Soalan:
Pakaian dari kain nipis adakah sah solatnya? Kalau tidak, adakah saya kena qada solat yang saya buat dalam keadaan demikian. Bagaimana saya nak qada sedangkan dah lama berlalu dan tak ingat.?
Jawapan:
Sebagaimana yang kita maklumi bersama , di antara syarat-syarat yang menentukan sesuatu sembahyang itu dipandang sah menurut syariat Islam ialah : MENUTUP AURAT.
Menutup aurat di sini ialah : Menutup Aurat Secara SEMPURNA kerana itulah tuntutan syariat.
Oleh itu jika seseorang itu sembahyang dengan memakai kain sarung yang nipis, maka sembahyangnya tidak sah.
Jika seseorang itu memakai kain telekung yang tebal, akan tetapi kain sarungnya nipis sehingga ternampak auratnya di dalam, maka solatnya itu tidak sah kerana auratnya itu masih dapat dilihat secara pandangan biasa sedangkan perintah menutup aurat diperintahkan agar terlindung aurat kita daripada pandangan orang.
Maka sembahyang yang tidak sah itu mestilah diganti semula. Kalau ianya diganti di dalam waktu itu juga ( masih di dalam waktu semabahyang itu sendiri ), maka ia dinamakan I’ADAH. Dan kalau ianya diganti di luar waktu sembahyang itu, maka ia dinamakan QADHO’.
No comments:
Post a Comment