Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Kadang-kala orang yang sembahyang tidak diterima setengah daripada sembahyangnya atau sepertiga atau seperlima atau seperenam atau sepersepuluh. Sesungguhnya sembahyang seseorang yang diterima hanyalah yang dikerjakannya dengan sedar."
Umar bin Khattab pernah berkata dari atas mimbar: "Adakalanya seorang Muslim mencapai usia lanjut hingga janggut beruban, namun sembahyangnya tidak ada yang sempurna untuk Allah." Kemudian ada orang bertanya: "Apa sebab sembahyang orang itu tidak sempurna?" Umar menjawab: "Kerana ia tidak menyempurnakan khusyuk dan tawaduknya serta tidak pula menghadapkan diri sepenuhnya kepada Allah."
Amir bin Abdullah dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam sembahyangnya.
Suatu hari Amir ditanya: "Adakah hatimu membisik sesuatu ketika dalam sembahyang?" Jawabnya: "Ya, aku diingatkan bahawa aku sedang berdiri berhadapan dengan Allah dan kelak aku pasti menuju akhirat." Mereka bertanya lagi: "Adakah terlintas dalam hatimu sesuatu urusan dunia seperti yang kami alami?" Jawab Amir: "Aku lebih suka tubuhku ditikam dengan tombak daripada mengingati hal dunia ketika sembahyang."
Ada pula sebahagian daripada golongan khusyuk sembahyang yang memendekkan sembahyang kerana khuatir diganggu oleh perasaan was-was.
Ammar bin Yasir mempercepatkan sembahyangnya. Apabila ditanya: "Mengapa anda sembahyang dengan cepat?" Beliau menjawab: "Apakah kalian melihatku mengurangi syarat sah sembahyang?" "Tidak," kata mereka. Ammar menjelaskan: "Aku ingin cepat-cepat menghindari kelalaian akibat gangguan syaitan."
Talhah, Zubair dan beberapa orang lagi daripada kalangan sahabat Rasulullah dikenali sebagai orang yang bersembahyang dengan cepat. Kata mereka: "Kami ingin mendahului kelalaian yang berpunca daripada gangguan syaitan menyebabkan berlakunya was-was
Credit to: DilaDellila
No comments:
Post a Comment