Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)." Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu Ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail a.s. pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini." Jibrail a.s. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.
Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail a.s. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Wallahu'alam. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj
Tuesday, March 31, 2009
Mengenal Empat Buah Kitab
KITAB TAURAT
Kitab Taurat telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dalam bahasa Ibrani. Dalam Kitab Taurat ini terkandung hukum syarak dan keyakinan yang betul. Ia
juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman (Nabi Muhammad s.a.w.) akan lahir dari keturunan Nabi Ismail a.s. Kitab Taurat yang asli tidak ditemui lagi pada masa sekarang kerana isinya telah ditokok tambah oleh orang-orang yahudi.
KITAB ZABUR
Kitab Zabur telah diturunkan oleh Allah swt. kepada Nabi Daud a.s. dalam bahasa Qibthi. Kitab Zabur tidak mengandungi hukum perundangan. Kandungannya hanya mengenai perkhabaran, cerita, zikir, doa serta hikmah-hikmah. Oleh sebab itu Nabi Daud tidak mempunyai syariat tersendiri. Dia dan umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Musa.
KITAB INJIL
Kitab Injil diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Isa a.s. dalam bahasa Suryani. Di antara kandungannya yang utama ialah menyeru umat manusia agar mengEsakan Allah s.w.t. Kitab Injil juga memberitakan akan kelahiran seorang nabi dan rasul diakhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Orang-orang Yahudi telah mengingkari akan kebenaran Allah s.w.t. Mereka telah menghimpunkan kitab-kitab ini menjadi satu yang diberi nama "bible" kemudian mereka ubah isi kandungannya mengikut kehendak hati mereka agar berkesesuaian dengan kehidupan mereka seharian. Bible ini terbahagi kepada dua bahagian besar:-
1. Bahagian Taurat yang dinamakan dengan Perjanjian Lama (Old Testament).
2. Bahagian Injil yang dinamakan dengan Perjanjian baru (New Testament).
KITAB SUCI AL QURAN
Kitab suci Al Quran adalah sebuah kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di dalam Al Quran mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia, sama ada untuk mencapai kemakmuran hidup di dunia mahupun untuk kebahagiaan hidup di akhirat. Ajaran yang disampaikan di dalam Al Quran sesuai untuk seluruh umat manusia dipermukaan bumi ini tidak kira bangsa dan keturunannya. Ajaran yang termuat di dalam Al Quran lengkap dan sempurna, ia tidak akan berubah dan kekal selama-lamanya bahkan ia tetap dipelihara oleh Allah s.w.t.

Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga
Bersabda Nabi s.a.w : "Semasa aku Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg tidak masin.
Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam Al-Qur'an : "Di dalam Syurga itu ada sungai yang airnya tidak masin. Ada sungai yang airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yang lazat bagi yang meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan".
Aku bertanya kepada Jibrail a.s : "Wahai Jibrail a.s, dari manakah asalnya sungai2 ini dan ke manakah akhirnya?" Jibrail a.s menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga Al-Kaustsar, asalnya tidak aku ketahui." Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yang besar. Aku lihat ada sebuah kubah yang amat besar diperbuat dari permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari jakut hijau dan kunci-kuncinya dari emas. Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya.
Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya: "Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?" Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya" Jawab Malaikat itu "Kuncinya di dalam tanganmu" Tanyaku : "Dimana?" Jawabnya: "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim". Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya.
Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari (4) empat buah liang yang besar-besar. Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku: "Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itu memancutkan airnya".
Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batang tiangnya. Dari huruf MIM perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang huruf HA' perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf MIM perkataan ArRahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf MIM perkataan ArRahiim, keluar air sungai madu.
Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga. Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.

