Soalan:-
Kita ahlus sunnah wal jamaah berakidah bahwa Al-Quran itu Kalamullah dan bukan makhluk-Nya… juga telah diketahui bahawa Allah akan mencabut Al-Quran daripada dada manusia dengan kematian ulama dan huffaz… tapi sesudah berlaku Al-Qiyamah, atau As-Sa’ah, dan Mahsyar, Mizan, lalu kemudian As-Sirat, dan sesiapa yang terpilih memasuki Jannah, dan yang tidak memasuki neraka,lalu kita ingin bertanya, apa yang terjadi kepada Kitabullah, Quran kita? Apa terjadi kepada segala hukum yang ada didalamnya? Adakah kita tidak akan bertemu lagi dengannya? Bukankah ia juga syafa’ah bagi mu’min?
Jawapan:
- Pada hari qiamat, Al-Quran menjadi syafaat kepada ahlinya, dan banyak hadis menunjukkan perkara ini. Antaranya:
Hadis Abu Umamah r.a. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya: “Bacalah Quran, kerana sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada ahli-ahlinya”. - Direkod oleh Muslim (no: 804).
- Malah, ketika ahli Quran memasuki syurga, mereka membaca Quran dan setiap ayat yang dibaca akan ditambah satu darjat, sebagaimana tersebut dalam hadis:
Maksudnya: “Dikatakan kepada ahli Quran: Bacalah, dan naiklah (ke darjat-darjat syurga). Dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya dengan tartil di dunia. Maka sesungguhnya kedudukan kamu ialah di akhir ayat yang kamu baca”. - Direkod oleh Abu Daud (no: 1466), Tirmizi (no: 2914). Katanya: “Hadis Hasan Sahih”. Dinilai sahih juga oleh Hakim dalam Mustadrak (no: 2030) dan Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 766).
- Perkhabaran ini menunjukkan, Al-Quran akan menjadi syafaat kepada ahli Quran, iaitu mereka yang membacanya dengan baik, menghafalnya, dan beramal dengannya. Dan mereka juga membaca Al-Quran di dalam Syurga, dan bacaan mereka umpama zikir bagi para Malaikat, iaitu yang tidak menyibukkan mereka daripada kelazatan nikmat syurga. (Aunul Ma’bud 4/237)
Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment