27. SURAH AN NAML (93 ayat) – ‘SEMUT’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah An Naml adalah surah ke-27 dan terdiri atas 93 ayat, diturunkan sesudah surah Asy Syu'araa'. Dinamai dengan An Naml yang bererti semut, kerana pada ayat 18 dan 19 terdapat perkataan An Naml (semut), di mana raja semut mengatakan kepada anak buahnya agar masuk sarangnya masing-masing, supaya jangan terpijak oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tentaranya yang akan melewati tempat itu. Mendengar perintah raja semut kepada anak buahnya itu, Nabi Sulaiman tersenyum dan takjub atas keteraturan kerajaan semut itu dan beliau mengucapkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang telah melimpahkan nikmat kepadanya berupa kerajaan, kekayaan, memahami ucapan-ucapan binatang, mempunyai tentera yang terdiri atas jin, manusia, burung dan sebagainya. Nabi Sulaiman a.s. yang telah diberi Allah SWT nikmat yang besar itu tidak merasa takabur dan sombong dan sebagai seorang hamba Allah mohon agar Allah SWT memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang soleh.
POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN: Al Quran adalah rahmat dan petunjuk bagi orang-orang mukmin; keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t. dan keadaan-Nya tidak memerlukan sekutu-sekutu dalam mengatur alam ini; hanya Allah-lah yang tahu tentang yang ghaib; adanya hari kebangkitan bukanlah sebuah dongeng.
2. KISAH-KISAH: Kisah Nabi Sulaiman a.s dengan semut, dengan burung hud-hud dan dengan ratu Balqis; kisah Nabi Soleh a.s dengan kaumnya; kisah Nabi Luth a.s. dengan kaumnya.
3. LAIN-LAIN: Ciri-ciri orang mukmin; Al Quran menjelaskan apa yang diperselisihkan Bani Israel; hanya orang-orang mukmin yang menerima petunjuk kejadian-kejadian sebelum datangnya kiamat dan keadaan orang-orang yang beriman dan tidak beriman waktu itu, Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya memuji dan menyembah Allah SWT sahaja dan membaca Al Quran, Allah SWT akan memperlihatkan kepada kaum musyrikin akan kebenaran ayat-ayat-Nya.
FADILATNYA:-
1. Membaca ayat 1-5, nescaya tidak akan rugi perniagaannya dan akan sentiasa menjadi orang yang sabar.
2. Apabila meragukan sesuatu barang tentang kemurniaan dan kepalsuannya, baca ayat 93, lalu barang yang diragukannya itu diteliti dengan membolak-balikkannya berkali-kali. InsyaAllah barang tersebut akan terlihat kepalsuannya, jika memang barang itu sebenarnya palsu.
No comments:
Post a Comment