Saturday, October 30, 2010

Penggunaan Ayat Suci Dalam Telefon Bimbit

Hukum Penggunaan Ayat-ayat Suci al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit


Keputusan :

Pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas.

Keputusan Muzakarah JK Fatwa
10 -12 April 2007 • Muzakarah Kali Ke-77

Apakah surah yang bermula dengan salah satu daripada 99 nama-nama Allah?


Surah al-Rahman.



Berapakah jumlah Basmalah yang terdapat dalam al-Quran?

114 kali (disetiap permulaan surah). Walaupun surah at-Taubah tidak bermula dengan Basmalah, namun is diulang sebanyak 2 kali dalam surah al-Naml. Satu pada permulaan ayat manakala Basmalah kedua pada ayat ke -30.



Apakah nama surah-surah dalam al-Quran yang menggunakan nama binatang?

Surah al-Baqarah (lembu betina), Hud (burung Hud), al-Nahl (lebah), al-Naml (semut), al-Ankabut (labah-labah), al-Fiil (Gajah).

Dipetik dari Majalah Solusi
SOALAN-SOALAN TRIVIA, FAKTA DAN INFO
Oleh Husna Hassan

I Wish...

I wish I was...
I wish I had...
I wish I could...
I wish I knew...

Do you ever wish?
What do you wish for?
What happens when you wish?

Not much, except that you remind yourself of the desirable things you do not have. Unless you have a magic genie in a lamp, wishing does not make anything happen.
In fact, wishing often prevents us from getting our wish!

"I wish I could lose weight," - We think, as we scoop out another bowl full of ice cream.

"I wish I could afford a new car" - We think, as we waste another ten dollars on lottery tickets.

"Wishing" prevents us from taking the actions necessary to improve things. Stop wishing and start living. Make the specific plans, and take the effective actions necessary to achieve the life you desire.

The next time you find yourself wishing, stop and think, "What can I do right now that will begin to make it so?" Wishing won't make it happen. Only, YOU can make it happen.

-Ralph Marston

Berpada-pada

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda “Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar.”

- (Ahmad dan at-Tabrani)


Huraian:

1. Bergurau janganlah melampaui batas kesopanan hingga menyakiti atau menghina sehingga menyebabkan dukacita dan sebagainya.

2. Banyak bergurau boleh menyebabkan hati seseorang mati dan mengurangkan kehebatan. Bahkan bergurau dengan cara mengolok-olok, mengumpat, menghina, menjatuhkan maruah boleh mendatangkan dosa samada orang yang melakukannya itu menyedarinya ataupun tidak.

3. Selaku seorang Islam, kita haruslah berlapang dada (toleransi) dalam menghadapi perbedaan pendapat di mana Islam melarang kita bertengkar hingga menyebabkan timbulnya pertikaian dan saling berhujjah, mengkafirkan atau menganggap yang lain halal darahnya (bunuh-membunuh).

Tuesday, October 26, 2010

Doa Penjaga Harta Dan Ahli Keluarga





Dipetik dari buku "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit"
Tuan Guru Dato Dr Haron Din

Remember Today


Remember today that you are alive.
Sometimes we tend to forget.
You have a purpose that is all your own.
No one else is you.
You have dreams and hopes and desires.
Listen to your heart for a while.

Remember today all the blessings you have.
There's beauty in every direction you look.
Enjoy the abundance that is already yours.

Remember today that you get what you give.
Your world is a mirror of your inner self.
Love will be yours when you give it away.

Remember today that life is creation.
As long as you live,
you can always contribute
your own special voice.

Remember today is a special time.
Make the best of it while you can.
-Ralph Marston

Iman Tidak Dipaksa

Kita mungkin boleh memaksa manusia makan, bercakap, bergerak, diam atau apa sahaja tindakan fizikal. Namun kita tidak mungkin boleh memaksa keyakinan dan kepercayaan seseorang. Ini seperti memaksa seorang mempercayai apa yang dia tidak percaya, atau meragui apa yang dia yakin, atau mengkufuri apa yang dia imani, atau mengimani apa yang dia tidak dapat terima kebenarannya.

