Salah satu mudarat dosa ialah ia menghalang keluasan rezeki sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:-
“Sesungguhnya seseorang itu akan terhalang dari rezeki kerana dosa yang dilakukannya”.
- (Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, al-Hakim dari Thauban r.a./ Al-Jami’ as-Saghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 1975.)
Seorang ulama’ Islam terkenal iaitu al-‘Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah menyenaraikan 19 kemudaratan yang bakal menimpa manusia kerana dosa, iaitu:-
1. Kurang mendapat petunjuk dari Allah
2. Rosaknya pandangan dan akal fikiran
3. Terhijab diri dari mengenali kebenaran
4. Hati menjadi rosak
5. Rendah sebutan nama di mata manusia lain
6. Waktu dalam kehidupan menjadi sia-sia
7. Tidak disukai oleh makhluk Allah
8. Hubungan dengan Allah menjadi renggang
9. Doa tidak akan dimakbulkan Allah
10. Hati menjadi keras
11. Tidak ada keberkatan pada rezeki dan umur
12. Terhalang dari mendapat ilmu
13. Hidup berterusan dalam keadaan hina-dina
14. Akan dihina dan diperlekehkan oleh musuh
15. Dada sentiasa sempit dan resah
16. Diuji oleh Allah dengan teman dan kawan yang jahat
17. Sentiasa dalam keadaan dukacita dan kebimbangan
18. Kehidupan dan rezeki menjadi sempit
19. Fikiran sentiasa resah dan tidak tenteram
- (Rujuk kitab ‘al-Fawaid’, oleh al-Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah, hlm. 67)
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
No comments:
Post a Comment