Tuesday, July 28, 2009

Wudhu 24 Jam

Wudhu adalah ubat.

Jikalau kita mendalami Al-Quran, pasti dapat ketemu dengan berbagai-bagai ubat di dalamnya.

Salah satu ubat adalah dengan berwudhu'. Rasulullah sendiri sentiasa dalam keadaan berwudhu, sehingga sebelum tidur baginda, air wudhu pasti akan mengalir dahulu.

"Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta'ala." -(Riwayat Muslim)

Teknik wudhu 24 jam

Mudah sahaja. Selepas mandi, ambillah wudhu' walaupun bukan untuk tujuan solat. Selepas berhadas kecil tidak kira dimana sahaja, jangan keluar dari tandas kecuali selepas berwudhu'. Biasakan diri dan wajibkan diri untuk berwudhu' tidak kira di mana kita berada

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
'Mahukah saya tunjukkan padamu hal-hal yang mana Allah menghapuskan dosa-dosamu serta mengangkat darjat mu?' 'Mahu, ya Rasulullah', ujar mereka. "Menyempurnakan wudhu, menghadapi segala kesusahan, dan sering melangkah mengunjungi masjid, serta menunggu solat demi solat". -( HR Malik,Muslim, Tarmizi dan Nasa'i. Hadith )


Doa selepas berwudhu'

Dari Umar ra. :- Telah bersabda Rasulullah saw : 'Tidak seorang pun diantaramu yang berwudhu lalu menyempurnakannya, kemudian membaca : Asyhadu alla ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalah wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh (aku mengakui bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku mengakui bahawa Muhammad itu hamba dan utusan-Nya), kecuali dibukakanlah baginya pintu syurga yang lapan buah itu, sehingga ia dapat masuk dari mana pun disukainya" -(HR Muslim)

Kesimpulan:-

Berwudhu merupakan salah satu jalan untuk mengubat hati parah dan luka, punah dan musnah , dengki dan amarah yang biasa melanda diri. Biasakan berwudhu, hati akan sentiasa tenang, tidak kira ketika solat, tidur, makan, belajar dan sebagainya.

"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air. Maka jika sesiapa di antara kamu yang dalam keadaan marah, maka bersegeralah mengambil wudhu." -(Hadis riwayat al-Imam Ahmad)

No comments:

Post a Comment