Demikian juga kita tidak boleh memaksa perasaan seseorang seperti cinta, benci, suka, marah, sayang dan seumpamanya. Jika kita terus paksa dengan kekuasaan dan kekerasan untuk mengungkap dengan lidah apa yang tidak terkandung dalam jantung hatinya atau perasaannya, dia mungkin menyatakannya dengan lidah tetapi iktikad dan perasaan akan tetap menolak.

Tiada siapa pun dalam kalangan makhluk mampu memaksa akidah orang lain. Apa yang manusia mampu hanyalah paksaan fizikal, sedangkan iman atau kufur seseorang tidak dapat diubah, jika tidak dengan kehendak dan kerelaan empunya diri.

Islam sebagai agama yang diturun oleh Tuhan Yang Mencipta manusia, Allah Maha Mengetahui tentang hakikat hambaNya. Maka Islam mensyaratkan iman itu berteraskan keyakinan dalam jiwa insan. Tanpanya, iman tidak dikira atau dinilai. Seseorang yang mengakui beriman kepada Islam dengan cara paksaan tidak diiktiraf. Demikian seseorang yang mengakui kufur kepada Islam dengan paksaan juga tidak hukum bersalah.

Firman Allah (maksudnya):
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”
- (Surah al-Baqarah ayat 256).

Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNYA tadi. Demikianlah ajaran Islam. Ibubapa pun tidak boleh memaksa agama atau keyakinan anak sendiri, inikan pula orang lain.

Begitulah juga, jika seseorang dipaksa mengkufuri Islam atau tidak percaya dengan Islam, sedangkan jantung hatinya tetap dengan keimanan dan keyakinan, maka sekalipun dia tunduk dengan paksaan tersebut, imannya tetap sah dan diiktiraf di sisi Allah. Manusia hanya boleh memaksa lidah dan anggota yang lain, tapi tiada siapa mampu memaksa iman.

Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.
- (Surah al-Nahl, ayat 106).

Jelas, iman tidak boleh dipaksa. Ia masuk ke dalam dada insan dengan rela dan keyakinan. Demikian kekufuran juga tidak boleh dipaksa. Ia bersarang dalam dada insan dengan pilihannya. Cumanya ada sebab-sebab yang membawa kepada iman atau tidak berimannya seseorang. Hujah dan alasan yang diterima oleh akal dan ruh insani menyebabkan insan mempercayai sesuatu atau mengingkari sesuatu.

Maka Islam sebelum menghukum iman atau kufur atas seseorang mewajibkan Iqamah al-Hujjah (penegakan hujah). Setelah ditegakkan hujah dan alasan yang kukuh, jika dia terus membantah dan tidak menerima sedangkan dia tahu dari segi hujah dan alasan Islam ini benar, maka ketika itu dia dianggap sebagai kufur.

Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang beroleh petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk itu hanya kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain, dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul”.
- (Surah al-Isra, ayat 15).

Ayat ini adalah kaedah teras yang mesti difahami oleh setiap Muslim. Allah Yang Maha Suci tidak akan menanggung dosa seseorang ke atas orang lain dan tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutusnya Rasul yang menegakkan hujah. Apabila datang Rasul, atau wakil rasul, atau apa sahaja saluran yang menyampaikan hujah dan bukti rasul terhadap kebenaran petunjuk Allah kepada seseorang sehingga dirinya akur bahawa ini merupakan ajaran Allah, maka jika dia menolak, dia layak untuk dihukum di Hari Pembalasan kelak.

