Soalan:
1. Biasanya bila ke masjid, kita mesti buat solat sunat Tahiyatul Masjid dan beberapa solat sunat lain kan? Masalahnya, macam mana kalau kita pergi ke masjid awal untuk solat Maghrib. Adakah dikira haram kalau kita buat solat sunat sebelum masuk Maghrib sebabnya waktu diharamkan solat ialah selepas solat Asar? Maksudnya kita kena tunggu azan Maghrib dulu baru buat solat sunat atau macam mana?
2. Bagaimana pula kalau kita masuk majlis ilmu, kita perlu solat tahiyatul masjid ke?
Jawapan:
1. Solat sunat tahyatul masjid adalah dituntut untuk dilakukan ketika memasuki masjid sebagaimana sabda Rasulullah saw : “Sekiranya kamu masjid , maka janganlah duduk sehingga kamu menunaikan solat 2 rakaat” ( merujuk kepada solat Tahyatul masjid ).
- (HR Imam Bukhari no : 1163 dan Imam Muslim no : 714 )
Berkenaan masalah solat diwaktu haram terdapat khilaf ulama :
a. Ulama-ulama Hanafiah , Malikiah dan Hanabilah melarang segala solat diwaktu haram , berdalilkan maksud umum hadis larangan solat di waktu haram.
b. Manakala Syafiah dan satu riwayat dalam Mazhab Ahmad mengatakan hadis larangan itu adalah khusus untuk solat sunat mutlak tanpa pengkhususan sebab. Adapun, solat sunat yang khusus bersebab seperti solat tahyatul masjid, solat khusuf dan sebagainya adalah dibolehkan untuk kita mengerjakannya.
Tarjih :
Solat sunat tahyatul masjid adalah dibolehkan dilakukan walaupun dalam waktu haram , kerana dalil solat sunat tahyatul masjid yang khusus mengkhususkan dalil larangan solat diwaktu haram yang umum.
Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibn Taimiyah dan sebahagian daripada ashab Imam Ahmad.
Malah , sekiranya seseorang masuk ke masjid ketika khatib sedang berkhutbah juga adalah disuruh untuk mengerjakan solat sunat tahyatul masjid berdasarkan sebuah hadis sahih: “Apabila telah datang kamu (ke masjid) pada hari jumaat dan ( ketika itu ) imam sedang berkhutbah , maka solatlah kamu 2 rakaat (tahyatul masjid)”
Ruj :
As-Syeikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Maktabah Al-Asadi
2. Perlu solat Tahiyatul Masjid, sedangkan ketika khutbah Jumaat pun Rasulullah saw suruh orang solat Tahiyatul Masjid.
No comments:
Post a Comment