Mencapai Kejayaan Dan Kemajuan
"Antara syarat utama mencapai kejayaan dan kemajuan adalah bersedia berubah dan menerima perubahan.
Pengalaman silam adalah pengajaran terbaik bagi yang ingin terus maju ke hadapan.
Mengkritik tidak bererti menentang.
Memuji tidak semestinya menyokong.
Menegur tidak bermakna membenci.
Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Tiada Kebaikan Pada Hati
Sebagaimana tiada kebaikan pada bejana (bekas) yang tidak dapat menyimpan (melindungi) sesuatu di dalamnya, begitulah juga tidak ada kebaikan pada hati yang tidak dapat menyimpan (menyembunyikan) rahsia.
Jangan Lupa Tanggungjawab Kepada Allah
Janganlah engkau terlalu sibuk menghabiskan masa untuk urusan keluarga dan anakmu (sehingga lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah dsb), kerana jika mereka itu adalah kekasih Allah, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan kekasihNya, tetapi jika mereka itu musuh Allah, maka apakah gunanya kesibukan dan segala usahamu terhadap musuh-musuh Allah ?
Kesudahan Kebenaran & Kebatilan
Sesungguhnya kebenaran itu berat (sukar) tetapi baik kesudahannya.
Sesungguhnya kebatilan itu ringan dan buruk kesudahannya

Monday, March 30, 2009
Orang – Orang Yang Didoakan Oleh Para Malaikat
Inilah orang – orang yang didoakan oleh para malaikat :
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci”. - (Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” - (Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)
3. Orang – orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang – orang) yang berada pada saf – saf terdepan” - (Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang – orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf). Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang – orang yang menyambung saf – saf” - (Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”. - (Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat. Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia” - (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
7. Orang – orang yang melakukan solat subuh dan ‘asar secara berjama’ah. Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat ‘asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat ‘asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’” - (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ; ‘Aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” - (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)
9. Orang – orang yang berinfak. Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’” - (Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang – orang yang sedang makan sahur” - (Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit. Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh” - (Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754)
12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” - (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Sumber Tulisan Oleh : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi

Akal Tumbuh Seperti Tanaman
Akal tumbuh seperti tumbuhnya tanam-tanaman dan bajanya adalah dengan ilmu dan pengalaman
Tiga Perkara Merbahaya
Tidak ada yang lebih membahayakan manusia melainkan 3 perkara ;
a) Memikul sesuatu yang ia tidak berupaya kerana percaya kepada kekuatannya
b) Tidak berusaha kerana bersandar kepada Qadha dan Qadar
c) Tidak berjaga-jaga dalam makanan kerana bersandar kepada kesihatan yang baik

Kebaikan Dua Orang
Tiada kebaikan di dunia ini melainkan kepada dua orang:-
a. Seorang yang mengerjakan beberapa dosa lantas diiringi dengan taubat, dan
b. Seorang yang segera mengerjakan kebaikan.

Berkasih Dalam Bersahabat
PESANAN IMAM SYAFIE:-
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, seperti aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang sanggup bersamaku semasa suka dan duka. Jika aku temui, aku berjanji akan selalu setia kepadanya.
Aku hulurkan tangan kepada sabahat-sabahatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sabahat, aku semakin yakin pada diri sendiri.
Belum pernah aku temui di dunia ini seorang teman yang setia dalam suka atau duka. Padahal hidupku sentiasa berputar antara suka dan duka. Jika duka melanda, aku sering bertanya- siapakah yang sudi menjadi temanku? Semasa aku senang, sudah biasa banyak orang akan iri hati, namun, semasa aku susah, mereka bertepuk tangan.
Aku boleh bergaul secara bebas dengan semua orang ketika senang. Namun, ketika musibah menimpaku, aku dapati mereka tidak ubah seperti roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka akan mencemuhku; dan jika aku sakit; tidak ada seorang pun yang sanggup menjengokku. Jika hidupku penuh kebahagiaan, banyak orang akan irihati, jika hidupku berselimut derita, mereka bersorak-sorai.
Apabila tidak aku temui teman-teman yang bertakwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripadaku terus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkan daripada bersahabat dengan kawan yang mesti aku waspadai.
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang pendeta dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka, kelak kau akan memperoleh kebaikan.
Sepanjang hidupku yang semakin tua, belum pernah aku temui didunia ini teman yang sejati. Aku tinggalkan orang-orang yang bodoh kerana banyak kejahatan dan aku jauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit
Teman yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada menjadi teman. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada teman yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku, aku berjuang keras mencari teman sejati sehingga pencarianku membosankan. Aku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.
Dalam diri manusia itu ada dua jenis potensi; tiupan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.
Sesiapa yang menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati kerananya. Begitu juga, sesiapa yang menghina orang lain, sudah tentu dia akan tersisih. Sesiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya suatu pahala. Begitu juga sesiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai perasaan dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku berada dihadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu aku lakukan agar aku dapat menjaga diriiku daripada kejahatan.
Aku tunjukkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatan kepada orang-orang yang aku benci, sebagaimana aku tunjukkan hal itu kepada orang-orang yang aku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita menghampiri mereka. Padahal, menjauhi mereka bererti memutuskan persahabatan.
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hina anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, sudah tentu kau akan bahagia, asalkan kau hidup menyendiri.
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang mebina rumah untuk Allah S.W.T. Hanya orang yang berjiwa mulia sahaja yang dapat menjaga nama baik dirinya, dan selalu menghormati tetamunya, baik semasa hidup mahupun setelah mati.
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baikmu kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan banyak menaruh belas kasih kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya seperti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat si kekasih, meskipun memerlukan usaha yang keras.
Tidak semua orang yang kau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang dari tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan memperlihatkan hal-hal yang sebelumnya menjadi rahsia.
SELAMAT TINGGAL DUNIA JIKA DIATASNYA TIDAK ADA LAGI SAHABAT YANG JUJUR DAN MENEPATI JANJI.
(Nasihat Imam Syafie- Nasihat ketiga- Susunan Muhammad Alif Al-Zaby-1999- Terbitan Darul Iman)

