Menurut mazhab Syafi’i, bulu kucing yang tertanggal daripada tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal daripada tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati. Sekiranya terdapat bulu kucing pada pakaian, maka solatnya tidak sah. Ambillah sikap peka dan berhati-hati sekiranya anda seorang peminat kucing, sebelum mengerjakan solat yakni pastikan tiada sebarang bulu kucing pada pakaian dan tempat solat anda.
Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi
assalamu'alaikum...
ReplyDeletedaripada apa yang saya pelajari, bulu kucing termasuk dlm najis yg dimaafkan. Ini kerana kucing merupakan haiwan belaan yg sememangnya rapat dgn manusia bahkan ada yg tidur bersama tuannya. Bagi pembela kucing, bulu kucing tidak dapat tidak pasti akan ada yg lekat di pakaian. WaLLahu a'lam.
Salam Anonymous,
ReplyDeleteterima kasih atas kesudian berkongsi info yang saudara/saudari pelajari. Ustaz tidak pula menyertakan sumber rujukannya berkenaan topik tersebut (yang dipetik dari Majalah Solusi).
mungkin ada info yang lebih lengkap dari pembaca-pembaca lain di luar sana? anyone?