Soalan:
Adakah keutamaan hak dan kewajipan menjaga orang tua hukumnya sama antara anak lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga?
Apakah hukum seorang anak lelaki yang tidak mahu mengambil (menanggung) orangtuanya yang telah uzur dan berhajat untuk tinggal bersamanya tetapi sanggup menghantar orangtuanya ke rumah kebajikan hanya kerana si isteri tidak mengizinkan. Sehinggakan pada hari kematian orangtuanya pun si isteri tidak datang melawat. Sebagai suami, apakah tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya. Harap disertakan dalil dan hadiths.
Jawapan:
-Hak dan keutamaan serta kewajipan menjaga kedua ibubapa yang telah tua adalah sama diantara anak lelaki dan anak perempuan.
- Hukumannya adalah berdosa samada anak lelaki atau perempuan yang tidak mahu bertanggungjawab menjaga kedua ibubapanya lebih-lebih lagi dihantar ke rumah kebajikan.
- Tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya ialah menasihati dan mendidik isteri dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam, akhlak yang mulia dan budipekerti yang tinggi.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:-
"Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibubapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu. Maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
- (Surah Al- Isra'-ayat 23)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-
"Keredhaan Allah s.w.t terletak pada redha kedua ibubapa"
- (Riwayat Muslim)
Wallahu A'lam.
Koleksi kemusykilan agama yang telah dijawab oleh Mufti Melaka.
http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=772
huhu..sedih dgr
ReplyDelete