Tujuh Pahala Tetap Kekal Selepas Mati
Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhenti amalnya melainkan tiga macam." Amalan ini ialah sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan perkara baik baginya. - (Imam Bukhari)
Apakah pahala yang dapat diterima seseorang selepas kematiannya? Dalam hal ini, diriwayatkan daripada Anas bahawa ada tujuh pahala yang dapat diterima seseorang selepas mati, iaitu:
1. Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanaman, selagi ada yang memakannya sama ada manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang dia selalu mendoakan kedua-dua orang tuanya dan beristighfar baginya. Selain itu, anak yang selalu diajar ilmu Al-Quran, maka orang yang mengajarnya mendapat pahala, selagi anak itu mengamalkan ajaran tanpa mengurangi pahala anak itu.

Menyamaratakan Kasih Sayang
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Persamakan antara anak-anak kamu dalam pemberian." - (At-Tabrani)
Huraian
1. Kasih sayang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan makhluk yang melata di muka bumi ini sama ada yang bergelar insan atau pun binatang. Begitu juga dengan ibubapa terhadap anak-anak. Mereka hendaklah berlaku adil kepada anak-anak dalam setiap perkara, terutamanya dalam memberikan kasih sayang. Elakkanlah daripada berlaku penderaan emosi yang disebabkan oleh sikap pilih kasih dan sebagainya.
2. Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Apa yang dia suka diperlakukan ke atasnya dan apa yang dibenci berlaku terhadap dirinya, maka perkara yang sama juga mesti terjadi pada ibubapa terhadap anak masing-masing.

Reflections Of A Mother
Allah gave you life through me, but I cannot live it for you.
I can teach you the Qur'an, but I cannot make you learn.
I can guide you in our religion Islam, but I cannot be there to lead you.
I can allow you freedom, but I cannot account for it.
I can take you to the masjid, but I cannot make you pray.
I can teach you right from wrong, but I cannot always decide for you.
I can buy you beautiful clothes, but I cannot make you beautiful inside.
I can offer you advice, but I cannot accept it for you.
I can give you love, but I cannot force it upon you.
I can teach you to share, but I cannot make you unselfish.
I can teach you respect, but I cannot force you to show honour.
I can advise you about friends, but cannot choose them for you.
I can advise you about sex, but I cannot keep you pure.
I can tell you the facts of life, but I cannot build your reputation.
I can tell you about drinking alcohol, but I cannot say "NO" for you.
I can warn you about drugs but I cannot prevent you from using them.
I can tell you about high goals, but I cannot achieve them for you.
I can teach you about kindness, but I cannot force you to be gracious.
I can warn you about sins, but I cannot make your morals high.
I can pray for you, but I cannot make you walk in the straight path of Allah.
I can tell you how to live, but I cannot give you eternal life.
Lastly my child,
I can love you with unconditional love all of my life.......
and I always will...
~Unknown Author~

Melanggar Sumpah Nazar
Soalan:
Saya ada bernazar untuk membotakkan kepala sekiranya hajat saya terlaksana. Soalan saya, apakah ada cara lain untuk saya menggantikan nazar tersebut kerana tidak sanggup membotakkan kepala. Adakah ianya berdosa jika nazar tesebut tidak dilaksanakan?
Jawapan:
Orang yang melanggar sumpah nazarnya diberi pilihan untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara sama ada memberi makan kepada 10 orang fakir miskin (secupak beras seorang)atau memberikan mereka pakaian atau pun memerdekakan seorang hamba. Sekiranya orang yang bersumpah nazar itu tidak mampu untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara yang telah disebutkan tadi, maka dia wajib berpuasa selama 3 hari.

