Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua bahagian tubuh manusia akan hancur kecuali satu tulang, iaitu hujung ekornya (ajb al-dzanb). Dari tulang inilah dibangunkan kembali penciptaannya pada hari kiamat.”
- Hadis sahih diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.
Dalam riwayat Abu Ya’la dan al-Hakim dari Abu Said al-Khudri, para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah rupa hujung ekor itu?” Baginda menjawab, “Seperti biji sawi (habbat khardal)”. Maknanya tulang itu sangat kecil sehingga hampir tidak terlihat oleh mata biasa.
Beberapa hadis menjelaskan bahawa proses pengembalian makhluk dimulai dengan hujan yang sangat lebat menyirami bumi selama beberapa hari. Air itu menumbuhkan cikal bakal (benih) makhluk yang terpendam di bawah tanah tumbuh dan berkembang.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mereka kemudian tumbuh bagaikan sayuran di musim hujan.”
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Apabila hari kebangkitan yang ditentukan telah tiba, Israfil akan meniup sangkakalanya (shur) yang mengembalikan setiap roh ke jasad.
Dipetik dari Majalah Solusi
Author: Umar M Noor
No comments:
Post a Comment