Pertanyaan 1:
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Bolehkah saya memberikan sesuatu kepada salah satu anak saya yang tidak saya berikan kepada anak-anak yang lain kerana mereka sudah kaya ?
Jawapan:
Tidak boleh bagi anda untuk mengkhususkan salah seorang anak lelaki mahupun perempuan dengan sesuatu. Wajib untuk berbuat adil dengan mereka, sesuai dengan hitungan warisan, atau tidak sama sekali, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. : "Takutlah kepada Allah dan berbuat adillah antara anak-anakmu."
- (Disepakati keshahihannya)
Akan tetapi, jika anak-anaknya rela dengan pengkhususan tersebut, maka hal tersebut tidak apa-apa, selama yang merelakannya adalah orang-orang yang sudah baligh. Demikian pula bila di antara anak-anak anda ada yang dalam keadaan kesusahan, tidak boleh bekerja kerana sakit atau cacat dan tidak ada bapanya atau saudaranya yang menafkahinya, tidak pula mendapat bantuan daripada pemerintah yang memenuhi keperluannya, maka bagi anda hendaklah menafkahinya sebatas keperluannya hingga Allah mencukupi keperluannya.
BOLEHKAH SEORANG IBU MENGKHUSUSKAN ANAKNYA LEBIH DARIPADA YANG LAIN
Pertanyaan 2:
Syaikh Abdullah bin Jibrin ditanya : Bolehkah seorang ibu mengkhususkan salah seorang anaknya lebih daripada yang lainnya, daripada cara melepaskan mereka bermusafir, menerima kedatangannya, sedangkan perlakuan anak-anaknya terhadap ibu mereka tidak berbeza. Demikian pula anak cucu, perlakuan mereka terhadap nenek mereka tidak berbeza. Bolehkan hal tersebut ? Berilah kami penjelasan, semoga Allah memberi anda pahala kebaikan.
Jawapan:
Wajib bagi orang tua berbuat adil di antara anak-anaknya, tidak melebihkan sebahagian daripada sebahagian yang lain dalam hal nafkah, pemberian hadiah dan sebagainya, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: "Takutlah kepada Allah dan berbuat adillah antara anak-anakmu. Bukanlah kamu ingin perbuatan baik mereka kepadamu itu sama ? Maka perlakukanlah mereka dengan hal yang sama."
Para ulama besar senantiasa berbuat adil kepada anak-anaknya hingga pada permasalahan mencium anak, senyum, menerima kedatangan dan sebagainya, berdasarkan perintah untuk berlaku adil terhadap anak-anak. Akan tetapi diperbolehkan untuk tidak menyamaratakan antara mereka, pada keadaan seperti orang tua yang mendahulukan anak terkecil, mengutamakan yang sakit dan semacamnya, berdasarkan alasan kasih sayang. Jika tidak ada alasan tersebut, bererti kewajipannya adalah tetap adil di dalam setiap interaksi dengan mereka, apalagi jika mereka sama pula dalam hal ketaatan, pengabdian dan silaturrahimnya kepada orang tua.
(Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita , penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, terbitan Darul Haq, Penerjemah Amir Hazmah Fakhruddin)
No comments:
Post a Comment