Sunday, March 29, 2009
Bacalah "ZAHRAWAIN"
Hadith :
Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:- “Bacalah Al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. BacalahZahrawain, iaitu surah Al-Baqarah dan Ali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah Al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)." - (Muslim)
Huraian:
Al Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, didalamnya tersimpan berjuta fadhilat atau hikmat yang tidak diketahui oleh manusia. Di samping itu Al Quran juga berfungsi sebagai penawar atau pendinding bagi jasmani dan rohani manusia yang mengerti dan mengamalkannya menurut ketentuan sunnah.
Yang penting adalah keyakinan diri kita terhadap kebesaran Allah dan keagungan kalimah-kalimah Allah yang dijadikan sebagai pendinding daripada kejahatan kuasa-kuasa ghaib yang dihantar oleh pengamal ilmu-ilmu kebatinan yang sesat (ilmu hitam).
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Dia-lah sebaik-baik pelindung yang tiada siapa dapat menandingi-Nya.

Up To You
You will never solve your problems by getting other people to change. The way to move beyond whatever is holding you back is to make positive changes within yourself.
The problem is not the particular situation you are in. The problem is the way you interpret and relate to that situation.
The problem is not the way you are treated by others. The problem is the way you allow the actions of others to affect you.
The problem is not what has happened in the past. The problem is that you're letting it continue to hold you back.
Take complete responsibility for a problem, and suddenly you are ninety percent of the distance toward solving it. When you truly take responsibility, you gain real and powerful control.
Fully accept that it is up to you to get where YOU choose to go. And you'll find everything necessary to make it so
- Ralph Marston

Saturday, March 28, 2009
Niat IHRAM Bersyarat
Kedatangan haid menghalang wanita mengerjakan puasa, bersolat, masuk ke masjid atau bertawaf. Walaupun haid tidak menghalang wanita berzikir, bertasbih, berdoa dan memantapkan ilmu dengan mentelaah buku-buku agama, tetapi tentulah terasa rugi datang jauh-jauh ke tanah suci dengan mengeluarkan wang yang banyak, tapi hanya duduk sahaja di bilik hotel. Ini lebih terasa jika datang mengerjakan umrah yang singkat masanya berbanding datang untuk mengerjakan haji.
Tetapi, ada satu cara yang boleh dilakukan oleh jemaah wanita yang masih mahu mengerjakan umrah tetapi bimbang haidnya datang ketika kerja-kerja umrahnya belum selesai. Caranya ialah dengan berniat ihram umrah secara bersyarat: Lafaznya seperti berikut: “Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu halangan syarak yang tidak berupaya meneruskannya, maka aku bertahalullah ketika itu kerana Allah Ta`ala.”
Dengan niat ihram bersyarat ini, jika seseorang itu tidak dapat meneruskan pekerjaan umrahnya dengan sebab tertahan oleh halangan yang ditentukan dalam niatnya, maka dia bolehlah bertahalul dengan menggunting rambut dan tidak perlu membayar dam (menyembelih seekor kambing). Dia dianggap bebas daripada ihram (dan pantang larang ihram) tetapi dia wajib mengqadha umrahnya kemudian.
Sebenarnya, para penceramah dalam kursus haji dan umrah jarang mahu memberitahu mengenai niat ihram bersyarat ini kerana bimbang ia disalah gunakan oleh jemaah. Ditegaskan di sini, niat ihram bersyarat HANYA terpakai bagi mereka yang mengalami halangan seperti kedatangan haid dan nifas dan juga bagi mereka yang benar-benar uzur (sakit teruk) hingga tak dapat meneruskan pekerjaan umrahnya SAHAJA. JANGAN jadikan niat ihram bersyarat sebagai jalan mudah untuk melepaskan diri daripada ihram kerana peluang menggunakan niat ini HANYALAH JIKA BERADA DALAM KEADAAN DARURAT DAN TERPAKSA SEMATA-MATA. Berlaku jujurlah kepada diri sendiri kerana Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita.
Pembacaan lanjut boleh didapati di sini dan sini
Tambahan info : Thanks to MADU

