Soalan:
Saya ingin bertanya mengenai puasa nazar dan qada. Saya terlupa berapa hari bernazar dan juga qada puasa. Apakah yang patut saya lakukan untuk mengingati semula berapa hari yang saya berhutang dan perlu mengantikan semula?
Jawapan:-
Saudari perlu berusaha juga mengingati hari itu. Ambillah jumlah hari yang paling saudari yakini jumlahnya. Kemudian, ganti dan tunaikanlah puasa nazar itu.
Jika ia puasa ganti kerana haid, maka anggarkan sahaja jumlah hari yang biasanya saudari haid. Kemudian gantilah. Tidak mengapa jika saudari terlebih menggantikan kerana ia akan menjadi pahala puasa sunat.
Begitulah juga dengan puasa nazar. Cuba ingati kembali nazar yang saudari buat dan ambillah anggaran. Saudari sendiri pasti lebih tahu mengenainya.
Kemudian, mohonlah ampun pada ALLAH atas segala kekurangan dan kelalaian.
Ustazah Sakinah
No comments:
Post a Comment