109. SURAH AL-KAAFIRUUN (6 ayat) – ‘ORANG-ORANG KAFIR’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Al-Kaafiruun adalah surah yang ke 109 di dalam Al Quran yang bererti orang-orang kafir. Allah SWT menegaskan kepada kaum kafir musyrik tentang amal ibadat secara Islam dan menolak sebarang cara penyembahan dan amalan syirik.
Pada masa penyebaran Islam di Mekah, kaum Quraisy yang menentang Rasulullah SAW tidak henti-hentinya mencari cara untuk menghentikan ancaman Islam terhadap kepercayaan nenek moyang mereka. Pada salah satu upaya tersebut, mereka berusaha mengajukan cadangan kompromi kepada Rasulullah SAW dimana mereka menawarkan: jika Rasulullah mahu memuja Tuhan mereka, maka mereka pun akan memuja Tuhan sebagaimana konsep Islam. Kemudian Allah SWT menurunkan surah ini untuk menjawab hal itu.
Terjemahannya:
1.Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2.Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3.Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
4.Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5.Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
6.Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Fadilatnya:-
1. Membaca Surah Al-Kaafiruun, bandingannya seperti membaca seperempat Al Quran; disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.
2. Siapa yang mengaji dan mengamalkan surah ini, nescaya diampunkan dia jika dia ada membayar zakat.
No comments:
Post a Comment