Ikhtiar memohon haid segera berhenti atau dilambatkan kedatangannya
Uzur syarie atau kedatangan haid mungkin boleh dianggap masalah utama wanita ketika di tanah suci. Kerana itu, ada wanita yang mencari jalan untuk mengatasi masalah dengan mengambil pil menahan haid. Tetapi sebenarnya, pengambilan pil ini tidak digalakkan kerana bimbang akan mendatangkan lebih banyak masalah.
Jika masa berada di Makkah hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, jemaah wanita selalunya dinasihatkan supaya tidak mengerjakan umrah, sebaliknya banyakkan tawaf sunat dan beriktikaf dalam masjid. Ini bagi mengelakkan haid datang tiba-tiba semasa masih dalam berihram sedangkan masa untuk pulang sudah hampir dan bimbang tidak sempat menyelesaikan kerja-kerja umrah itu (terpaksa bertahalul ihsar dengan bergunting dan menyembelih seekor kambing sebelum berangkat pulang ke tanah air. Apabila ada kelapangan masa dan perbelanjaan, wajiblah mengqadha’ umrah yang tertangguh itu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa Hudaibiah).
Suatu ikhtiar untuk memohon haid segera berhenti atau memohon dilambatkan kedatangannya ialah dengan membaca:
1. Bismillah hirrahman nirrahim
2. Baca Surah al_Masad, ayat 1
3. Baca Surah Yasin, ayat 38
4. Baca Surah Hud, ayat 44
5. Selawat
Bacalah selepas solat lima waktu semasa dalam ihram atau dalam masa jangkaan sebelum kedatangan haid. Tetapi ini hanyalah satu ikhtiar/usaha. Sama seperti doa-doa lain, makbul atau tidak, Allah yang menentukannya kerana Dia lebih mengetahui.

Zikir Yang Paling Utama
Dari Abu Dzar r.a. katanya Rasulullah saw. pernah ditanya orang: "Apakah ucapan zikir yang paling afdhal (utama), ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Yaitu ucapan zikir yang dipilihkan Allah bagi para malaikat-Nya dan hamba-hamba-Nya ialah: Subhanallahi wa bihamdih (Maha Suci Allah Maha Terpuji Dia) - Hadis Sahih Muslim Jilid 4, Hadis Nombor 2352
Dari Juwairiyah (binti Al Harits, isteri Nabi saw.) r.a. katanya : Nabi saw keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha, Rasulullah s.a.w pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula. Rasulullah bertanya kepadanya. "Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak ku tinggalkan tadi?" Jawab Juwairiyah "Betul, ya Rasulullah!". Sabda Nabi saw, "Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: " Subhanallahi wa bihamdihi 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata 'arsyihi, wa midadi kalimaatihi " (Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia sebanyak bilangan makhlukNya, seredha diriNya, seberat arasyNya dan sebanyak kalimatNya) - Hadis Sahih Muslim Jilid 4, Hadis Nombor 2348

Friday, March 27, 2009
DIAM - Ibadah Percuma, Pahala Berganda
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib
Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan 'diam' yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" - (Riwayat Abu Naim)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". - (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". - (Riwayat At-Tarmizi)
BANYAK DIAM
TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP
TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA
KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM
LEBIH BAIK DARI
ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH,
TIDAK SALAH.
YANG SALAH,
MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA,
BUKAN KITA YANG TERHINA.
YANG SEBENARNYA,
ORANG ITU MENGHINA,
DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu kerana senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah

Thursday, March 26, 2009
Responsible
You cannot avoid responsibility. You can either suffer the painful consequences of ignoring it, or you can enjoy the outstanding benefits of acknowledging and accepting responsibility.
You are responsible for your life and for the world around you. When you feel the full extent of that responsibility, and connect it to your authentic purpose, you can do truly amazing things.
Why would you want to accept responsibility for circumstances that are not of your making? Because responsibility gives you the power to change things.
If something affects you, then you have the opportunity to be positively and creatively responsible for it. Even if you didn't create the situation, you can still make the very best of it
Responsibility is not some burden that is heaped upon you. On the contrary, it is a powerful and effective tool for moving your whole world in the direction you choose.
Invest your awareness, attention, effort and commitment in the responsibility that is yours. And enjoy the dividends that come from truly making a difference in the world.
-- Ralph Marston

