Pertanyaan yang disering dilontarkan setiap kali berlaku keguguran :-
"Kalau anak 7-8 bulan dalam kandungan mati dalam perut, perlukah diuruskan seperti mayat biasa?"
Petikan dari arkib SJ al-ahkam.net:
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Dr Yusof al-Qaradhawi ditanya mengenai hal janin yang gugur:
Pertanyaan:
Apakah bayi yang gugur wajib disolati?
Jawapan:
Bayi yang gugur tidak perlu disolati kecuali jika ia lahir dalam keadaan hidup, meskipun hanya beberapa menit.
(Ruj: http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Singkat1.html.
Wallahu a'lam )
Berikut ini pula adalah panduan dari laman web MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) yang disediakan oleh Ustaz Nor Razak Bakar, Pegawai Dakwah, MUIS
Keguguran janin. Apa yang perlu dilakukan?
Kandungan yang belum sempurna atau keguguran ketika hamil memang ada berlaku. Keguguran itu kadang-kadang berlaku ketika kandungan itu berusia sebulan atau tiga bulan atau lima atau tujuh bulan. Janin yang gugur pula itu kadang-kadang telah sempurna tubuh anggotanya dan ada pula yang separuh sempurna.
Dalam keadaan begini, Islam telah memberi panduan cara mengurus dan menyempurnakan janin tersebut. Jika janin yang gugur itu terdapat padanya tanda-tanda bernyawa seperti ia bergerak ia dan ia bersuara, maka keguguran itu hendaklah disempurnakan seperti lazimnya menyempurnakan mayat orang dewasa. Bererti keguguran itu mesti dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Jika tidak terdapat tanda bernyawa tetapi mempunyai bentuk manusia seperti kelihatan telinganya atau jari-jarinya atau apa jua anggota badannya, maka keguguran itu hanya dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disembahyangkan.
Jika tidak terdapat langsung apa-apa tanda sama ada bernyawa atau bentuknya, maka keguguran itu tidak wajib disempurnakan seperti lazimnya. Tetapi adalah digalakkan dan sunat hukumnya keguguran itu dibungkus dan kemudiannya ditanam sahaja.
Assalammualaikum,
ReplyDeleteSaya baru keguguran kandungan dalam usia 2 bulan lebih (tidak keluar hanya di dalam kandungan)dan dalam beberapa hari lagi akan di cuci untuk di keluarkan. Saya difahamkan kita di sunat menanam janin. Adakah di tanah perkuburan?jika kita tidak menanamnya apakah kesan2 nya?saya sering di gembar gemburkan banyak kesan dari orang sekeliling.
Salam Anonymous..
ReplyDeleteMaaf saya tak der info lanjut berkenaan soalan saudari selain dari apa yang tertera di atas. Sebaiknya saudari bertanya kepada bidan atau ustazah bertauliah.