Hadith :
Daripada Abdullah bin Umar r.a. katanya: "Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi S.A.W. dengan tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata : "Patutkah engkau menulis segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah S.A.W. seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam masa suka?" Setelah itu aku pun berhenti dari menulis, kemudian aku menyebutkan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda menunjuk kepada mulutnya dengan jarinya sambil bersabda : "Tulislah, kerana demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, tidak keluar dari mulutku ini melainkan yang benar."
- (Abu Daud)
Huraian:
Kesempurnaan Islam memang patut dibanggakan oleh seluruh umat Islam tanpa sebarang keraguan terhadap kebenarannya ajarannya kerana Islam adalah satu-satunya agama yang dipilih oleh Allah SWT.
Allah SWT telah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penutup para Nabi dan Allah SWT telah mengutuskan baginda untuk seluruh umat manusia termasuk jin di mana segala sesuatu yang dikhabarkan oleh baginda adalah benar belaka. Baginda telah menunaikan amanah dan menyampaikan risalah dari Allah SWT dengan sempurna. Maka sesiapa yang menginginkan selain Islam bererti dia memilih kebatilan dan berada dalam kerugian.
No comments:
Post a Comment