Apakah solat sunat Tahiyatul Masjid?
~ Solat itu solat sunat 2 rakaat seperti solat sunat yang lainnya, hanya diniatkan sunat Tahiyatul Masjid. Dilakukan untuk menghormati masjid, bila masuk sahaja ke dalam masjid sebelum duduk.
Bagaimana jika masuk itu terus duduk, masih bolehkan melakukannya?
~ Jika duduk itu dengan sengaja, maka tiada lagi disunatkan solat itu.
~ Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat. Adapun bagi orang yang tidak dapat mengerjakan solat sunat Tahiyatul Masjid disebabkan dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca: (Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar) sebanyak 4 kali.
Jika masuk ke dalam masjid dan didapati azan sudah berkumandang, bagaimana?
Bila azan sudah berkumandang, maka berdiri menjawab azan tersebut, kemudian melakukan solat sunat Rawatib. Solat sunat Rawatib itu dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan solat sunat Tahiyatul Masjid.
Jika masuk ke dalam masjid dan didapati jemaah solat sudah didirikan, bagaimana?
Tiada perlu lagi solat sunat Tahiyatul Masjid atau solat sunat yang lainnya. Jika didirikan, jadi makruh. Terus sahaja mengikut jemaah tersebut untuk solat fardhu. Ia sudah dikira memadai memenuhi tuntutan solat sunat Tahiyatul Masjid.
Apakah bacaannya yang mengiringi surah Al-Fatihah?
Dibaca apa-apa surah yang ringan dan kebiasaan yang dilakukan adalah pada rakaat pertama, surah Al-Kafirun, dan rakaat kedua, surah Al-Ikhlas.
Bolehkah dilakukan solat sunat tahiyatul masjid ini di tempat lain daripada masjid?
Tiadalah dibolehkan yang demikian seperti surau atau musolla (bilik solat). Hanya yang dituntut untuk solat tersebut adalah pada bangunan yang dibina khusus sebagai masjid.
Dipetik dari:
http://fekah.blogspot.com
Thursday, March 29, 2012
Tuesday, March 13, 2012
Cara Pelupusan Al-Quran
a. Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan Rasm Uthmani hendaklah dilupuskan.
b. Kaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam di tempat yang dikawal.
c. Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Ia dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
22 Ogos 1992 • Muzakarah Kali Ke-30

Staying Positive
It's easy to be positive and upbeat when things are going well. The real challenge, is when life starts handing you problem after problem where it is much more of a struggle to remain positive when there are difficulties swirling around you. And yet, that is the time when a positive outlook can make the biggest difference.
Staying positive in the midst of troubles does not mean that you should live in a state of denial, refusing to even acknowledge your problems. Rather, you must clearly see the problems and all their implications, and refuse to let them get you down. Then go beyond that, and look for how you can turn the negative into a positive.
In every difficulty, there is opportunity.
In order to see that opportunity, you must look for it. That means looking clearly and objectively at the problem - free of self pity or wishful thinking.
You can be positive, no matter what.
Don't deny your problems, and don't let them deny you.
-Ralph Marston

Melantangkan Bacaan Dalam Solat
Adakah dibolehkan seseorang yang solat sendirian melantangkan bacaan solat seolah-olah ada makmum di belakang, semata-mata ingin khusyuk dalam solat?
Jawapan:
Seandainya melantangkan suara pada solat Maghrib, Isyak dan Subuh, maka hukumnya adalah sunat, bahkan makruh sekiranya dibaca secara sir (senyap) walaupun solat berseorangan.
Sebaliknya menguatkan suara sewaktu mengerjakan solat Zuhur dan Asar, walaupun bertujuan untuk khusyuk, hukumnya tetap makruh kerana sunnah ketika itu adalah membaca secara sir (senyap).
Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
Majalah Solusi

Monday, March 5, 2012
Ikhtiar Untuk Mendapatkan Zuriat
Selepas Solat, baca:
1.Penghulu Istighfar - 100kali
2.Baca Doa:
"Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan".
- Surah Ali Imran 3 : Ayat 38
3. Doa:
"Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang Mewarisi"
- Surah Anbiyaa’ 21 : Ayat 89.
Tips by Dr Fatima Az-Zahra
Astro Ar-Rayyan

The Seed
Plant the seed of encouragement in the fertile ground of a person's life, and it will grow into magnificent accomplishments.
Anyone has the capacity to do great things, yet far too few know it or believe it. No matter how fertile the ground may be, if no seed is planted, nothing will grow.
How many lives have been wasted in misery and destruction because they never received even the smallest seed of positive encouragement?
A seed is tiny. Yet when it is planted in the right place, at the right time and nurtured with care, that tiny seed can grow into an abundant harvest.
Think of the lives around you where the seed of encouragement can take root and grow. Think of the difference you can make when you encourage yourself and when you offer your encouragement to others. Think of the seeds that you have the opportunity to plant. Spread the seeds of encouragement far and wide, and delight in the bountiful harvest that they will surely bring.
- Ralph Marston

Kunci Kemurahan Rezeki
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu."
- Riwayat Bukhari & Muslim
Huraian Pengajaran Hadis:
i) Allah yang mewujudkan sifat semulajadi dalam diri manusia iaitu sifat belas kasihan yang menggerakkan seseorang itu untuk bersedekah.
Firman Allah S.W.T yang maksudnya "Bandingan (perbelanjaan/derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai: tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurnian-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
- (al-Baqarah:26)
ii) Syarat bersedekah adalah keikhlasan. Tidak kira wang ringgit atau sebagainya asalkan ia dapat memberi kesenangan terhadap orang yang memerlukannya kerana kesenangan (kekayaan) yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya merupakan satu perkongsian dan tanggungjawab terhadap sesama manusia di muka bumi ini.
iii) Sifat suka bersedekah lawannya adalah bakhil. Sifat bakhil dicetuskan oleh Allah kepada hamba-Nya yang lupa akan kewajipannya dan sangat cinta kepada harta kekayaannya.
iv) Oleh itu demi mencari keredhaan Allah kita hendaklah menggunakan waktu yang ada dengan beringat-ingat kepada yang susah dan memberi sedikit bantuan mengikut kemampuan. Sebenarnya di sebalik amalan bersedekah akan dapat mewujudkan perasaan kasih sayang sesama manusia dan sesungguhnya amalan yang baik akan dibalas baik oleh Allah S.W.T.