37. SURAH ASH-SHAAFFAAT (82 ayat) – ‘YANG BERSHAF-SHAF’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Ash Shaaffaat adalah surat ke-37 dan terdiri atas 182 ayat, diturunkan selepas surah Al An'aam. Dinamai dengan Ash Shaaffaat (yang berbaris) diambil dari perkataan serupa yang terletak pada ayat permulaan surat ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh syaitan.
POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN: Dalil-dalil tentang keesaan Allah SWT; adanya hari kebangkitan; adanya padang mahsyar dan adanya hari kiamat; para malaikat selalu bertasbih kepada Allah SWT.
2. KISAH-KISAH: Kisah Nuh a.s.; Kisah Ibrahim a.s.; dan Ismail a.s.; kisah Musa a.s. dan Harun a.s.; kisah Ilyas a.s.; kisah Luth a.s.; kisah Yunus a.s.
3. LAIN-LAIN: Sikap orang-orang kafir terhadap Al Quran; tuduh menuduh antara orang-orang kafir dengan pengikut-pengikutnya di hari Kiamat; kenikmatan di syurga; tentang pohon zaqqum; celaan terhadap orang-orang yang mengatakan bahawa Allah SWT mempunyai anak; seorang yang baik belum tentu menurunkan keturunan yang baik pula.
FADILATNYA:-
1. Membaca ayat 1-10 dapat mengusir syaitan dan sekaligus membentengi diri dari sebarang kejahatannya.
2. Ibubapa yang menginginkan agar anak menjadi orang baik budi pekerti dan taat kepada ajaran agama, amalkan membaca ayat 100 setiap kali lepas solat fardhu dengan penuh harapan.
" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
3. ~ Ayat 180 ke 182 adalah doa agar berat timbangan amalan kebaikan di akhirat kelak.
~ Ayat-ayat ini juga adalah doa penutup bagi setiap doa. Dibaca juga setelah selesai apa-apa majlis.
180. Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan!
181. Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.
182. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
No comments:
Post a Comment