Soalan:
Kebelakangan ini ada diperkenalkan al-Quran dalam bentuk digital samada yang boleh dimuat turun dari internet atau telefon bimbit. Jika saya hendak membaca al-Quran dari komputer yang telah dimuat turun, perlukah saya berwuduk terlebih dahulu?
Jawapan:
Seharusnya, kita kembali kepada kaedah asal apa sahaja yang haram kita haramkan, apa sahaja yang halal kita halalkan dan apa sahaja yang didiamkan, mudah-mudahan ia satu keringanan buat kita dan tidak menanggung dosa, insya-ALLAH.
Di dalam hadis sahih tercatat, sekiranya Nabi s.a.w dua pilihan hukum, baginda akan memilih apa yang termudah daripada hukum itu selagi tidak mendatangkan dosa.
Aisyah r.a berkata:
“Tidaklah Rasulullah s.a.w apabila diberi pilihan antara dua perkara, pasti baginda akan memilih apa yang termudah selagi tidak mendatangkan dosa. Jika termasuk dosa, bagindalah antara manusia yang paling jauh daripada perkara haram itu.”
– Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Berdasarkan hadis di atas, tidak mengapa membaca al-Quran daripada computer, cd dan sebagainya tanpa berwuduk. Ia lebih memudahkan umat Islam untuk mendekati al-Quran. Ulama hanya berselisih pendapat mengenai hukum mushaf.
Wallahu a'lam.
Credit to : Ustaz Mohd Noor
No comments:
Post a Comment