Soalan:
Ketika sedang solat, terlihat ada najis cicak di tempat sujud di atas sejadah. Ketika sujud, saya sujud jauh ke depan agar tidak sujud di atas najis itu. Adakah di kira sejadah (tempat solat) itu najis disebabkan ada najis cicak? Sah ke solat saya?
Jawapan:
Sah solat kerana yang penting tempat kita solat ialah tempat kita meletakkan anggota sujud mesti bersih daripada najis. Jangan di letak tangan, kami atau lutut di atas najis cicak tadi. Kalau ada najis di antara depan hidung, di antara dua tangan tapi tujuh anggota tidak kena pada najis, maka hukum solat itu sah.
Author: Ustaz Fadzli Al-Yamani
Mudir Maahad Tahfiz Al-Yamani, Kg Baru, KL
No comments:
Post a Comment