Sebaliknya, jika hujah yang kukuh mengenai Islam atau ajaran rasul itu tidak sampai kepadanya, maka dia tidak akan diazab oleh Allah sekalipun kita memanggilnya ‘kafir’ atau seumpamanya. Bahkan kita pula yang mungkin diazab oleh Allah, jika kita tidak menerangkan ajaran Islam yang telah sampai kepada kita, atau kita tunjukkan contoh buruk sehingga dia salah-faham terhadap Islam. Jika kita memahami hakikat ini, tentu kita akan mendahulukan dakwah daripada kekerasan.

Persoalan yang patut kita semua tanya, apakah mereka yang kita anggap sebagai kaum kafir itu telah sampai kepada mereka hujah yang benar lagi teguh tentang Islam ini? Atau, mungkin kebanyakan mereka itu jahil? Atau mungkin sebahagian mereka telah disalahfahamkan hakikat Islam yang sebenar oleh musuh-musuh Islam, atau mungkin juga oleh tindakan sebahagian orang Islam sendiri.

Dalam kalangan manusia, golongan yang paling jauh dari Islam adalah puak atheist yang tidak percaya kepada Tuhan sama sekali. Manusia beragama, walau apapun agamanya, sekurang-kurangnya mereka maju setapak dengan percaya tentang kewujudan dan kekuasaan Tuhan. Justeru menghormati nilai tersebut maka Islam tidak memusnahkan tempat-tempat ibadat mereka tanpa alasan yang benar. Bahkan melindunginya, jika itu merupakan hak mereka.

Ini seperti firman Allah: (maksudnya)
“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
- (Surah al-Hajj, ayat 40).

Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak dan nilai beragama, kerananya Islam melindungi mereka.

Dalam kalangan agama-agama yang ada, agama yang mempunyai unsur-unsur langit seperti Yahudi dan Kristianlah yang lebih dekat dengan Islam. Ini kerana kesan ajaran nabi-nabi terdahulu yang masih terdapat dalam agama tersebut menjadikan banyak persamaan antara mereka dengan Islam.

Justeru, Islam walaupun mengecam Ahlul Kitab (Yahudi dan Kristian) atas pengubahan kitab, kesyirikan mereka dan salahguna agama tetapi Islam tetap mengizinkan memakan sembelihan mereka dan berkahwin dengan wanita mereka yang bukan lacur. Tujuannya untuk membawa mereka kepada ajaran Islam yang sepatutnya mereka ikuti. Islam tahu kesan agama langit dalam jiwa mereka memudahkan mereka menerima Islam jika mereka tidak takabur.

Firman Allah: (maksudnya)
“Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan Demi Sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong”.
- (Surah al-Maidah, ayat 82).

Iman tidak boleh dipaksa. Cuma sebab-sebab manusia menerima Islam disebabkan alasan yang dapat diterima oleh akal dan ruh insan. Mempercayai Tuhan adalah selangkah ke arah Islam. Mengetahui dan mengiktiraf ajaran Allah kepada nabi-nabi yang terdahulu adalah selangkah yang mendekatkan lagi manusia kepada Islam. Apa yang tinggal, peranan kita menjelaskan Islam yang sebenar. Janganlah pula kita yang merosakkan gambaran Islam yang mulia dan suci ini.


15 Jan 2010
Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=408&action=view

Thursday, October 21, 2010

Beza Bermukim dan Bermastautin

Apakah beza bermukim dan bermastautin hingga mengharuskan jamak dan qasar solat ketika bermusafir dan yang menentukan wajib atau tidak solat Jumaat bagi lelaki?

Jawapan:

BERMUKIM: ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat lebih daripada 3 hari. Dia tidak berniat untuk kekal selama-lamanya di situ.

BERMASTAUTIN: ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat dan tidak ada niat untuk berpindah ke tempat lain walaupun dia lahir di tempat lain.

Orang yang bermukim diwajibkan solat Jumaat tetapi tidak dikira dalam 40 orang yang menjadi syarat sah bilangan solat Jumaat. Sebaliknya, orang yang bermastautin yang wajib dan dikira dalam 40 orang bilangan solat Jumaat.


Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
Majalah Solusi

Get Results

Success depends on results. Not on your intentions. Not on your wishes. Not on how hard you "try."

Results are what count. When you consistently get results for others, you are in high demand. No employer wants to pay a salary, yet every employer is eager to buy results!

Think in terms of results. Make sure that the end result is the goal of every action you take. What will be the result? Prioritize your efforts based on the results they will accomplish. Evaluate your actions based on their effectiveness.

What are you doing today? What results will that lead to? What could you be doing, that would be even more effective? Go for the results, focus on the results, work for the results, and you'll get them.

-Ralph Marston

Pantang Menyerah Sebelum Ajal

Hadith :

Dari Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar), maka hendaklah ia berdoa: "Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.”

-(Bukhari)


Huraian:

Sebagaimana maklum, Islam menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa jua perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT.

Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah SWT yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauh manakah keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah SWT.

Orang-orang yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah dalam dugaan ini dan sebaliknya pula bagi orang yang kurang imannya, di mana hal yang demikian boleh memungkinkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh dari jalan-Nya.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya di mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya (iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar), Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar.

Bukankan setiap penyakit itu ada ubatnya?

Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pahlawan Melayu 'Pantang menyerah sebelum ajal!'.
Siapakah doktor ternama pada zaman Rasulullah s.a.w?

Al-Harith Bin Kildah.



Apakah hubungan kekeluargaan antara Rasulullah s.a.w. dengan Saidina Abu Bakar r.a.?

Rasulullah s.a.w. merupakan menantu Saidina Abu Bakar r.a. kerana mengahwini Aisyah r. ha, puteri Abu Bakar.



Siapakah manusia pertama yang menulis menggunakan pena?

Nabi Idris a.s.
Rujukan: Qasas al-Anbiya oleh Ibn Kathir.


Dipetik dari Majalah Solusi
SOALAN-SOALAN TRIVIA, FAKTA DAN INFO
Oleh Husna Hassan

Monday, October 18, 2010

Haji Untuk Sendiri Dan Orang Lain Serentak

Soalan:

Bolehkah seseorang mengerjakan ibadah haji untuk dirinya sendiri dan pada masa yang sama dia berniat mengerjakannya untuk orang lain (bapanya)?

Ada pendapat yang menyatakan tidak boleh kerana sekiranya kita ingin mengerjakan untuk orang lain, kita perlu mengerjakannya pada masa yang lain, bukan serentak. Adakah ianya benar? Terima kasih.


Jawapan:

Mengerjakan haji sekali gus untuk diri sendiri dan pada masa yang sama untuk orang lain, adalah TIDAK HARUS. Jika diniatkan juga untuk kedua-dua (diri sendiri dan orang lain), maka haji itu jatuh untuk diri sendiri.

Dalilnya:
Hadis Nabi SAW mendengar seorang lelaki berihram untuk Syubrumah. Lalu Nabi tanya, "Siapakah SYubrumah?" Jawabnya: "Saudara aku, atau anak saudara aku." Lalu Nabi bersabda: "Adakah kamu sudah mengerjakan haji untuk dirimu?" Katanya: "Tidak." Lalu Nabi bersabda: “Kerjakan dahulu haji untuk dirimu, kemudian, barulah untuk Syubrumah”.

HR Abu Daud (1811), Ibn Majah (2903). Di sahihkan oleh Ibn Jarud dalam (Muntaqa 2/113), dan Ibn Hibban (9/299), Ibn Khuzaimah (4/345).


HAJI UNTUK ORG LAIN DAHULU, TANGGUH HAJI SENDIRI
Cuma ulama ada khilaf, adakah boleh tangguh haji untuk diri sendiri, dan buat haji untuk orang lain dahulu, kemudian, pada tahun-tahun seterusnya, barulah buat untuk diri sendiri.

