Mufti : Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin.
Jawapan :-
Jika bulu tersebut banyak dan lebat maka tidak mengapa; kerana ia tidak elok, tetapi jika ia tidak lebat dan seperti biasa, sebahagian ulama' mengatakan tidak boleh mencabutnya kerana ia termasuk dalam mengubah ciptaan Allah. Dan ada ulama' yang membolehkannya kerana ia termasuk dalam apa yang didiamkan oleh Allah.
Nabi berkata : "Apa yang didiamkan oleh Allah, maka ia diampunkan" [penterjemah tidak menjumpai sumber hadis ini, Allahu'alam], iaitu : perkara itu tidak wajib ke atas kamu, tidak pula haram bagi kamu. Dan mereka (ulama') berkata : Bulu/Rambut terbahagi kepada tiga bahagian :
1- Apa yang dinaskan oleh syara' haram mencabutnya/mencukurnya.
2- Apa yang dituntut oleh syara' untuk dibuang.
3- Apa yang didiamkan oleh syara'.
Apa yang diharamkan oleh syara' untuk membuangnya, maka jangan dibuang seperti janggut dan mencabut bulu kening untuk lelaki dan perempuan.
Apa yang dituntut oleh syara' untuk dibuang maka lakukanlah ia, seperti : bulu ketiak, bulu ari-ari dan misai.
Apa yang didiamkan oleh syara', maka ia diampunkan kerana jika Allah tidak mahu ia wujud, sudah tentu Allah akan menyuruh untuk membuangnya, dan jika Allah mahu ia dibiarkan, maka sudah tentu Allah akan memerintahkan sedemikian rupa. Jadi, jika ia didiamkan, maka ini terpulang kepada seseorang samada untuk membuangnya atau membiarkannya. Allah al-Muwaffiq.
Sumber : Fatawa al-Mar'ah al-Muslimah, jil. 2, ms. 29.
No comments:
Post a Comment