Talha r.a. meriwayatkan: "Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar." Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda r.a. memberi jawapan yang sama.
Pada kali yang keempat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam."
Abu Darda r.a. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah s.a.w. telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas Subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."
* Doa ini juga baik dibaca pada waktu kita keluar rumah.
terima kasih
ReplyDeletesama-sama Cendawan Tomey.
ReplyDeleteterima kasih singgah ke blog saya.
saya share di fb ya...mtk izin ea
Deletesemoga dapat dimanfaatkan bersama.
Deletesama2...ader mksud dia x? :)
ReplyDeletekebetulan ada terjemahannya:-
Delete“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus."
Khasiat doa ini adalah ia mampu memesongkan kecelakaan yang datang kepada kita baik siang atau malam dengan izin Allah. Baca doa ini setiap kali selesainya solat subuh dan solat maghrib. Apabila dibacakan selepas solat subuh insyaAllah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba maghrib dan apabila dibaca selepas solat maghrib insyaAllah diselamatkan sehingga waktu subuh keesokan harinya.
Doa ini sangat bermanafat untuk kita semua dan percayalah semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah dan dengan izinNyalah yang dapat mengangkat segala musibah daripada menimpa kita.
Credit to:-
http://milkyway25.wordpress.com/2009/02/07/doa-abu-darda/