SUJUD SAHWI
Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.
Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:
Subhaanamallaa yanaamu walaa yas huu
Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.
1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan - Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan - Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu - Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
a. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
b. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.
Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi
1.Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia teringat ketika belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib segera kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia teringat dan sedang pula berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dan ia perlulah meneruskan solat seolah-olahnya di rakaat yang sebelum itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
2.Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka perlu pula melakukan salam sekali lagi.
3.Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
4.Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.

Tuesday, March 24, 2009
SABAR DAN SAKIT
Daripada Muaz bin Jabal ra, beliau berkata, " Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan bencana, Dia berkata kepada malaikat pencatat amal buruk , "Hapuskan catatan daripadanya." Dan berkata kepada pencatat amal baik, " Tulislah untuk hamba-Ku yang lebih daripada apa yang dia perbuat."
Tersebut pula dalam sebuah hadis daripada Nabi S.A.W, baginda bersabda, " Ketika sorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata, " Lihatlah kalian apa kata hamba-Ku". Jika dia berkata "Alhamdulillah", maka diberitahukan kepada Allah. DIA lebih tahu, lalu berkata , " Aku berjanji untuk hamba-Ku, jika aku mematikannya, Ku masukkan dia ke syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukannya.."
(Rujukan dari buku " PENENANG JIWA" Imam Al-Ghazali , Terjemahan dari Kitab Mukashafah Al-Qulub)

Saturday, March 21, 2009
FIDYAH PUASA
Soalan:-
Bagaimanakah caranya untuk kita membayar fidyah selama 3 hari gagal menggantikan puasa di bulan Ramadhan tahun lepas?
Jawapan:-
Anda boleh membayar fidyah kerana gagal mengqadha'/menggantikan puasa selama 3 hari pada tahun lepas dengan kadar bagi satu hari sebanyak satu cupak beras(675 Gram).

Thursday, March 19, 2009
TIPS SUPAYA WANITA NAMPAK CERIA, MUDA DAN PERAWAN
SURAH 56 AL-WAQIAH, AYAT 35-38 ; JUZUK 27;
Khas Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah
Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.
Caranya :
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

KISAH UNTA MENJADI HAKIM
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.
Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan akan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu rasa kebingungan. Maka dia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini." Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

HUKUM MEMOTONG KUKU SEMASA HAID
Soalan:-
Ada yang mengatakan bahwa seorang perempuan yang sedang haid, tidak boleh memotong rambut dan potong kuku. Mengapa demikian? Apakah ada akibat buruknya? Apakah memang ada dalilnya?
Jawapan:-
Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .
Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik akal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah
Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) ". Maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi). Justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”
Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)
Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

Tuesday, March 17, 2009
SEDEKAH SAMA NILAI DENGAN SOLAT DHUHA
Dari Abu Dzar r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya: "Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.” - (Muslim)
Huraian:-
Beramal ibadah itu bukan setakat di hamparan sejadah (solat) semata tetapi ia meliputi aspek-aspek amalan anggota lahir dan batin di luar sembahyang juga seperti bersedekah, bertasbih, bertahmid dan sebagainya. Pokoknya di setiap kesempatan yang ada perlu diisi dengan amal kebaikan kerana setiap amal akan diganjari dengan balasan yang baik dan begitulah sebaliknya.

