibuat tanpa mengharap balasan makhluk sebaliknya mengharap keredhaan Allah sebagai tanda syukur.

•Kefahaman Al-Quran datang dari jiwa yang tulus dan hati yang ikhlas. Syukur itu merupakan jambatan ilmu, redha itu adalah anugerah bagi ketenangan.

•Al-Quran merupakan manual dan panduan kehidupan, menghafal dengan betul akan mendapat rahmat dan jalan yang benar dan lurus.

Credit to: citiey

Cara Membayar Hutang Lama

Soalan:

Saya pernah berhutang dengan seseorang tetapi tidak dapat membayarnya kerana beliau telah berpindah dan tidak dapat dikesan tempat tinggalnya yang baru. Solannya, bolehkah nilai hutang itu disedekahkan dengan diniatkan kepada si pemberi hutang? Adakah telah selesai hutang itu dengan cara ini?

Jawapan:

Pertama, hendaklah saudara berusaha mencarinya dengan segala saluran yang ada. Jika masih tidak menemuinya setelah dicari, sekiranya saudara mengetahui ia ada menanggung hutang dari orang lain, maka gunakanlah wang yang ada pada saudara itu untuk melunasi hutangnya. Jika ia tidak menanggung hutang dari orang lain, saudara hendaklah mencari waris-warisnya dan mengembalikan wang itu kepada waris-warisnya. Jika tidak ditemui atau tidak diketahui waris-warisnya, barulah saudara memberi sedekah dengan wang itu bagi pihaknya.

Di akhirat nanti, jika pemilik wang yang saudara berhutang darinya itu memilih untuk mengambil pahala sedekah dari wangnya (yang saudara sedekahkan itu), maka pahala itu adalah miliknya. Jika ia masih menuntut saudara melunasi hutangnya iaitu ia meminta dari pahala kebajikan/kebaikan saudara, akan diberikan kepadanya mengikut kadar hutangnya. Namun saudara tidak akan rugi kerana pahala sedekah yang saudara lakukan dari wangnya tadi akan menjadi milik saudara.

Seorang sahabat Nabi s.a.w. iaitu Ibnu Mas’ud r.a. telah membeli seorang hamba dari seorang lelaki. Tatkala ia hendak membayarnya, tiba-tiba lelaki itu menghilangkan diri. Dicarinya dimerata tempat, namun tidak berjumpa. Lalu ia pun mensedekahkan wang bayaran itu dan berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah! Sedekah ini adalah bagi pihaknya jika ia redha. Jika ia tidak redha, maka pahalanya adalah untukku”.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Zadul-Ma’ad, Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah, jil. 5, hlm. 779.
2. Al-Fatawa; Min Ahsanil-Ahkam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam, Syeikh ‘Attiyyah Saqar, jil. 2, hlm. 65.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Thursday, September 2, 2010

Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur

Keputusan :

Amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama.

Keputusan Muzakarah JK Fatwa
13 Oktober 2004 • Muzakarah Kali Ke-65

Why?

Whatever you're doing, remember WHY you're doing it. It will keep you focused and motivated. Keeping the "why" in mind, will put everything into perspective.

Sometimes we get so obsessed with the details of life, that we forget the reasons. We settle into habits and patterns, and continue with them just because they're comfortable. Regularly remembering "why", will often open up new options and possibilities.

If an obstacle is blocking your path, ask yourself why you want to get around it. That takes the focus off of the obstacle, and lets you concentrate on your goal. Consider that there may be an entirely different way of getting there.

What are you doing today and Why? Knowing the "why", when it is meaningful enough to you, will keep you going no matter what.

-Ralph Marston

Nilai Seorang Manusia

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

- Riwayat Muslim

Huraian:

i) Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya, bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkah-lakunya, maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.

Ii) Namun pada pandangan Allah S.W.T, selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.

Iii) Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada ‘udang di sebalik batu’ tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.

Iv) Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah S.W.T.

V) Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan.

vi) Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.

Ayat Berkubu



Maksud :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad Rasulullah.


Supaya Allah SWT akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya.
( Amalkan selepas solat Subuh atau ketika diri diancam musuh ).

Caranya:

1. Berdiri menghadap kiblat (arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara.

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup ke bawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup ke arah atas sehingga habis nafas.

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

Khasiatnya : InsyaAllah, Allah akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya. "Doa itu senjata bagi orang mukmin ".


Tips Tuan Guru Prof. Dr. Haron Din Al Hafiz
Rujuk Darussyifa