Soalan:-
Setiap hari saya akan pergi ke kelas. Pada waktu pagi saya akan memakai deodorant, minyak wangi pada baju, losyen badan dan sebagainya. Apakah hukumnya jika saya solat tanpa mandi dahulu (ketika berada di kampus dari pagi hingga petang, dan tidak sempat untuk pulang ke bilik) dan hanya solat di surau yang di sediakan.
Jawapan:-
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kebangsaan ke 7 pada 11-12 April 1984 telah membuat keputusan; ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan. Oleh itu hukum solat anda sah sekiranya pewangi yang anda pakai seperti yang dinyatakan tidak mengandungi bahan-bahan bernajis
No comments:
Post a Comment