Emas merupakan satu logam yang tidak akan teroksida ataupun dalam istilah lain, ia akan membentuk sebatian. Dalam istilah bahasa, ia tidak akan berkarat.
Tahukah anda kenapa Allah SWT mengangkat darjat emas sehingga ia amat bernilai dan berharga dari kaca mata kita sehingga menjadi rebutan sekalian manusia? Kisahnya begini :-
Allah SWT mengizinkan Nabi Adam dan Siti Hawa memakan apa jua buah-buahan yang ada di taman syurga kecuali buah kuldi.
Iblis memasuki syurga dengan bantuan ular yang menelannya dan kemudian memasuki syurga; burung merak pula mengawal dan memerhatikan para malaikat penjaga syurga pada bahagian dalam syurga semasa ular melepaskan iblis; manakala kuda membawa iblis ke tempat di mana Adam dan Hawa berada. Iblis bertanggungjawab membuat hati Hawa berdetik untuk merasa buah kuldi. Seterusnya dia mempengaruhi Nabi Adam sehingga berubah fikiran untuk mencubanya.
Diriwayatkan, sebaik Nabi Adam makan buah kuldi, ia tersekat di leher menjadi Halkum, manakala bagi Siti Hawa, is tersekat di dada menjadi buah dada. Seterusnya mereka terus terasa ingin membuang air kecil dan besar. Berlari-larilah mereka mencari tempat untuk tujuan tersebut sedangkan di syurga bersih dan suci. Lalu Allah SWT mencampakkannya mereka ke dunia bersama-sama haiwan yang membantu iblis memasuki syurga.
Apabila Nabi Adam dan Siti Hawa dikeluarkan daripada syurga, semua malaikat dan makhluk lain di syurga berasa musykil dengan tindakan Allah SWT yang Maha Mengetahui. Hanya emas sahaja yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, lalu Allah SWT bertanyakan kepada emas adakah tindakanNYA betul, supaya didengar oleh yang lain-lain.
“Yang bersalah tetap bersalah, yang bersalah mesti di hukum” kata emas.
Dengan jawapan daripada emas tersebut, Allah SWT menaikkan darjat emas sehingga ia tidak boleh berkarat meskipun terbenam sekian lama di dalam tanah, digemari untuk dijadikan hiasan wanita serta menjadi rebutan anak cucu Adam.
Nota: Maaf, saya terlupa haiwan yang bertanggungjawab sebagai pemerhati malaikat ketika di luar syurga semasa ular menelan iblis.
Wallahualam
Posted by: Lutsinar
Terimakasih kerana menyertakan nama saya pada artikel ini, semoga berjaya..
ReplyDeleteSalam Saudara Lutsinar,
ReplyDeleteTerima kasih kembali kerana sudi singgah ke blog saya.