Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya "terbuka sehingga menjadi lapang". Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
Fadilat berselawat:
1. Amalan yang paling utama.
2. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah SWT dunia dan akhirat serta syafaat Nabi s.a.w.
4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5. Selamat dari huru-hara Hari Akhirat.
6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah SWT.
7. Untuk mudah masuk syurga dan terlepas dari perhisaban yang rumit.
8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
9. Dikasihi oleh Nabi s.a.w. dan dapat turut serta mendampingi baginda di syurga kelak.
10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas dari segala yang mendukacitakan.
No comments:
Post a Comment