Soalan:
Saya nak tanya berkenaan cara-cara sebenar untuk sujud syukur. Adakah kena angkat tangan takbir macam solat, kemudian diqiamkan tangan di dada dulu, kemudian takbir lagi sekali untuk sujud? Kemudian duduk tahiyat akhir, bagi salam kiri dan kanan? Atau terus sahaja sujud dan terus bangun, takde salam?
Jawapan:
Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur di dalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang di dalam didalam permusafiran.
Terdapat 5 rukun di dalamnya iaitu:
a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
c. Sujud satu kali sahaja
d. Duduk selepas sujud dan
e. Memberi salam.
Di dalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah di luar solat.
Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : "Subhaana Robbiyal A’laa."
Rujukan:
Laman Baheis - http://baheis.islam.gov.my/web/musykil. ...
Pejabat Mufti Brunei - http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/p ... 7_2001.htm
salam..
ReplyDeleteterima kasih dgn info yg diberi.
Salam Akma
ReplyDeleteterima kasih mengunjungi blog saya.