“Suamiku sering menyebut-nyebut kelebihan wanita lain di depanku. Seolah-olah dia menyesal menikahi denganku...,” ujar seorang ummahat.Tampak kesedihan terpancar dari wajahnya. Dan, kedua matanya pun berkaca-kaca. Memang, ada kalanya seorang suami tidak puas dengan keadaan isterinya.
Ia selalu mengingatkan kekurangan isterinya, dan membandingkannya dengan wanita lain. Boleh jadi kekurangan isteri dirasa cukup berat bagi suami, akan tetapi dalam waktu yang sama, si isteri sesungguhnya juga memiliki banyak kelebihan atau keistimewaan, serta sekian banyak sifat yang terpuji. Ini semua menuntut si suami untuk perlahan-lahan dan berhati-hati di dalam mengambil sikap. Jangan sampai ia menilai dan menghukum isterinya hanya melalui aib-aibnya saja, akan tetapi ia harus melihat kebaikan dan keburukannya, serta kelebihan dan kekurangannya secara bersamaan. Janganlah ia memberikan keputusan berdasarkan satu sudut pandang saja. Janganlah ia membenci isteri kerana satu perilaku yang menjadi bahagian dari tabiatnya.
Allah berfirman, “Dan bergaullah dengan mereka secara patut, kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (An-Nisa':19)
Oleh kerana itu,janganlah seorang suami membenci isterinya kerana perilaku tertentu. Sekali-kali jangan!!
Nabi SAW bersabda, “Janganlah seorang mukmin itu membenci seorang mukminah. Jika ia benci kepada satu perilaku, maka ia akan puas dengan perilaku yang lainnya.” -(Riwayat Muslim)
Hendaklah si suami itu sedar, bahawa ia tidak akan mendapatkan seorang isteri yang bebas dari kekurangan. Boleh jadi isterinya itu, dengan segala kekurangan yang ada, tetap lebih baik daripada sekian wanita lainnya, hanya saja ia tidak melihat kekurangan atau aib wanita lainnya itu. Jika engkau ingin mengenal hal itu, peganglah kertas dan pena, dan tulislah kelebihan-kelebihan isterimu dan kekurangan-kekurangannya,tentu engkau akan melihat bahawa kelebihannya jauh lebih banyak daripada kekurangannya. Ketahuilah, bahawa dalam kehidupan rumah tangga ini tidak memungkinkan bagimu untuk mendapatkan seorang isteri yang seratus persen sesuai dengan kriteria yang engkau inginkan. Sudah tentu terdapat perbezaan karakter, dan sudah tentu pula bahawa engkau akan melihat sesuatu yang mengagumkanmu dan sesuatu yang tidak menyenangkanmu.
Ketahuilah hai para suami, isterimu tidak dan tidak akan seratus persen sebagaimana yang engkau inginkan. Sebab, ia menerima pendidikan yang berbeza dengan pendidikan yang engkau dapatkan, serta memiliki tabiat yang berbeza dengan tabiat yang ada pada dirimu. Terkadang ia memang mirip denganmu dalam beberapa hal, namun berbeza dalam hal lainnya. Oleh kerana itu, terimalah kenyataan ini. Janganlah engkau melawan kehidupan dan hendak mengalahkan tabiat yang sudah mengakar, kerana tidak mudah mengubahnya. Sekalipun hal itu mungkin, akan tetapi jelas memerlukan waktu yang cukup panjang, kesabaran yang mendalam, latihan secara terus-menerus, nafas yang panjang dan jiwa yang tabah.
Hargai Pendapatnya - Selain kurang bersabar terhadap kekurangannya, kadang-kala para suami suka melecehkan akal para isterinya dan cara dia dalam berfikir. Suami yang melakukan hal seperti ini sebenarnya hanya menyebarkan keletihan dan tidak mencari kebahagiaan rumahtangga. Demikian juga, ia adalah seorang suami yang tidak pantas mendapatkan penghormatan dari isterinya, kerana yang namanya penghormatan itu adalah sesuatu yang bersifat timbal balik. Sepanjang engkau tidak menghormati orang lain, maka orang tersebut tidak akan menghormatimu, kecuali jika engkau mahu hormat kepadanya. Seorang isteri yang merasakan bahawa suaminya melakukan hal seperti ini, iaitu pelecehan terhadap akalnya dan caranya dalam berfikir, maka isteri tersebut tidak akan memberikan cintanya kepada suaminya. Ada persoalan yang difahami secara keliru oleh kaum laki-laki. Iaitu bahawa mereka menganggap akal wanita itu lemah dan kurang cerdas, serta cara berfikirnya bengkok, kurang lurus. Dan bahawa ia tidak mungkin memiliki pendapat yang lurus.
