Soalan :
Apakah yang patut kita lakukan sebelum membaca al-Quran? Adakah wajib bagi seorang perempuan untuk memakai hijab yang sempurna ketika membaca al-Quran?
Syeikh Salih al-Munajjid menjawab :
Tidak wajib bagi seorang perempuan itu untuk memakai hijab untuk membaca al-Quran kerana tiada dalil yang mewajibkan begitu.
Syeikh Ibn al-'Uthaimin berkata : 'Tidak disyaratkan menutup kepala ketika membaca al-Quran...' (Fatawa Ibn Uthaimin, 1/420).
Dan berkata Syeikh Ibn Uthaimin mengenai sujud tilawah : 'Sujud tilawah itu sama halnya dengan membaca al-Quran, tidak mengapa sujud dalam apa jua keadaan walaupun tidak memakai tutup kepala dan sebagainya kerana sujud tidak sama hukumnya dengan solat', (al-Fatawa al-Jami'ah li al-Mar'ah al-Muslimah, 1/249).
Dan dirujuk semula jawapan kepada soalan: 'Adapun tidak boleh membaca al-Quran dalam keadaan junub samada dari mushaf atau selainnya kerana telah thabit dari Nabi bahawa tiada suatu yang menghalangnya dari Al-Quran kecuali janabah. Adapun hadas kecil, maka boleh membacanya tanpa memegang mushaf berdasarkan dalil umum.' (Majmu' Fatawa Syeikh Ibn Baz, 10/150)
Adapun yang lebih baik adalah berwudhu, kerana Al-Quran itu Kalamullah, maka yang lebih baiknya adalah berwudhu' kerana kemuliaan Al-Quran itu. Tetapi tidak boleh memegang mushaf tanpa wudhu' berdasarkan firman Allah yang bermaksud : (Tidak memegangnya (Al-Quran) kecuali orang-orang yang suci) [al-Waqiah : 79].
No comments:
Post a Comment