Jumhur ulama tidak mengharuskan berdasarkan hadis di atas. Ada ulama mengharuskan seperti Thauri dll. Begitu juga Imam Malik mengharuskan buat haji untuk orang yang telah mati walaupun belum haji untuk diri sendiri.

Manakala buat haji serentak untuk dua orang, setakat ini tidak bertemu ada khilaf di kalangan ulama tentang ketidakharusannya.

Wallahu A’lam.


Rujukan:
Bidayatul Mujtahid 1/234
Fathul Bari 4/69
Aunul Makbud 5/174
Nailul Authar 5/18
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Focus

Every day, you're making an investment of something extremely valuable -- your time.

You cannot save time for use later. It must be used as it comes. We all get the same amount of it -- 24 hours each day. Success is determined largely by how effectively we use our time.

Get the most out of the time you have. Focus your efforts on doing the things that will have the most significant impact on your life and your work. Do the "big" things first, and stay "on task" until they're done.

Nothing will make you more effective than the ability to stay focused. Practice it. Work at it. Challenge yourself to stay in focus. When you're about to become distracted, force yourself back to the task at hand. You'll be amazed at how much more you get done, when you actually work the whole time you're working.

Your time is precious and cannot be replaced once it is spent. Use it wisely and effectively, by staying focused and getting things done.

-Ralph Marston

Doakan Yang Baik-baik

Hadith :

Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata: "Semoga hujan yang bermanfaat."

- (al-Bukhari)

Huraian:

Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya.

Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok.

Begitulah keadaannya bilamana kita inginkan sesuatu kebaikan, janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya.

Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.

Friday, October 15, 2010

Apakah Penyakit Ain?

Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.

Dalam hadis Musnad Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”.
- (No: 9668)

Oleh itu, untuk mengelakkan al-Ain, digalakkan menyebut zikir apabila melihat sesuatu yang mengkagumkan. Sebagaimana saranan al-Quran: “Dan mengapakah tidak apabila kamu memasuki kebunmu, kamu berkata:
"Masya Allah, La haula wala quwwata Illa Billah”.
- Al-Kahfi : Ayat 39.

Al-Ain itu adalah penyakit, dan diubati dengan cara yang diajar oleh Nabi, sebagaimana disebut dalam hadis seperti kisah Sahl bin Hunaif , dan lain-lain iaitu memandikan si mangsa Ain dengan air basuhan atau air wudhu si pengena Ain itu. Boleh juga diubati dengan cara RUQYAH, sebagaimana Nabi memerintahkan Aisyah supaya mengambil ruqyah untuk penyakit Ain.
- Sahih Bukhari dan Muslim.

Dan dalam hadis lain “Tiada Ruqyah melainkan untuk penyakit Ain dan sengatan binatang bisa”.
- Bukhari (No: 5378) dan Muslim (No: 220).

Wallahu A’lam.


Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Sooner Than You Think

Before you know it, the future will be here... Sooner than you think!

The way you spend your time in the present, can either create a future that is bright and eagerly anticipated, or it can lead to one that is full of regret.

Time moves forwad, so use every moment to reach for the best you're capable of, and you'll get better.

-Ralph Marston

Jihad Kaum Wanita

Hadith :

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?”. Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.”

(al-Bukhari)


Huraian:

Haji juga disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ibadah yang darjatnya sama dengan jihad fi sabilillah, kerana apabila seseorang itu mati sewaktu menunaikan ibadah haji, matinya itu tergolong seperti mati syahid.

Rasulullah SAW bersabda: "Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji".
- (an-Nasa'i)

Oleh itu setiap Muslim harus menunaikan ibadah haji dengan sebaik-baiknya sebagaimana ibadah-ibadah lainnya iaitu ia mestilah disertai dengan hati yang ikhlas kerana Allah dan memperoleh keredhaan-Nya. Apabila keikhlasan sudah tertanam di dalam jiwa, meskipun pelaksanaannya kelihatan begitu berat dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga, waktu, perasaan bahkan nyawa, seseorang Muslim akan dengan sendirinya terasa ringan untuk melakukannya.

