40. SURAH AL-MUKMIN atau GHAFIR (85 ayat) – ‘ORANG YANG BERIMAN’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Al-Mukmin atau Ghafir ini adalah surah permulaan dari tujuh surah sebaris dalam Al Quran yang bermula dengan “HAA MIIM”. Orang yang mengamalkan surah ini akan mendapat pahala yang besar dan mendapat pembelaan di akhirat kelak.
Surah Al Mu'min adalah surah ke-40 dan terdiri atas 85 ayat, diturunkan sesudah Surah Az-Zumar. Dinamakan Al Mu'min (Orang yang beriman), berhubung dengan kata mukmin yang terdapat pada ayat 28 surah ini. Dinamakan pula Ghafir (yang mengampuni) diambil dari ayat ke-3 surah ini. Pada ayat 28 diterangkan bahwa salah seorang dari kaum Fir'aun telah beriman kepada Nabi Musa dengan menyembunyikan imannya kepada kaumnya, setelah mendengar keterangan dan melihat mukjizat yang dikemukakan oleh Nabi Musa.
POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN: Sifat-sifat malaikat yang memikul 'Arsy dan yang berada di sekitarnya; dalil-dalil yang menunjukkan kekuasaan Allah SWT, sifat-sifat Allah SWT yang menunjukkan kebesaran dan keagungan-Nya; ilmu Allah SWT meliputi segala sesuatu; bukti-bukti yang menunjukkan adanya hari berbangkit.
2. KISAH-KISAH: Kisah Musa dengan Fir'aun.
3. LAIN-LAIN: Al Quran dan sikap orang-orang mukmin dan orang-orang kafir terhadapnya; permohonan orang-orang kafir supaya dikeluarkan dari neraka; peringatan kepada orang-orang musyrik tentang kedahsyatan hari kiamat; anjuran bersabar dalam menghadapi kaum musyrikin; nikmat-nikmat Allah SWT yang terdapat di daratan dan lautan; janji Rasulullah bahawa orang-orang mukmin akan menang terhadap musuhnya.
FADILATNYA:-
1. Ayat 3 adalah penawar supaya dapat menjauhi maksiat. Lebih elok ditambah dipermulaan ayat ini dengan “ALLAHUMMA”.
"(ALLAH) Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali."
Bagi yang sukar meninggalkan maksiat walaupun telah bertaubat, amalkan bacaan ayat ini setiap kali selepas solat lima waktu dan sebelum tidur.
2. Baca ayat 44 untuk tenangkan hati ketika berhadapan dengan seorang yang zalim untuk menghentikan kezalimannya. Boleh juga dilanjutkan dengan membaca Asmaul Husna “Al Jabbar” sebanyak 216 kali pada pagi dan petang. InsyaAllah, pembacanya akan terpelihara daripada kezaliman orang tersebut.
"...Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.”
Salam. Thanks for sharing & mohon copy. Thanks in advance.
ReplyDelete