78. SURAH AN-NABAA’ (40 ayat) – ‘BERITA BESAR’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah An-Nabaa’ bererti berita besar; adalah surah ke 78 di dalam Al Quran. Kandungannya menegaskan tentang kebenaran ‘berita besar’ iaitu kebangkitan manusia dihidupkan semula untuk menerima pembalasan pada Hari Kiamat.
Fadilatnya:-
1. Hadis yang diceritakan oleh Abu Darda’ bermaksud :- Pelajarilah Surah An-Nabaa’ ; Surah Al-Buruj ; Surah Qaaf dan Surah At-Taariq, kerana jika kamu mengetahui fadilat dan besarnya pahala membacanya, maka kamu akan berhenti dari tugas-tugas kamu lalu mempelajarinya; dan juga mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dari dosa syirik. Amalkan baca selepas solat Asar.
2. Siapa yang mengaji (mempelajari) surah An-Naba’ , pada hari kiamat nanti, diberi Allah SWT akan dia minuman yang sejuk.
3. Siapa membiasakan membacanya akan selamat dari kecurian dan segala yang menyakitkan.
4. Membaca surah ini setiap hari secara berterusan (tidak pernah ditinggalkan), diselamatkan harta dari gangguan perompak, pencuri dan penjahat lainnya yang membuat sakit hati dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment