18. SURAH AL KAHFI (110 ayat) – ‘GUA’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Al Kahfi adalah surah yang ke 18 dan mempunyai 110. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab: Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT selama lebih 300 tahun lamanya di dalam gua demi iman mereka yang amat teguh terhadap dasar tauhid. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surat ini. Surah ini dapat membentengi setiap Muslim daripada kejahatan musuh dan fitnah.
POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN: Kekuasaan Allah SWT untuk memberi nikmat kehidupan pada manusia melebihi biasa: dasar-dasar tauhid serta keadilan Allah SWT tidak berubah untuk selama-lamanya; kalimah-kalimah Allah SET sangatlah luas meliputi segala sesuatu sehingga manusia tidak sanggup untuk menulisnya. Kepastian mengenai datangnya hari kebangkitan; Al Quran adalah kitab suci yang isinya bersih daripada sebarang penyelewengan dan kepalsuan.
2. HUKUM HAKAM: Dasar hukum wakalah (berwakil); larangan membangunkan tempat ibadah di atas kubur; hukum membaca "Insya Allah", perbuatan salah yang dilakukan kerana lupa adalah dimaafkan; keizinan merosak suatu barang untuk menghindarkan bahaya yang lebih besar.
3. KISAH-KISAH: Cerita Ashhabul Kahfi; cerita dua orang lelaki yang seorang kafir dan yang lainnya mukmin; cerita Nabi Musa AS dengan Khidhir AS; cerita Zulkarnain dengan Ya'juj dan Ma'juj.
4. LAIN-LAIN: Beberapa pelajaran yang dapat diambil dari cerita-cerita dalam surah ini antaranya ialah mengenai kekuatan iman terhadap Allah S.W.T serta ibadah yang ikhlas kepadaNya; kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu); adab sopan-santun antara murid dengan guru; dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat, serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara.
Beramal Dengan Surah Al-Kahfi :
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah As-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).
(al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi).
Fadilat Surah Al Kahfi
1. Sesiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada pagi hari Jumaat, maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah. Diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang, dan 70,000 malaikat memohonkan rahmat kepada Allah SWT hingga waktu Subuh, dijauhkan Allah dari terkena wabak penyakit demam panas atau taun, penyakit sopak dan dijauhkan dari fitnah dajjal.
2. Menghindarkan daripada kejahatan musuh dan orang-orang yang berhati dengki.
3. Menyelamatkan daripada huru-hara dan musibah hari kiamat.
4. Terhindar dari sebarang kejahatan makhluk samada dari jin mahupun manusia.
5. Memberikan rasa aman dan ketenangan.
6. Barangsiapa membaca surah Al Kahfi akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
7. Sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan Surah Al Kahfi, maka terhindar daripada Dajjal.
8. Amalkan membaca ayat 10 terutama sekali bagi mereka yang tinggal dalam negara yang bukan Islam. Semoga akan memperolehi keberkatan, keredaan dan rahmatNYA serta beroleh keselamatan dan tidak akan dianiaya atau dizalimi oleh pihak yang berkuasa di negeri tersebut.
Ayat ini juga merupakan doa untuk kejayaan, terang hati dan temuduga pekerjaan.
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
9.Untuk menghindarkan diri daripada binatang yang berbahaya, contohnya anjing yang mengancam hendak menyerang, segeralah baca ayat 18 (“wakalbuhumm…...bilwasiid”). InsyaAllah akan terhindar dari kejahatan binatang tersebut.
“... sedangkan anjing mereka menjulurkan kedua-dua kakinya di pintu gua...”
10. Ayat 19 dibaca untuk melembutkan hati anak-anak.
" ... dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu."
11. Ayat yang ke 25, apabila ditulis berserta ayat 18 dari Surah Al Kahfi dan ayat 98 dari Surah Maryam mengandungi faedah untuk menidurkan orang yang sakit seandainya dia diperlukan tidur, atau anak kecil yang meragam di waktu malam hari. Tulis dan letakkan di bawah bantalnya, insyaAllah dia akan tertidur nyenyak dan tidak akan bangun dari tidurnya sebelum kertas tersebut diambil lagi.
12. Ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer.
13. Membaca ayat 45-46 pada malam Jumaat, murah rezeki.
No comments:
Post a Comment