Sebaliknya, tanpa keikhlasan, bukan sahaja ibadah yang berat seperti tawaf yang memerlukan manusia bersesak-sesak, wuquf di dalam cuaca panas terik, melontar yang bakal dihujani pelbagai risiko dan sebagainya, malah ibadah yang ringan pun akan terasa berat untuk dilaksanakannya, jika hati tidak disertai keikhlasan. Itulah sebabnya mengapa haji termasuk dalam konteks jihad dalam beribadah.

Monday, October 11, 2010

HUKUM KARMA?

Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu.

Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam.

Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semulajadi ciptaan Allah.

Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, bangsawan, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam.

Dalam Surah Yusuf, terdapat banyak watak jahat. Namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan. Malah, Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan.

Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami, kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga. Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat.

Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya.

Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.

Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam. Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan, makanya orang-orang yang baik, malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah. Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma.


Dipetik dari:
www.halaqah.net
pengirim:tegal
editor:PenaHalaqah

1.http://halaqah.net/v10/index.php?page=238
2.http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/40b5680ed3f7d91a482574e6002eb54a?OpenDocument

Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

Balance

A good, productive day of work enables you to have a great rest at night. A great rest at night enables you to have a good, productive day of work.

Life is a cycle of effort and rest. The effectiveness of each depends on the other. You cannot cheat this cycle. Sleep all night and day and you'll feel awful. Work (or play) all day and night and you'll be worthless the next day.

Maximum effectiveness requires balance. You've got to work hard, and you've got to stop along the way to rest and relax. Sometimes you can be more effective in your work, by doing less of it. Sometimes you can get a better rest, when you work a little harder.

Get out of balance, and nothing works right.

To live effectively, you must have balance -- in your diet, in your schedule, in your relationships, in your ideas, in your viewpoints. If you go too far out in one direction, you could topple over.

Think balance, and get the most from life.

-Ralph Marston

Berbalas SMS

Soalan:

Apakah hukum seorang lelaki yang telah berkahwin berbalas SMS dengan wanita yang bukan muhrim tanpa pengetahuan isteri. Walaupun SMS itu hanya perbualan biasa tetapi si-lelaki menyimpan perasaan terhadap wanita tersebut dan pernah keluar bersama beberapa kali tanpa pengetahuan isteri.

Jawapan:

Adalah berdosa jika membawa kepada perbuatan maksiat dan perbuatan yang dilarang dalam Islam.

Wallahu A'lam


Koleksi kemusykilan agama yang telah dijawab oleh Mufti Melaka.
http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=830

Wednesday, October 6, 2010

Pengiriman Al-Quran Melalui Pos

Keputusan :

i. Pengiriman Al-Quran melalui pos hendaklah dengan cara berdaftar dan dibungkus serta dibalut dengan sempurna.

ii. Untuk menjaga keselamatan dan kesucian al-Quran, maka pengiriman melalui pos tidak digalakkan.

Keputusan Muzakarah JK Fatwa
10 Oktober 1983 • Muzakarah Kali Ke-6

Trust

Who do you trust? How many people trust you?

If someone promises to do something, they might do it and they might not. There are a lot of promises flying around these days, promises which are only kept if it continues to serve the interest of the person making the promise. A conditional promise is worth only a little bit more than nothing at all.

Trust is much more meaningful. Trust is not created overnight. It does not come out of thin air. It is built over years of dependable experience.

A person who can be trusted, a person who is dependable, is valuable in any endeavor. Customers will willingly pay more to do business with someone they trust. Employers will pay higher salaries to keep people they trust.

