Dari Mu'adz ibnu Abdullah ibnu Khubaib dan ayahnya dari Uqbah ibnu Amir Al-Juhaini berkata: "Ketika aku menuntun kenderaan Rasulullah saw dalam perjalanan perang, tiba-tiba beliau bersabda: "Wahai Uqbah, bacalah". Maka aku mendengar sepenuhnya, kemudian beliau bersabda lagi: "Wahai Uqbah, bacalah". Maka aku mendengar lagi dengan sepenuhnya. Lalu beliau bersabda untuk ketiga kalinya: "Wahai Uqbah, bacalah". Aku bertanya: "Apa yang aku baca." Beliau bersabda: "Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan An-Naas." Maka aku membaca surah-surah itu bersama beliau hingga selesai. Kemudian beliau bersabda: "Tidak ada suatu doapun yang dibaca seseorang untuk mencari perlindungan yang bisa menandingi surah-surah ini."
- Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 5. Hadis Nombor 5275.
Dari ' Aisyah ra. katanya: Apabila salah seorang isteri Rasulullah saw. sakit beliau tiupkan kepadanya surat-surat Mu'awwidzaat. (iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) Maka tatkala beliau sakit hampir meninggal ku tiupkan pula kepadanya dan ku sapukan tangannya ke tubuhnya, kerana tangan beliau lebih besar barakahnya daripada tangan ku."
- Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2053.
Dari Mu'adz ibnu Abdullah dari ayabnya berkata: "Pada suatu malam ketika hujan turun rintik-rintik dan keadaan gelap gulita, kami menunggu Rasulullah saw untuk solat bersama kami. Setelah Rasulullah saw datang untuk solat bersama kami, beliau bersabda: "Bacalah". Aku bertanya: "Apa yang aku baca." Sabda beliau: "Bacalah, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas di waktu petang dan di waktu pagi sebanyak tiga kali, nescaya kamu akan tercukupi di dalam segala sesuatu."
- Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 5. Hadis Nombor 5273.
No comments:
Post a Comment