Semasa saya solat di Masjid Zahir, Alor Star pada waktu solat Jumaat, satu fenomena sunnah yang praktikal menggamit perhatian saya.
Selepas Sheikh Ali mengajar kitab; azan berkumandang. Apabila muazzin melaungkan 'Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah', kesemua jemaah membacakan sesuatu, menghembuskan ke kedua-dua ibu jari yang didekatkan dan kemudiannya menyapu ibu jari ke mata sebanyak 3 kali.
Perkara yang sama terjadi ketika saya masih menuntut di Syam AsSyariff (Syria sekarang). Sheikh-sheikh Arab dan 'Pak-Pak' Arab juga melakukan perkara yang sama.
Persoalannya:
Apa yang dibaca??? Saya dapatkan dari guru saya: rupa-rupanya amalan mencerahkan / menyihatkan mata...
Ayat yang dibaca adalah dari Surah Qaaf 50 ; Ayat 22:
22. (serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".
Credit to: hayat annaqsyabandi
http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_10_01_archive.html
bolehkah ana tahu apakah ayat-ayat yang dibaca oleh pak Arab itu?
ReplyDeleteterima kasih
Salam Me, Myself..
ReplyDeleteSaya telah edit dan uploadkan ayat dari surah Qaf: Ayat 22 untuk saudari.
Terima kasih kerana melawat blog saya.
YUP...amalan ayat tersebut juga pernah diamalkan oleh arwah nenek saya...sepanjang hayat beliau tak pernah pakai spek ....amalkanlah, Insyaallah dengan izin Allah
ReplyDeleteSalam Anonymous June 29,
DeleteTerima kasih singgah ke blog saya dan perkongsian tentang amalan arwah nenek anda (Al Fatihah untuknya). InsyaAllah moga segala usaha diberkati Allah.