Being trustworthy and dependable, besides being an honorable way to live, has measurable material advantages in business and in life. When people trust you, doors open to you, opportunities come to you.

Can you be trusted? Would you trust yourself? Be trustworthy and dependable, and the best people, with the best connections, the best resources, the best opportunities, the best jobs, and the best business contracts, will seek you out. It is well worth it, to be worthy of trust.

-Ralph Marston

BESARNYA MAKNA DOA YANG KITA LUPAKAN

Doa Semasa Duduk Antara Dua Sujud


Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita.. tetapi sayangnya, segelintir kita mungkin hanya memohon tanpa memahami.. sekadar disebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati.

Ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat, dengan rendah hati hayatilah dan nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah :

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tidak terhitung besarnya hingga kita merasa cukup,

Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)



Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. sebuah doa yang mungkin kita lewatkan hanya begitu sahaja memohon sesuatu dalam tidak sedar.


Credit to : Amy Marzuki


Pembetulan kepada artikel di atas dari seorang pelawat yang singgah ke blog saya.
Harap maklum.

Monday, October 4, 2010

Allah Berada Di Atas Tujuh Syurga?

Jawapan:

Sebagaimana yang dituturkan secara terang dan sahih di dalam Quran, sunnah dan ijmak dan dimaklumi daripada nas-nas yang sahih, bahawa Arasy itu berada lebih tinggi daripada segala makhluk-makhluk Allah Taala yang lain. Lebih tinggi daripada tujuh langit dan lebih tinggi daripada syurga yang paling tinggi iaitu Syurga Firdaus.

Dalam Sahih Bukhari tersebut satu hadis:
“Apabila kamu meminta daripada Allah, maka mintalah daripadanya syurga Firdaus. Sesungguhnya ia adalah syurga yang paling pertengahan (yang paling afdhal) dan yang paling tinggi. Dan di atasnya ialah Arasy al-Rahman.”

Secara jelas, ia menunjukkan bahawa Arasy al-Rahman berada lebih tinggi daripada syurga yang paling tinggi. Dan Allah Taala berada di atas Arasy-Nya.


Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di al-ahkam

Quality of Life

The quality of your life is determined by the quality of your thoughts and the quality of your actions.

If your thoughts are petty, cynical and vindictive, your life will be filled with frustration and regret. If the actions you take are the minimum needed to get by, then you'll always be just barely getting by.

When your thoughts are positive and expansive, your actions bold and determined, you will live with abundance and fulfillment.

Quality of life is not based so much on what you have. Rather, it depends on how you choose to view, and what you choose to do.

Think of every moment as an opportunity. Act with purpose, direction, enthusiasm and commitment. Every little thought, every little action, combines to determine the quality of your life. Every day is a chance to create, by what you think and what you do, the best person you can be.

-Ralph Marston

3 Amalan Yang Berkat

Hadith :

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Manakah amal yang lebih utama?”. Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”

- (Bukhari)


Huraian:

Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama, tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya.

Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.

Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T samada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).

Friday, October 1, 2010

Berapakah ketinggian Kaabah dari aras laut?

227 m.


Apakah surah-surah yang bermula dengan “Haa Miim”?

Surah Al-Ahqaf, al-Jasyiah, al-Dukhan, al-Zuhkruf, al-Shura, Fussilat, Ghafir.


Dipetik dari Majalah Solusi
SOALAN-SOALAN TRIVIA, FAKTA DAN INFO
Oleh Husna Hassan

What's The Use If There Is No Use?

What good is anything, if you don't use it?

What good are your skills and abilities, if you don't make the most of them?

What good is being a parent, if you never have time for your children?

What good is having the latest technical wizardry, if you don't learn how to operate it?

What good is life, if you don't live it?

What good is knowledge, if you don't apply it.

What good is experience, if you don't learn from it?

What good is food, if you don't eat it.

What good is wealth, if you hoard it?

