~ Ketika disebut nama Nabi Muhammad s.a.w.
~ Ketika duduk tahiyat akhir dalam solat, setelah tasyahud dan sebelum berdoa.
~ Dalam solat jenazah setelah takbir kedua.
~ Di akhir doa qunut.
~ Dalam khutbah, ceramah dan lain-lain.
~ Setelah azan dan setelah menjawab muadzin.
~ Ketika masuk dan keluar masjid.
~ Pada Hari Jumaat.
~ Dalam majlis-majlis.
~ Dalam penulisan buku-buku.
Sumber: Adnan al-Tarsyah, Maza Yuhibbu al-Nabi Muhammad s.a.w. wa Maza Yukrihu, Maktabah `Ubaikan, Riyadh.
Dipetik dari Majalah Solusi.
Wednesday, February 22, 2012
If You Care
Have you ever tried to do something that you really don't care about doing?
You might get through it, but it is difficult. The way to be most effective at any task is to care about it. When you care, you put all you have into the effort. When you care, you find ways to do it better, and better ways to do it.
If you don't care about what you're doing, ask yourself why you're even doing it in the first place? There may indeed be a reason why you do care about it, that you just haven't realized. For example, if it's something related to your job, even though you don't care about the task, you probably care about your job. Or you care about your paycheck. Or you care about earning money to feed your family. At some point there's a reason to care, or there's no reason to be doing it.
Care about what you're doing and you become vastly more effective at getting it done. If you're going to make the effort, isn't that the best way to have it happen?
-Ralph Marston

Wednesday, February 15, 2012
Kekalkan Ibadat Selepas Haji
Sukar kekal beribadat selepas balik dari Tanah Suci Makkah.
PADA masa ini ramai yang sudah mampu mengerjakan umrah mahu pun haji. Namun, di sebalik kemudahan ke sana, apa yang paling sukar adalah untuk mempertahan atau mengekalkan ibadat itu dalam diri dan amalan seharian apabila kembali ke tanah air. Apakah yang harus kita lakukan bagi mengatasinya?
Jawapan Ustaz Zahazan Mohamed:
Sebelum menjawab soalan ini saya suka mengemukakan hadis Nabi SAW yang menunjukkan keutamaan ibadat haji, contohnya hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Sesiapa yang menunaikan ibadat haji, lalu dia tidak melakukan jimak (ketika dalam ihram) dan tidak melakukan perbuatan fasik, maka dia sudah kembali bebas daripada dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya”.
Dalam hadis yang lain Nabi SAW sudah ditanya tentang perkara yang paling utama ganjarannya di sisi Allah SWT, lalu Nabi menjawab ia adalah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya. Kemudian ditanyakan lagi lalu Nabi menjawab perkara yang paling utama adalah haji yang mabrur.
– (Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Demikianlah ketinggian kedudukan ibadat haji seperti yang dinyatakan oleh Nabi SAW. Hakikatnya pelaksanaan ibadat haji ini mengajar Muslim mengenai pelbagai perkara, contohnya erti persaudaraan Islam yang sebenar. Muslim juga diajar aspek penumpuan dalam ibadat ketika berada dalam ihram haji kerana Allah SWT tidak mengukur mereka dari segi fizikal tetapi dengan apa yang ada dalam hati. Lantaran itu Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kamu pada rupa paras tetapi Dia menilai kamu berdasarkan sejauh mana keikhlasan."
- (Riwayat Muslim dan Ibn Majah)
Begitu juga pengalaman berada lebih satu hari di Arafah dan Mina, yang sewajarnya meninggalkan bekas yang mendalam dalam diri seseorang yang melaksanakan haji, khususnya dari sudut kesabaran dan keteguhan semangat dalam mentaati Allah SWT. Inspirasi semangat Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah untuk menyembelih anaknya Ismail juga patut mencorakkan dalam diri kesungguhan yang mutlak terhadap-Nya.
Namun demikian, semangat yang didorong oleh kefahaman dan pengalaman secara langsung atau live yang dilalui ini boleh menjadi lemah ataupun padam sekiranya tiada program penyucian diri secara istiqamah.
Semangat dalaman ini atau lebih tepat dinamakan sebagai iman ini memerlukan kepada empat perkara bagi memastikan kesinambungannya secara sihat. Jika diumpamakan sebagai pokok, ternyata ia memerlukan kepada beberapa elemen bagi menjamin kesuburannya.
Kalangan ulama aqidah, contohya Prof Naeim Yaasin, dari Universiti Amman, Jordan, dalam kitabnya al-Islam, menjelaskan bahawa kalangan ulama Islam menetapkan empat perkara yang menduduki tempat baja ataupun air untuk menyuburkan ‘pohon keimanan’ itu ialah ilmu, amal, zikir dan fikir.
Bertitik tolak daripada itu, jemaah dapat membuat kesimpulan bahawa kesungguhan melakukan beribadat hanya akan berlaku apabila seseorang itu mengambil berat keempat-empat perkara ini. Ambillah kesempatan untuk hadir ke majlis ilmu selalu. Selain itu Muslim hendaklah mendampingi ahli ilmu yang ikhlas.
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis, maksudnya:
“Sesiapa dikehendaki Allah SWT baginya kebaikan, maka dia akan menjadikannya memahami urusan agamanya.”
- (Riwayat al-Bukhari dari Mu’awiyah)
Setiap individu juga dituntut mengamalkan wirid dan zikir yang tertentu sekurang-kurangnya selepas setiap solat dan zikir waktu pagi & petang, kerana ia juga mampu memberikan kita kekuatan dan menjadi benteng untuk kita mengelak daripada melakukan maksiat.
Ada satu pengajaran daripada kitab Jami’ al-Ulum wal Hikam oleh Ibn Rajab al-Hanbali bahawa Umar bin Ab Aziz berkata, jiwa yang kekosongan akan mudah diisi oleh mazmumah. Dengan sebab itu mengelakkan hati dari adanya kekosongan seperti itu, kita dituntut mengamalkan zikir secara istiqamah.
Sehubungan itu, Ibnul Qayyim pernah menceritakan dalam kitabnya al-Wabil al-Sayyib bahawa gurunya Syeikhul Islam berkata:
“Keperluan kita kepada zikrullah menyamai keperluan ikan kepada air. Seperti ikan yang akan mati tanpa air, demikianlah juga hati akan mati tanpa zikrullah.”
Sebagai penyempurnaan kepada tiang penyokong keimanan dalam diri, setiap Muslim hendaklah memperuntukkan waktu secara khusus untuk untuk tujuan berfikir. Amat benar al-Imam al-Nawawi apabila beliau berkata, menyusun laluan anak tangga ke syurga Allah SWT itu adalah dengan menyenaraikan amalan sunnah yang perlu kita lakukan.
Antara yang beliau senaraikan dalam salah satu anak tangga menuju darjat salih itu ialah membanyakkan berfikir ataupun bertafakur. Tafakur yang dimaksudkan ini adalah berfikir mengenai kekuasaan Allah SWT dan rahmat-Nya agar terbit dalam diri perasaan syukur.
Perkara ini dapat kita perhatikan menerusi ayat ke-191 surah Ali Imran yang bermaksud:
“(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah SWT ketika mereka berdiri dan duduk dan ketika mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.”
Dalam sahih tafsir Ibn Kathir diriwayatkan bahawa Bilal melihat Nabi menangis apabila surah ini diturunkan. Apabila ditanya maka Nabi SAW sudah menjawab maksudnya:
“Celakalah bagi orang yang membaca ayat ini tetapi tidak memikirkan apa yang terkandung di dalamnya.”
- (Terjemahan Sahih Tafsir Ibn Kathir, Pustaka Ibn Kathir, Jakarta, jld 2 hlmn 394).
Written by Abu Anas Madani | under Artikel - Makalah
[Sumber: Berita Harian]
[Makkah. 18 Zulhijjah 1430H – 05 Dec 2009]

