Soalan:
Bolehkah tulis ayat quran yang sesuai dengan majlis kahwin dalam kad kahwin? Jika tidak boleh, bolehkah saya tulis terjemahannya sahaja?
Jawapan:
Pernah diajukan soalan kepada Syeikh Bin Baz:
Soalannya: Adakah harus menulis Bismillah pada kad jemputan kahwin, memandangkan ia kadang-kadang dibuang di jalanan atau dalam tempat buangan sampah?
Syeikh Bin Baz menjawab: Menulis Bismillah pada kad-kad tersebut atau lain-lain seperti surat, adalah suatu yang masyruk (digalakkan). Kerana baginda SAW memulakan surat-surat baginda dengan Bismillah. Dan tidak harus bagi sesiapa yang menerima kad yang terdapat nama Allah atau ayat Quran membuangnya ke dalam tempat pembuangan sampah atau tempat yang tidak dihormati.
Kata beliau lagi: Jika berlaku yang demikian, maka dosanya ke atas pelaku (yang membuangnya). Adapun orang yang menulisnya, dia tidak berdosa.
Rujukan:
- Fatawa Islamiyyah (hlmn: 507)
Dipetik dari jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
No comments:
Post a Comment