Soalan:
Adakah perlu menjawab dan berdoa selepas mendengar azan yang dikumandangkan melalui radio atau tv kerana ia hanyalah rakaman?
Jawapan:
Jika azan dalam televesyen atau pun radio itu dialunkan pada waktu solat, maka disyariatkan menjawab dan membaca doa selepas azan. Sama seperti azan biasa.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Jika kamu mendengar azan, ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh muazzin. Kemudian berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, ALLAH akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Kemudian mintalah kepadaku wasilah. Sesungguhnya ia merupakan tempat tinggal di syurga. Tidak akan mengharapkannya melainkan hamba di kalangan hamba-hamba ALLAH. Aku mengharapkan akulah orangnya. Sesiapa yang meminta wasilah kepadaku, maka dijamin baginya syurga."
– Riwayat Muslim.
Sesiapa yang mengucapkan:
"ALLAHumma rabba hadzihidda'watittammah. Wassolatil qaaimah aati muhammadanil wasiilata wal fadhilah. Wab'atsu maqaaman mahmuudanilladzi wa'adtah.
(Ya ALLAH, TUHAN yang telah mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan. Kurniakanlah wasilah dan fadhilah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dan utuskanlah dia di tempat yang tepuji)
akan dijamin syurga untuknya."
– Hadis riwayat al-Bukhari.
Wallahu a’lam.
Ustazah Sakinah
No comments:
Post a Comment