Soalan:-
Saya ada kemusykilan mengenai hukum pemakanan terhadap telur penyu dan telur buaya - Bolehkah ianya dimakan??
Jawapan:
1. Buaya – menurut pandangan yang sahih bahawa adalah haram memakannya, kerana ia juga duduk didarat dan mempunyai taring, walaupun ia menghabiskan masa yang lama didalam air, akan tetapi sebab yang awal tadi mendahului hukum (binatang darat yang bertaring).
Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa buaya diharamkan oleh Mazhab Syafie dan Hanbali : “Kerana kotornya buaya dan sesungguhnya ia kuat pada taringnya dan buaya memakan orang”
Sudah tentu telur buaya juga haram dimakan.
2. Penyu – Binatang yang memang tinggal di laut dan juga yang tinggal di darat, tiada khilaf dikalangan ulama’. Akan tetapi, binatang yang hidup didalam dua alam, wujudnya khilaf dikalangan ulama’, termasuklah penyu.
Berkata Dr Abdullah Faqih :- “Ulama membenarkan memakan penyu atas umum perintah Allah swt :- (Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik 2:168) dan juga firmannya (padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu 6:119) dan mereka bercakap mengenai rekomendasi penyu : apa yang hidup di darat, tidak ada perselisihan mengenainya, dan apa di bumi dan laut seperti anjing air dan penyu terdapat khilaf dikalangan mereka, mereka yang rekomen berkata : sesiapa yang tidak mempercayainya, dicadangkan mula-mula sekali keluar dari perselisihan”
Ibn Qudamah rh. didalam Al-Mughni mengatakan bahawa penyu boleh dimakan sekiranya disembelih. Katanya : “Semua yang hidup didarat dari kalangan binatang laut, tidak halal tanpa disembelih, sebagaimana burung laut, penyu, anjing laut, melainkan ia tidak berdarah seperti ketam dihalalkan tanpa sembelih”
Dikalangan ulama’ yang berpegang kepada pandangan ini membenarkan memakan telur penyu.
HAIWAN AIR
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.
Pada pendapat Mazhab Syafi’ie ada haiwan yang harus dimakan telurnya tetapi haram memakan binatang tersebut seperti penyu, tuntung dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment