Soalan:
Saya ingin tahu hukum wuduk apabila berlaku persentuhan antara ibu tiri dengan anak lelaki tiri yang sudah baligh. Terima kasih.
Jawapan:
Antara ibu tiri dan anak tiri adalah mahram muabbad (yakni haram berkahwin buat selama-lamanya) kerana Allah berfirman (bermaksud); “Dan janganlah kamu berkahwin (dengan wanita-wanita) yang pernah dinikahi oleh bapa-bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan)”.
- (an-Nisa’; 22).
Kerana itu, kedudukan antara mereka berdua (yakni ibu tiri dan anak tiri) sama seperti sesama mahram yang lain, yakni harus berduaan jika aman fitnah, harus membuka aurat (dalam batasan yang diharuskan di hadapan mahram), harus bersalaman tanpa berlapik dan tidak batal wuduk apabila bersentuhan.
Wallahu a'lam.
Rujukan:
1. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Rusyhd, juz. 2, kitab an-Nikah.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
No comments:
Post a Comment