Soalan:
1. Apakah hukum memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol?
2. Sah atau tidak solat kita jika kita memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol?
3. Bolehkah kita memakan ubat batuk yang mengandungi alkohol?
4. Bolehkah kita memakan lozenges (gula-gula untuk sakit tekak) yang mengandungi alkohol?
Jawapan:
1. Dibolehkan memakai wangian beralkohol seperti yang biasa kita pakai hari ini selagi kandungan alkoholnya hanya sedikit dan tidak mengandungi najis. Alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi adalah dari jenis kandungan alkohol yang terlalu sedikit dan kering (hilang) apabila terdedah kepada udara.
2. Solat yang dikerjakan dengan memakai wangian ini juga dikira sah selagi memenuhi syarat di atas.
3. Secara umumnya, perkara yang haram akan membawa mudarat kepada manusia, bukan menyembuhkan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"ALLAH tidak akan menjadikan perkara yang diharamkan ke atas kamu sebagai ubat".
– Hadis sahih riwayat al-Tabrani, Ibn Hibban dan Ahmad.
4. Kalau boleh, elakkan, kerana ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu yang haram sebagai penyembuh penyakit. Carilah ubat lain yang lebih diyakini halal.
- (Rujuk: www.islam-qa.com).
Ustazah Sakinah
No comments:
Post a Comment