Soalan:-
1) Kalau pesakit lepas accident, berbalut, bolehkah ambil wuduk atas balutan, atau bahagian yang tidak dibalut sahaja (contoh tangan berbalut, hanya jari yang nampak)?
2) Kalau tayammum, bolehkah guna debu-debu di dinding, atas bantal, untuk ganti tanah?
3) Isu soalan hormat waktu ni, macam tidak ada konklusi, boleh bagi yang mana jumhur kalau kita musafir atau dalam operation yang lama iaitu sebaiknya qada solat atau solat hormat waktu atau sembahyang bila sihat atau bangun dari tidur (ie itu masa solatnya)?
4)Adakah sah sembahyang masa sakit bila kita ada urinary catheter (untuk mengalir air kencing) atau stoma bag (bag yang mengandungi najis sebab ada kanser) ?
Jawab:
1) Cara berwudhu’ kerana anggota wudhu’ dibalut hingga nampak jari tangan sahaja -
Hukumnya: Boleh. Caranya ialah membasuh jari-jari dan mengusap balutan (jabirah) itu.
Atsar dari Ibn Umar bahawa Ibn Umar berkata, siapa yang mendapat luka dan dibalut, maka hendaklah dibasuh anggota di luar balutan dan diusap saja balutan itu. - (Dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, alMusanif (1/126) dan al-Baihaqi, Sunan al-Kubra (1/228)
Manakala Ibn Hazm pula memfatwakan tidak perlu mengusap kerana nas-nasnya semua lemah. Maka anggota yang luka dan berbalut tidak perlu diusap kerana hukum bersuci ke atasnya gugur (al-Muhalla (2/74). Namun Syaikhul Islam IT (MF 21/ 185) menetapkan pendapat jumhur ialah mengusap jabirah.
2) Alat tayammum ialah tanah, manakala debu yang melekat pada dinding itu kemungkinan adalah habuk dan kotoran. Orang yang sakit hendaklah meminta pembantu untuk membawakan debu yang bersih.
3) Pendapat yang rajih tentang solat hormat waktu itu mengelirukan. Ini kerana madzhab Hanbali meluaskan kegunaan solat jama’ meliputi apa jua keperluan mendesak dan ianya diamalkan (solat jama’ bukan kerana safar dan hujan) bukan suatu kebiasaan baginya.
Solat hormat waktu yang dimaksudkan oleh madzhab Syafi’ iy merujuk kepada situasi yang amat mustahil terjadi, yakni seperti di kejar oleh musuh dan dia tidak dapat keluar dari tempat persembunyiannya.
4) Solat pesakit seperti urinary catherer dan stoma bag adalah sah kerana diqiaskan kepada wanita istihadzah dan lelaki yang kencing tidak tus (dedas). Dia termasuk dalam kategori orang yang diberi keringanan sebagaimana Firman ALlah SWT , “maka bertaqwalah kamu menurut kemampuanmu” AQT 64: atTaghaabun) 16
Fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Baz dalam koleksi fatwanya, “ahkam solat al maridh wa Tohaaratih”(panduan salat dan bersuci bg orang sakit), fatwa no 5, bahawa orang yang ada kantong atau beg kencing atau najis sah solatnya dengan syarat sebelum setiap solat dia berwudhu’ terlebih dahulu untuk setiap solatnya.
sekian .
No comments:
Post a Comment