Soalan:
Saya telah mengerjakan solat dan mendapati ada najis selepas selesai mengerjakan solat. Adakah saya perlu mengulangi solat itu?
Jawapan:
Solat kamu sah dan tidak perlu diulangi menurut pendapat paling sahih antara perselisihan ulama. Begitu juga jika kamu mengetahuinya sebelum solat tetapi terlupa hingga solat telah selesai dikerjakan.
Firman ALLAH S.W.T: “(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai TUHAN kami! Janganlah ENGKAU mengira kami salah jika kami terlupa atau tersalah.”
– Surah al-Baqarah: 286.
Begitu juga peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w di mana baginda telah mengerjakan solat pada suatu hari dan terdapat najis pada seliparnya. Lantas Jibril memberitahu baginda ketika itu, lalu baginda menanggalkan seliparnya dan meneruskan solatnya.
Berbeza dengan hukum seseorang berhadas tetapi terlupa untuk bersuci. Solatnya tidak sah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
“Tidak diterima solat sesiapa sahaja apabila berhadas (kecil), kecuali selepas dia berwuduk semula.”
– Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Wallahu a'lam.
Ustaz Mohd Noor
Assalamualaikum w.b.t. =)
ReplyDeletesekadar ingin berkongsi..
hukum berkaitan najis ketika solat
W'salam w.b.t.
DeleteTerima kasih Anonymous Feb 5 berkongsi artikel yang sangat jelas penerangannya. Alhamdulillah.