Adakah sah solat seorang lelaki yang solat fardhu Jumaat tetapi bercakap-cakap semasa khatib sedang membacakan khutbah?
Jawapan:
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan ‘Diam’, maka laghalah (sia-sia) dia.”
-Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Ulama berbeza pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat.
Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat, namun solat Jumaatnya tetap sah.
Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.
Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi
No comments:
Post a Comment