Soalan:-
Bagaimanakah caranya kita berdoa di dalam masa sujud? Adakah kita boleh mengeluarkan suara atau hanya baca dalam hati?
Jawapan :
Sabda Nabi s.a.w.: "Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud"
- (HR Imam Muslim)
Ketika sujud itu harus berdoa dengan apa sahaja doa asalkan yang di pohon adalah perkara yang tidak dilarang oleh Syarak. Jika doa itu dalam bahasa Arab, harus ia dilafazkan oleh lidah sekalipun doa itu bukan yang maksur. Cuma hendaklah lafaz itu diperlahankan kerana bacaan ketika sujud tidak sunat diperdengarkan. Adapun dalam bahasa lain tidak harus dilafazkan oleh lidah. Memadai dengan berdoa di dalam hati sahaja kerana bahasa yang diharuskan di dalam solat hanyalah bahasa Arab sahaja.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
No comments:
Post a Comment