Pendapat dan anggapan seperti ini sama sekali tidak ada dasarnya, dan jelas tidak benar. Sumbernya adalah pemahaman yang keliru mengenai beberapa hadis yang berbicara mengenai masalah ini. Misalnya adalah hadis yang menyebutkan bahawa mereka adalah "Orang-orang yang kurang akal dan agamanya." Redaksi hadis seperti ini difahami secara keliru oleh sebahagian orang. Mereka memahami bahawa kurangnya akal di sini adalah kurangnya kecerdasan atau kebengkokan dalam berfikir. Ini jelas keliru. Yang dimaksudkan di sini adalah sifat lupanya kaum wanita lebih banyak daripada lelaki. Hal itu disebabkan kerana ada banyak hal yang dialami oleh kaum wanita yang membuatnya mudah lupa, terlebih dalam kehidupan umum, dimana ia tidak seperti seleluasa kaum lelaki.
Dalil mengenai hal itu ialah bahawa Nabi ketika ditanya oleh kaum wanita, "Apakah kekurangan akal dan agama kami, wahai Rasulullah?" Maka beliau menjawab, "Bukankah kesaksian wanita itu adalah separuh dari kesaksian laki-laki?" Kami menjawab, "Ya benar." Nabi bersabda, "Itulah bentuk kekurangan akalnya." Nabi bertanya lagi, "Bukankah jika sedang haid, ia tidak mengerjakan solat dan juga tidak berpuasa?" Kami menjawab, "Ya benar." Nabi menjawab, "Itulah bentuk kekurangan agamanya. "Dengan demikian, kekurangan yang disebutkan dalam hadis tersebut memiliki makna sebagaimana yang telah kami sebutkan di atas.”
Demikian juga halnya dengan kekurangan agamanya. Ia tidak bererti kekurangan mengenai hakikat agamanya, akan tetapi kekurangan itu terdapat pada sebahagian dari hal-hal peribadahan. Sedangkan dalam hal ini ia tidaklah dihukum kerana meninggalkanya. Bahkan ia justeru diharamkan untuk mengerjakannya. Wanita yang sedang haid diharamkan mengerjakan solat dan puasa. Jika ketika itu ia mengerjakan solat dan puasa, tentu ia berdosa, sekalipun ia berkewajiban menqadha' puasa, namun ia tidak perlu mengqadha' solat, sebagai bentuk peringanan terhadapnya dan rukhsah dari Allah.
Akal wanita adalah akal yang harus dihormati. Ada sebagian wanita yang memiliki keistimewaan berupa kecerdasan akal yang lebih hebat dibanding akal kaum laki-laki. Contoh untuk hal ini sangatlah banyak. Akan tetapi, bagaimanapun, kecerdasan akal wanita dijadikan oleh Allah s.w.t dengan garis yang berbeza dengan garis kecerdasan laki-laki. Ia merupakan kecerdasan jenis khusus. Oleh karena itu, ia memiliki perhatian-perhatian khusus. Itu merupakan hikmah agung yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Boleh jadi hal itu dijadikan untuk memperkaya kehidupan, sehingga kehidupan ini menjadi lebih bervariasi, dan agar laki-laki tidak berkuasa dengan akalnya saja, akan tetapi perasaan wanita yang menggelora itu juga memberikan makna lain bagi kehidupan. Adapun jika dasar keyakinan pada diri laki-laki berkenaan dengan akal wanita bukanlah sebagaimana dijelaskan di atas, dan memang ia telah menikahi yang kurang cerdas atau bengkok fikirannya, maka tidak ada alasan baginya untuk menyebutkan hal itu di hadapannya, atau selalu membodoh-bodohkan pendapatnya. Ia pun harus menerima segala kekurangannya, sepanjang ia menjadi isterinya.
Adalah tidak adil jika ia menimbangnya dengan sesuatu yang memang tidak dimiliki olehnya. Yang tak kalah penting lagi adalah penyertaan isteri terkait dengan urusan rumahtangga. Iaitu dalam hal berfikir dan merencanakan suatu hal bersama si suami, serta bermusyawarah dengannya. Banyak kaum lelaki yang masih berfikiran bahawa "bermusyawarah dengan wanita hanya akan merobohkan rumah tangga." Biasa jadi hal ini ada benarnya untuk sebahagian kaum wanita. Akan tetapi, ada sebahagian kaum wanita atau isteri yang bila diajak bermusyawarah, maka akal fikiran atau pendapatnya akan seperti memecahkan sekian banyak masalah yang dihadapi. Rasulullah SAW pun tidak segan untuk meminta pendapat isterinya. Jadi... jangan segan untuk mencontohi Rasulullah SAW dalam masalah ini. Setuju?
Sumber: Agar Isteri Makin Sayang
No comments:
Post a Comment