Hadith :
Daripada Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w sabdanya: “ Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya”.
- Riwayat al-Bukhari dan muslim
Huraian:
1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikan. Maka hendaklah setiap orang mendapatkan ketiga-tiga perkara itu dengan sebaiknya
2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah amalannya.
Walaubagaimanapun, jika keluarga yang ditinggalkan itu adalah keluarga yang bertakwa dan harta yang diperolehi itu adalah halal dan digunakan untuk keredaan Allah SWT, maka ianya juga akan bermanfaat kepada si mati.
No comments:
Post a Comment