Monday, March 16, 2009
MENGHANTAR IBUBAPA MENUNAIKAN HAJI
Saya ingin menghantar ibubapa saya menunaikan haji, tapi disebabkan saya kekurangan wang dan usia ayah saya yang dah tua dan saya takut tidak sempat untuk menghantarnya menunaikan haji, jadi saya bercadang untuk menghantarnya mengerjakan umrah. Apakah tujuan umrah sebenarnya? Adakah berbaloi saya menghantarnya mengerjakan umrah dengan tujuan sekurang- kurangnya ibubapa saya dapat merasa menjejakkan kaki ke sana dan beribadat didepan Kaabah.
Jawapan:-
Menunaikan haji adalah satu kewajipan sedangkan umrah adalah sunat. Oleh itu, kumpulkanlah wang yang cukup untuk menghantar ayah menunaikan haji kerana apabila dia menunaikan haji sudah pasti dia mengerjakan umrah khususnya haji Tamattu'. Tidaklah menjadi tanggungjawab anak untuk menghantar ayah menunaikan haji kerana ia merupakan satu kewajipan yang tertanggung bagi setiap individu itu sendiri. Anak disunatkan untuk membantunya sebagai tanda membalas jasa dan bakti ibubapa yang membesarkan mereka.
Umrah itu dilakukan sebagai ibadat sunat dan bukan sebagai pengganti kepada kewajipan haji. Umrah adalah satu ibadat ziarah ke Masjidil Haram yang boleh dilakukan oleh orang yang mampu dari segi kewangan, kesihatan dan keselamatan. Tidak berbaloi sekiranya tujuan tuan hanya sekadar untuk menyampaikan hajat supaya ibubapa tuan melihat Kaabah, kerana yang lebih penting adalah menunaikan rukun kelima iaitu menunaikan haji.

SIFAT LEMAH LEMBUT MENDATANGKAN KEBAIKAN
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” - Riwayat Muslim
Huraian:-
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

HIDUP UNTUK BAHAGIA ATAU HIDUP UNTUK CELAKA
Dari Abu Malik Al-Asy’ari katanya:
"Bersabda Rasulullah s.a.w: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan Al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.” (Muslim)
Huraian:-
Kemakmuran dan kesejahteraan itu boleh sahaja diperolehi dengan berbagai cara, termasuk dengan cara membelakangi nilai-nilai ugama. Namun begitu kemakmuran dan kesejahteraan yang menyalahi nilai-nilai ugama tidak akan dapat bertahan lama kerana ia sebenarnya kosong daripada berkat dan apa pun jua yang ketandusan berkat tidak akan dapat menghasilkan kebahagiaan sejati.
Oleh itu Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berpegang pada jalan yang betul dan berbuat sesuatu yang benar-benar bertepatan dengan kehendak syarak sama ada ia merupakan perkara wajib ataupun sunat. Ini disebabkan manusia itu sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya iaitulah bergantung pada keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T dalam setiap apa yang dilakukannya itu.
Jika itu perkara yang baik, insyaAllah ia akan selamat dunia dan akhirat tetapi jika sebaliknya lambat laun ia akan mendapat pembalasan dan kecelakaan sama ada di dunia atau pun di akhirat kelak.

Sunday, March 15, 2009
ANAK PEREMPUAN PENENTU MASUK SYURGA / NERAKA
Daripada Aisyah, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu dia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak perempuan. Mereka adalah aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah dalam perkara yang berhubung dengan kaum wanita."
Hadis itu bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak perempuan dan isteri mereka supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah.
Ramai ibu bapa yang menjaga anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan saja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan pelbagai keburukan mencemarkan nama baik keluarga dan agama. Sesungguhnya anak yang diajar dengan didikan agama memberi faedah kepada ibu bapanya ketika hidup dan selepas mati.
(Petikan e-hadis, Jabatan Kemajuan Islam)

Monday, March 9, 2009
ZIKIR UNTUK REZEKI
YA ALLAH YA FATTAH
Salah satu nama Allah SWT, Al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah Ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah SWT, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, Ya Fattah Ya ‘Alim.”

ZIKIR PELEMBUT HATI
Zikir ini elok di amalkan untuk melembutkan hati pasangan / anak:
Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas pasangan / anak sekira-kira mereka tidak perasan.
Atau bacanya waktu pasangan / anak tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) pasangan / anak.
Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.
Selain daripada itu amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya sepertimana Engkau lembutkan besi"

Sunday, March 8, 2009
ZIKIR UNTUK BERBAGAI HAJAT
Untuk yang berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
* Duduk menghadap kiblat
* Lakukannya dengan khusyuk dan yakin yang Allah akan membantu kita
* Bacalah Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknya waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala "Allahuakbar" yang pertama dilaungkan, teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa dengan apa yang dihajati.
Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut. Mintalah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahualam.

UNTUK KHATAM MEMBACA 30 JUZUK ALQURAN
Baca sedikit tetapi selalu. Satu juzuk selalunya mengandungi lebih kurang 20 mukasurat.
Bacalah 4 mukasurat selepas Subuh (20 minit).
Bacalah 4 mukasurat selepas Zuhur (20 minit).
Bacalah 4 mukasurat selepas Asar (20 minit).
Bacalah 4 mukasurat selepas Maghrib (20 minit).
Bacalah 4 mukasurat selepas Isya’ (20 minit).
Tuliskan nombor mukasurat setiap kali berhenti membaca di atas sebuah kad kecil yang diselit di dalam Al Quran.
Bawalah Al Quran ke mana-mana, yang kecil lebih mudah. Setiap kali ada ruang waktu, buka dan baca dari mana anda berhenti.
Bagi pekerja pejabat, ambil waktu sarapan pagi (7.30 - 8.00 pagi), waktu minum (10.00 - 10.30 pagi) dan waktu makan tengahari. Bacalah sedikit-sedikit setiap kali.
Bagi pelajar gunakan masa rehat, masa tiada kuliah atau kelas, carilah sudut yang tenang dan bacalah Al Quran.
Sementara menunggu waktu solat di masjid atau surau. Datang awal sebelum azan.
Pada hari cuti, gandakan bacaan pada waktu pagi. Di antara 10.00-12.00 tengahari ramai orang berehat sambil menonton TV. Alangkah baiknya masa itu digunakan dengan mencari sudut yang tenang di rumah dan baca Al Quran.
Selalu menjaga wudhu' supaya boleh membaca Al Quran bila-bila masa.
Untuk wanita yang haid, bacalah makna Al Quran serta tadabbur (perdalami) maknanya dengan membaca tafsir. Ini bermakna kita masih berinteraksi dengan Al Quran dan tidak tinggalkan langsung Al Quran.

Friday, March 6, 2009
HIKMAH AL QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR
1. Supaya ianya lebih mudah difahami dan dilaksana. Manusia akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya perintah itu diturunkan secara serentak dan banyak.
2. Diantara ayat-ayat yang diturunkan itu ada yang nasakh dan ada yang mansukh mengikut kesesuaian masyarakat umum.
3. Turunnya sesuatu ayat itu berkesesuaian dengan peristiwa yang terjadi dan ini lebih memberi kesan di dalam hati.
4. Memudahkan bagi mereka yang hendak menghafaznya.
5. Diantara ayat-ayat itu ada yang merupakan jawapan daripada pertanyaan dan penolakan sesuatu pendapat atau perbuatan. Ibnu Abbas r.a. ada berkata, "Hal ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya Al Quran itu diturunkan serentak.
Perbezaan Ayat Makiyah dengan Ayat Madaniyah
1. Ayat Makiyah pada umumnya pendek sedang ayat Madaniyah panjang. Surah Madaniyah merupakan 11/30 dari isi Al Quran. Surah Makiyah merupakan 19/30 dari isi Al Quran.
2. Dalam surah Madaniyah ayatnya dimulakan dengan "Ya ayyuhal lazi na aa manu" dan sedikit sekali ayatnya yang dimulakan dengan "Ya ayyuhan nas" sedang dalam surah Makiyah adalah sebaliknya.
3. Ayat Makiyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman, pahala dan kisah umat-umat terdahulu yang mengandungi hukum-hukum duniawi dan kemasyarakatan.
Bagaimana Al Quran Diturunkan?
1. Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hati Nabi s.a.w. dalam hal Nabi tidak melihat sesuatu apa pun. Baginda hanya merasakan yang wahyu itu sudah berada di dalam kalbunya.
2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. berupa seorang lelaki dan mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga baginda dapat mengetahui dan menghafal akan kata-katanya itu.
3. Wahyu yang datang kepada Nabi s.a.w. seperti bergemerincingnya loceng. Cara inilah yang paling berat dirasakan oleh Nabi s.a.w. Keringat akan terpancar pada kening baginda walaupun wahyu itu turun pada musim dingin. Ada kalanya unta yang ditunggang oleh baginda terpaksa berhenti dan duduk untuk seketika kerana merasa berat yang amat sangat.
4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dengan rupanya yang asli. Hal ini ada disebut dalam Surah An Najm, ayat 13 - 14.