Berdehem Ketika Solat
Apakah hukum berdehem ketika solat?
Jawapan:
Menurut pandangan mazhab Imam Syafi’i adalah dimaafkan dengan sedikit berdehem, ini jika tidak mampu mengelaknya kerana sakit yang dialami. Yang penting perbuatan itu tidak merosakkan solat kerana banyaknya.
Jika seseorang itu uzur daripada melakukan sebutan pada rukun qauliyah daripada rukun solat, seperti membaca al-Fatihah, maka dia berdehem walaupun banyak untuk tujuan bacaan, tidaklah mengapa.
Berdehem di dalam solat juga, jika kerana hajat atau uzur, maka tidak batal solat. Ini termasuklah berdehem untuk membaikkan suara dalam solat.
Berdehem juga tidak membatalkan solat, jika sudah menjadi tabiat kebiasaan yang tidak dapat diatasi olehnya.
Manakala berdehem dengan sengaja di dalam solat, tanpa uzur atau tanpa hajat, maka batallah solat itu. Apatah lagi berdehem bagi tujuan menegur atau memerli seseorang kerana ia dianggap bercakap.
Begitu juga bagi mereka yang berasa sukar dalam menyebut ayat semasa bacaan sunat, maka berdehem secara banyak tidak dimaafkan untuknya.
Credit to: Ustaz Fadzli Al Yamani
Di petik dari Majalah Solusi

Thursday, February 2, 2012
Difficulties
Difficult challenges can come into your life when you least expect them, bullying their way into your world!
If you try to ignore them or deny them, they just get bigger and more problematic.
The more you let them worry you and get you down, the more helpless they make you.
A life full of challenge is often stressful and uncomfortable. Accept the challenges when they appear, and you're well on the way to overcoming them. Though they bring disruption and pain, they also bring growth and power.
Sometimes what is best for us, is not what we would choose.
Life is difficult and in it we find unimaginable joy. Accept it all and live it for all it's worth.

PENAFIAN DENGAN UCAPAN
Soalan:
Seorang suami mempunyai 2 orang isteri secara rahsia iaitu Puan A dan Puan B. Pada suatu hari tembelang terbongkar apabila Puan A terserempak si suami bersama Puan B. Walaubagaimanapun apabila disoal, si suami menafikan bahawa Puan B ini adalah isterinya. Soalannya, adakah jatuh talak pada Puan B tersebut apabila si suami tidak mengaku bahawa Puan B adalah isterinya di hadapan Puan A?
Jawapan:
Penafian suami tentang status seorang wanita sebagai isterinya atau ucapannya "Dia bukan isteriku" bergantung kepada niat suami kerana ia termasuk dalam lafaz kinayah talak (yakni lafaz yang boleh difahami dengan maksud talak dan bukan talak), bukan termasuk dalam lafaz sarieh (yakni lafaz yang tidak difahami melainkan dengan maksud talak, iaitu lafaz cerai atau lafaz talak itu sendiri).
Jika suami bermaksudkan talak/cerai dengan penafian atau ucapan tersebut, jatuhlah talak.
Jika tidak berniat talak, tidaklah jatuh talak.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid (http://www.islamqa.com/ar/ref/100997/)
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
www.ilmudanulamak.blogspot.com