Possession has value, only when it has purpose. The only way to benefit from what you have, is to use it. Fulfillment comes not from how much you accumulate, but rather from how much you do, and build, and create and contribute. Live your abundance by putting it to use. Do all you can, with the good things you have.

-Ralph Marston

Menguruskan Anak Yang Nakal

Melihat anak hari ini yang agak nakal, sering membuat ibubapa pening. Segelintir daripada kita menuding jari terhadap ibubapa kerana gagal melaksanakan tugas atas alasan terlalu sibuk mengejar material sehingga mengabaikan anak sendiri.

Sebenarnya banyak sebab yang boleh mengheret anak menjadi nakal, degil, derhaka dan pelbagai perkara negatif sehingga meresahkan ibu bapa, sekolah mahupun masyarakat keseluruhannya.

Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, kurang berdoa dalam proses mendidik menjadi sebab anak degil dan tidak mencapai kecemerlangan yang diharapkan. Beliau berkata, "Doa tidak makbul jika solat tidak dijaga oleh ibubapa sendiri kerana ia tiang agama. Peliknya, tanpa sebarang doa mengiringi anak untuk meraih kejayaan dalam hidup, tetapi ibubapa menyimpan angan-angan untuk melihat kejayaan mereka."

"Kalau mereka sendiri, sebagai induk dalam keluarga yang menjadi teladan kepada anak, tidak melakukan perkara yang baik terutama mendirikan solat lima waktu, tidak menjaga susila sepatutnya, bagaimana hasrat hendak melihat anak berjaya akan termakbul?

"Pastikan jika mahu anak berjaya dalam pelajaran, ibu bapa juga perlu menitipkan doa untuk kecemerlangan guru," katanya.

Masalah lain yang melanda fenomena anak sekarang didorong sikap kurang tegas dalam mendidik anak samada berkaitan waktu belajar, mengaji, tidur atau riadah.

Biarpun bukan semua perkara itu mampu dilakukan dengan sempurna, tanggungjawab ibubapa amat besar dalam membentuk disiplin sekaligus memastikan setiap peranan itu seiring dengan tindakan yang dilakukan.

Dia turut merumuskan petua lain untuk menjadikan anak cemerlang iaitu dengan mengamalkan makan malam bersama dan hendaklah dilakukan sebelum Maghrib.

"Lebih banyak memberi belaian negatif (tarhib) daripada belaian positif (targhib) juga menjadi punca kegagalan yang diperkatakan."

"Ibubapa juga dikesan kurang pandai menjadi kawan kepada anak hingga menjadikan mereka melupakan ibubapa sendiri dengan cara mencari rakan sebaya sebagai tempat mengadu masalah."

"Pada zaman serba canggih, ibubapa sepatutnya menjadikan mereka sebagai rakan dengan mengetahui dengan siapa anak bergaul, ke mana mereka pergi dan pergaulan yang bagaimana menjadi amalan.

"Namun, pada masa sama, rasa hormat dalam batas yang wajar tetap terpelihara," katanya.

Dalam kebanyakan ceramah atau motivasi yang diberikan Dr Fadzilah, beliau kerap menekankan aspek kurang memberi sentuhan kepada anak menjadikan anak degil dan tidak mendengar kata.

Menurutnya, anak memerlukan sentuhan kasih sayang yang sama rata dan jangan sama sekali membezakan kasih sayang sesama mereka.

"Jika ibubapa tidak kasihkan anak, anak juga tidak kasih kepada orang tuanya.

"Amalkan mendakap dan memeluk anak. Ini akan mendatangkan kesan kepada mereka iaitu badan sihat, tahap kecerdasan tinggi, yakin dan mudah ikut contoh baik daripada orang yang berjaya.

"Sebenarnya, anak yang selalu bercakaran sesama sendiri berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat kasih sayang yang sama rata daripada ibubapa mereka," katanya.





Maksudnya:
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
(SURAH AL-AHQAF : 15)