16. SURAH AN-NAHL (128 ayat) – ‘LEBAH’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah An Nahl adalah surah ke-16 dan terdiri atas 128 ayat. Surah ini dinamakan An Nahl yang bererti lebah kerana di dalamnya, terdapat firman Allah SWT dalam ayat 68 yang ertinya : "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah". Lebah adalah makhluk Allah SWT yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al Quranul Karim.
Madu berasal dari pelbagai sari bunga dan dia menjadi penawar bagi berbagai-bagai jenis penyakit manusia (lihat ayat 69). Sedang Al Quran mengandungi intisari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. (Lihat surah (10) Yunus ayat 57 dan surah (17) Al Isra' ayat 82). Surah ini dinamakan pula "An Ni'am" bererti nikmat-nikmat, kerana di dalamnya Allah SWT menyebutkan pelbagai jenis nikmat untuk hamba-hamba-Nya.
POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN: Kepastian adanya hari kiamat; keesaan Allah SWT; kekuasaan-Nya dan kesempurnaan ilmu-Nya serta dalil-dalilnya; pertanggungan jawab manusia kepada Allah SWT terhadap segala apa yang telah dikerjakannya.
2. HUKUM HAKAM: Beberapa hukum tentang makanan dan minuman yang diharamkan dan yang dihalalkan; kebolehan memakai perhiasan-perhiasan yang berasal dari dalam laut seperti mutiara; dibolehkan memakan makanan yang diharamkan dalam keadaan terpaksa; kulit dan bulu binatang dari haiwan yang halal dimakan; kewajipan memenuhi perjanjian dan larangan mempermainkan sumpah; larangan membuat-buat hukum yang tidak ada dasarnya; perintah membaca isti'aadzah (a'uudzubillahi minasyaithaanirrajiim = aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk); larangan membalas seksa melebihi seksa yang diterima.
3. KISAH-KISAH: Nabi Ibrahim a.s.
4. LAIN-LAIN: Asal kejadian manusia; madu adalah untuk kesihatan manusia; nasib pemimpin-pemimpin palsu di hari kiamat; pandangan orang Arab zaman Jahiliyah terhadap anak perempuan; ajaran moral di dalam Islam; kaedah dakwah dalam Islam.
FADILATNYA:-
1. Jika ditulis lalu diikatkan pada batang pohon, maka buahnya sama musim.
No comments:
Post a Comment