Dalam Ayat 2 Surah Al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud : "Dia ( Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu paling baik amalannya?"
Ayat di atas menunjukkan bahawa setiap daripada kita tidak akan terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa di uji oleh Allah SWT.
Ianya tidak lain adalah untuk mengetahui kebenaran iman kita kepada-Nya atau sebaliknya. Hakikat ini telah disingkap oleh Allah SWT menerusi Ayat 2 & 3 Surah Al- Ankabut :
"Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, 'Kami beriman kepada Allah', sedangkan mereka tidak di uji lagi?. Sesungguhnya Kami ( Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah."
Tetapi kenapa manusia di uji, apakah hikmah atau rahsia disebaliknya ujian yang diterima?
Para ulama bersepakat, bahawa hikmah yang boleh disimpulkan di atas adalah :
1. Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT
2. ujian yang menimpa umat Islam secara khusus adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini
3. Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia
4. Bertujuan untuk memperoleh pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.
5. Dengan adanya ujian , ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.
6. Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah SWT
7. Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah SWT
8. Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah di uji.
9. Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.
10. Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah SWT
11. Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untnk bertaubat kepada Allah SWT.
12. Ujian juga mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya.
13. Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah SWT.
14. Ujian menjanjikan kerinduaan manusia untuk memasuki Syurga Allah.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSurah Al Ankabut yg dimaksudkan di atas tu sepatutnya Ayat 2 & 3 bukan 23.
Salam Ina..
ReplyDeleteTerima kasih kerana point out typing error dalam artikel di atas. Telah saya perbetulkan.